[Soal Jawab] Palestin, Negara Bangsa dan Khilafah (Perbezaan Antara Pelaksanaan yang Tidak Berjalan Ideal dengan Sesuatu yang Batil Mengikut Konsepnya)
Oleh: Titok Priastomo
Soalan:
Di era Khilafah Abbasiyah, Palestin pernah jatuh di tangan tentera salib; dan di era moden, berdirinya Israel bermula ketika Khilafah Uthmaniyyah tidak mampu mempertahankan Syam dari serangan musuh pada Perang Dunia I. Lantas bagaimana dapat dikatakan bahawa solusi tuntas masalah Palestin hanya akan berlaku ketika khilafah tegak, sementara masalah itu justeru muncul ketika khilafah masih ada?
Jawapan:
Saat ini, kita hidup dalam negara bangsa. Konsep negara bangsa adalah negara yang autoritinya terbatas pada bangsa tertentu di wilayah tertentu (dengan batas-batas yang tetap). Itu merupakan amanah konstitusi. Maka, jika seorang As-Sisi hanya memelihara rakyat Mesir, hanya menjaga tanah dalam perbatasan negara Mesir, maka itu merupakan tindakan yang tepat menurut konsep negara bangsa dan sesuai dengan amanah konstitusi. Jika dia tidak mencampuri urusan Palestin dengan cara yang berisiko membahayakan keamanan Mesir dan keselamatan warganya, maka dia sudah bertindak mengikut piawaian amanah konstitusi dari sebuah negara bangsa. Hal yang sama berlaku pada Raja Saudi dan Presiden Turki. Maka, mendudukkan masalah Palestin sebagai masalah bangsa lain adalah hal yang benar menurut konsep negara bangsa.
Berbeza keadaannya dalam negara khilafah. Secara konsepnya, pemerintah dalam khilafah dilantik untuk memimpin umat Islam dan melindungi seluruh wilayah kaum muslimin. Ditinjau dari konsep ini, jika Khalifah Bani Abbas yang memerintah dari Baghdad itu tidak merasa bertanggungjawab ketika Palestin jatuh ke tangan tentera salib, maka yang terjadi bukan kesalahan konsep, bukan kesalahan pada ranah “konstitusi”, namun pada ranah pelaksanaan yang tidak berjalan dengan ideal. Seandainya itu terjadi, umat Islam boleh menuntut dan mempersalahkan khalifah atas dasar Al-Quran dan as-Sunnah, atau -praktiknya- atas dasar fiqh. Ini kerana khilafah sejak awal dikonsepkan sebagai negara yang tunduk kepada hukum syarak. Berbeza keadaannya dengan As-Sisi dan Erdogan. Keduanya bukan khalifah. Keduanya pemimpin sebuah negara bangsa yang terbatas secara konsep negara bangsa itu sendiri. Mereka tidak boleh dituntut secara formal dan konstitusi untuk menerjunkan pasukan dan alat-alat perang ke gelanggang pertempuran di Gaza. Paling jauh, mereka hanya boleh dituntut untuk menjadi “tetangga yang baik dan peduli”, yang beretorika di mimbar politik dan pentas diplomasi penuh drama. Hal ini kerana secara konsepnya, sebagai negara bangsa, Gaza itu bukan tanggungjawab mereka. Dan mereka tidak boleh dipersalahkan secara formal dengan standard fiqh, kerana konsepnya memang bukan negara yang wajib tunduk kepada fiqh. Itulah yang menyebabkan negara-negara muslim tidak melakukan hal yang dituntut oleh syarak untuk melindungi dan merebut kembali Palestin. Itulah alasan konstitusional mengapa Mesir menutup sempadannya dan menolak pelarian dari Palestin.
Maka dari itu, bersatunya kekuatan umat Islam tanpa terbatasi oleh sekatan-sekatan kepentingan nasional, hanya mungkin terjadi di era Khilafah. Apakah mungkin seorang Khalifah mengabaikan tugas ini? Jawapannya “mungkin saja”; namun secara “konstitusional”, dia boleh dituntut untuk mengambil tindakan yang benar menurut Islam dalam kapasitinya sebagai khalifah kaum muslimin.
Maka, jika masih ada orang yang berkata: khilafah dan negara bangsa sama sahaja, maka fikirannya belum sampai ke tahap konsepnya. Dangkal.
——————————————-
NB: Dalam beberapa kes, konsep negara bangsa itu dilanggar oleh Saudi dan Turki, asalkan pelanggaran itu merupakan arahan dari kekuatan yang lebih besar. Contohnya, keterlibatan tentera Turki di Syria, juga serangan Saudi ke atas Yaman.
Tambahan komentar Ustaz Robi: Serangan Turki di Syria itu juga sebenarnya masih terkait dengan kepentingan bangsa mereka, iaitu mempertahankan wilayah Turki dari gerakan separatisme Kurdi. Begitupun Saudi, dia menyerang Yaman demi kepentingan bangsa Saudi iaitu mempertahankan hegemoni Timur Tengah dari ancaman Iran. Semuanya adalah kerana bangsa, bukan agama.
Disunting oleh: Ivan S Amhar
#negarabangsa #twostate #nationstate #konsepnegara