[Nafsiyah] Karamah Pembawa Dakwah
Penulis: K.H. Hafidz Abdurrahman
Al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali dalam Lathaif al-Ma’arif berkata, “Ada dua jenis ahli zikir. Pertama, orang yang kembali kepada hawa nafsunya setelah keluar dari majlis zikir. Kedua, orang yang mendapat manfaat dari majlis zikir. Terdapat banyak jenis oramg seperti ini.
Dalam Sahih Muslim, terdapat kisah yang masyhur tentang seorang sahabat Nabi bernama Handzalah yang diberi gelaran al-Ghasil (orang yang dimandikan oleh malaikat). Dia berkata jujur kepada Nabi, bahawa selepas keluar dari majlis Nabi, ramai yang lupa kerana kesibukan dunia. Nabi menjawab, “Jika hatimu masih seperti ketika kamu berzikir, maka malaikat akan memberi salam kepadamu, walaupun kamu berada di jalanan.”
Apa yang menarik, kata al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, ada orang yang hatinya terus berzikir sepanjang hari.
Ini ada dua kategori.
Pertama, orang yang sibuk dengan zikir sehingga meninggalkan urusan dunia mubah. Dia terasing daripada makhluk.
Kedua, orang yang hatinya dipenuhi dengan zikir kepada Allah, tetapi secara fizikalnya berinteraksi dengan dunia dan makhluk. Mereka ialah orang-orang yang mengajar ilmu agama, berjihad, menjalankan amar makruf nahi mungkar, dan berdakwah. Mereka adalah yang paling mulia dari dua kategori di atas.
Mereka inilah yang disebut Sayidina Ali RA,
صحبوا الدنيا بأبدان وأرواحها معلقة بالمحل الأعلى
“Mereka terlibat dengan urusan dunia dengan fizikal (jasad) mereka, manakala roh mereka terikat pada kedudukan tertinggi.”
Demikianlah karamah dan kedudukan pendakwah. Al-Hafidz Ibn Rajab menyebut mereka sebagai pengganti Nabi (khulafa’ ar-Rasul), kerana mereka menjalankan tugas melaksanakan risalah.
Bukan itu sahaja, seluruh penghuni langit, bumi hingga ke ikan paus di lautan berdoa memohon keampunan untuk mereka.
Sumber: Http://T.me/cintanabiofficial