[Nafsiyah] Kufur Nikmat Bertopengkan Syukur
Penulis: Doni Riwayanto
Ketika saya mengkritik kezaliman yang dilakukan oleh pihak berkuasa, seseorang telah berkata; “Jangan mengeluh tentang kehidupan sepanjang masa. Bersyukurlah kamu masih boleh hidup, dapat mencari duit, boleh makan. Jangan kufur nikmat.”
Ya, kamu betul! Kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita.
Peringkat kesyukuran yang pertama ialah menerima Qada’ Allah dengan berlapang dada. Syukur seterusnya adalah diucapkan dengan “alhamdulillah”.
Bersyukur pada peringkat yang tertinggi pula adalah memanfaatkan seluruh nikmat yang Allah SWT berikan untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar.
Bersyukur atas nikmat akal dan lisan yang telah Allah SWT berikan kepada kita adalah dengan menggunakan dan memanfaatkannya untuk menegakkan al-haq.
Ketika melihat kezaliman—terutamanya yang dilakukan oleh penguasa—, bentuk rasa syukur kita adalah melakukan muhasabah kepadanya.
Mengatakan bahawa tindakan memuhasabah dan mengkiritik pemerintah adalah satu bentuk tidak bersyukur merupakan kebodohan hakiki.
Menyampaikan kritikan dan melakukan muhasabah bukan bermakna tidak bersyukur dengan nikmat kehidupan dan makanan. Menyampaikan kritikan dan muhasabah sebenarnya adalah satu bentuk kesyukuran atas kurniaan akal dan lisan.
Sesungguhnya, berdiam diri melihat kezaliman ialah kufur nikmat yang sebenarnya.
Sumber: t.me/doniriw_channel