[Soal Jawab] HUKUM SIMBOL TEMBIKAI UNTUK PALESTIN
Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi | Ahli Fiqh Muamalat & Kontemporer
Soalan:
Ustaz, saat ini ramai yang menggunakan animasi simbol Palestin, iaitu buah tembikai. Ada yang bertanya hukum membuat anime seperti ini, adakah sudah ada penjelasannya? Saya telah cuba mencari, namun saya hanya menjumpai hukum tashwir (melukis) secara umum.
Jawapan :
Haram hukumnya membuat simbol Palestin dalam bentuk tembikai, baik simbol itu kemudian diwujudkan dalam bentuk gambar atau anime atau filem, atau dalam bentuk benda seperti bendera, banner, stoking, beg, gelang, rantai, atau apa pun. Alasannya, simbol tersebut adalah lambang dari bendera Palestin yang ada saat ini, sedang bendera tersebut adalah simbol dari negara Palestin sebagai negara-bangsa (nation-state) dan negara sekular, sebuah negara yang tidak mengikuti ajaran Islam, melainkan mengikuti konsep Barat. (Lihat Ian Adams, Ideology Political Today, Bab/Chapter “Nasionalisme”).
Seorang muslim tidak boleh memberi dukungan kepada negara apa pun dan negara mana pun di seluruh dunia saat ini, kecuali negara Khilafah, dengan benderanya berupa liwā` dan rāyah, bukan yang lain secara mutlak. Liwā` adalah bendera berwarna putih dengan tulisan hitam berbunyi “Lā ilāha illallāh Muhammad Rasūlullah”. Sedangkan Rāyah adalah bendera berwarna hitam dengan tulisan berwarna putih berbunyi “Lā ilāha illallāh Muhammad Rasūlullah.” Dalam beberapa riwayat disebutkan, “Rāyah yang dipakai Rasulullah SAW berwarna hitam, sedangkan liwā` berwarna putih.” (HR Thabrani, Hakim, dan Ibnu Majah). (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, 2/182. Bab “Al-Alwiyah wa Al-Rāyāt”).
Berdirinya negara Palestin sebagai sebuah negara-bangsa (nation-state) jelas akan semakin memecah belah umat Islam seluruh dunia yang sepatutnya wajib hidup dalam hanya satu negara (Khilafah). (Abdurrahman Al-Jaziri, Al-Fiqh ‘Alā Al-Madzāhib Al-Arba’ah, 5/366).
Firman Allah SWT :
وَاعۡتَصِمُوۡا بِحَبۡلِ اللّٰهِ جَمِيۡعًا وَّلَا تَفَرَّقُوۡا
”Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.” (TMQ Āli ’Imrān: 103).
Berdirinya negara Palestin sebagai sebuah negara sekular juga sangat bertentangan dengan Islam. Hal ini kerana negara sekular yang memisahkan agama dari negara, hanya akan menerapkan Syariah Islam secara sebahagian, khususnya dalam perkara hukum seperti ibadah mahdhah (solat, doa, dsb), mustahil diharapkan menerapkan Syariah Islam secara keseluruhan (kāffah), yang mengatur hukum umum dalam berbagai aspek kehidupan, seperti sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem kesihatan, politik luar negeri, dan sebagainya. Padahal Islam telah mewajibkan penerapan Syariah Islam secara keseluruhan (kāffah), sesuai firman Allah SWT:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوا ادۡخُلُوۡا فِى السِّلۡمِ کَآفَّةً
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan (kāffah).” (TMQ Al-Baqarah: 208).
Dengan demikian, jelaslah bahawa Islam tidak pernah mengakui sebuah negara yang berupa negara-bangsa (nation state) dan negara sekular di seluruh dunia ini secara mutlak. Maka dari itu, segala sarana, atau simbol, atau bendera, atau anime, atau filem, atau apa pun juga yang melambangkan negara-bangsa dan negara sekular, hukumnya mengikuti hukum tujuannya, iaitu memberikan dukungan pada negara-bangsa (nation state) dan negara sekular, yang secara normatif tidaklah diperbolehkan dalam Syariah Islam. Kaedah fiqh yang terkait masalah ini menyatakan:
اَلْوَسَائِلُ تَتْبَعُ الْمَقَاصِدَ فِيْ أَحْكَامِهَا
“Segala sarana (wasīlah) itu hukumnya mengikuti hukum tujuan-tujuannya.”
(Muhammad Shidqi Al-Burnu, Mausū’ah Al-Qawā’id Al-Fiqhiyyah, 12/199).
Wallāhu a’lam.
#soaljawab #hukumfikh