[Ma’al Hadits asy-Syarif] Kepemilikan dengan Ihyaul Mawat
Dari Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda,
« مَنْ أَحْيَا أَرْضاً مَيْتَةً فَهِيَ لَهُ »
“Barangsiapa menghidupkan tanah yang mati, maka tanah itu (menjadi) miliknya.” (HR Bukhari).
Nabi SAW. bersabda,
“Barangsiapa membatasi (memagari) tanah yang mati, maka tanah itu (menjadi) miliknya.” (HR Ahmad).
Nabi SAW. juga bersabda,
« مَنْ سَبَقَ إِلَى مَا لَمْ يَسْبِقْ إِلَيْهِ مُسْلِمٌ فَهُوَ لَهُ »
“Barangsiapa terlebih dahulu (mengelola atau mengerjakan tanah yang mati) yang belum dimiliki (didahului) oleh seorang muslim, maka tanah itu (menjadi) miliknya.” (HR Thabrani dalam Al-Kabīr).
Allah SWT. telah menetapkan cara memperoleh harta dan juga telah mengatur berbagai ketentuan hukum mengenai pemilikan harta, seperti ketentuan hukum mengenai perburuan, ihyāul mawāt (menghidupkan tanah mati), ketentuan hukum mengenai sewa, dan istishna’ (industri), serta ketentuan hukum mengenai harta pusaka, hibah dan wasiat.
Dalam kitab Al-Nizhām al-Iqtishādī (Sistem Ekonomi) oleh ulama terkemuka Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani rahimahullah, dalam bab “Ihyā’ al-Mawāt” dinyatakan seperti berikut:
“Tanah mati ialah tanah yang tidak mempunyai pemilik dan tidak digunakan oleh seorang pun. Sedangkan yang dimaksudkan dengan menghidupkannya adalah mengolahnya dengan menanamnya, sama ada dengan tumbuhan atau pokok, atau membina bangunan di atasnya. Dalam erti kata lain, menghidupkan tanah mati adalah menggunakan tanah untuk sebarang tujuan yang boleh menghidupkannya. Melalui usaha yang telah seseorang itu lakukan untuk menghidupkan tanah tersebut, bermaksud tanah itu telah menjadi miliknya.
Dalam hal ini tidak ada perbezaan hukum antata orang Islam dan kafir dzimmi (kafir yang telah menjadi warganegara dengan tunduk kepada kerajaan Islam), kerana hadis-hadis ini adalah mutlak.
Ketentuan ini berlaku secara umum, meliputi seluruh tanah, baik tanah itu (dalam wilayah) dar Islam atau dar kufur, baik tanah itu berstatus usyriyah atau kharajiyah. Walau bagaimanapun, untuk menjadi miliknya, tanah itu disyaratkan untuk diuruskan selama tiga tahun dari masa tanah itu dibuka dan dihidupkan semula secara berterusan dengan mempergiatkannya.
Sekiranya tanah itu tidak diurus selama tiga tahun, sejak tanah itu dibuka, atau selepas dibuka ia dibiarkan selama tiga tahun berturut-turut, maka hilanglah hak milik orang yang berkenaan ke atas tanah tersebut. Umar bin Khattab RA. bersabda, “Dan bagi orang yang bertahjir (menetapkan sempadan pada sebidang tanah) tidak lagi mempunyai hak atas tanah itu selepas tiga tahun (tanah itu ditinggalkan).”
Dalam Sunan al-Baihaqi dari Amr bin Syuaib disebutkan bahawa Umar menghalalkan tahjir selama tiga tahun. Jika dia membiarkan (meninggalkan) tanah tahjir selama tiga tahun, kemudian selepas tiga tahun orang lain menghidupkannya, maka orang lain ini lebih berhak atas tanah itu.
Para sahabat mendengar perkataan dan perbuatan Umar bin Khaththab dan tidak ada seorang pun dari mereka yang mengingkarinya. “Dengan demikian, ada kata sepakat di kalangan sahabat bahawa hak milik orang yang melakukan tahjir (menetapkan sempadan atas sebidang tanah) akan hilang jika dia meninggalkan tanah itu selama tiga tahun.”
Sungguh saat ini, hukum (syariat) Allah sangat perlu diterapkan untuk menghidupkan kembali kekayaan pertanian dan membahagikan semua kekayaan di negeri-negeri muslim kepada mereka yang berhak mendapatkannya dengan mengambil semula hak mereka yang dirampas oleh para tirani secara kekerasan.
Ingatlah bahawa terdapat faedah yang besar dalam melaksanakan hukum berkenaan ihyāul mawāt (menghidupkan tanah mati) dan undang-undang syariat yang lain agar masyarakat mendapat manfaat dari tanah tersebut, dan tidak membiarkannya terabai atau menjadi sarang pembiakan para tirani. Namun hal ini tidak akan dapat dilakukan melainkan ada seorang khalifah yang memimpin dan mentadbir umat Islam dengan mengikut kaedah kenabian.
Sumber : https://muslimahnews.net/2023/10/01/23755/