SURAT TERBUKA KHAS UNTUK PARA IBU, ISTERI, ANAK-ANAK PEREMPUAN DAN SAUDARA PEREMPUAN KEPADA PARA TENTERA MUSLIM,
JUGA UNTUK SELURUH MUSLIMAH AMNYA.
Anak-anak Gaza sedang dibantai.
Mereka terperangkap di sebalik tembok Gaza, tidak ada tempat untuk lari, tidak ada pula tempat untuk bersembunyi ketika tentera ‘Israel’ mengebom mereka. Mereka telah kehilangan ibu, ayah, serta keluarga mereka. Dan mereka sedang meminta pertolongan.
Sebagai seorang isteri, ibu, anak, saudara perempuan, bagaimana mungkin kita tidak merasakan kepedihan mereka?
Bagaimana mungkin kita mengabaikan tangisan penderitaan mereka?
Media banyak menyajikan kebohongan.
Mereka ingin kita meyakini bahawa perang ini merupakan tindak balas terhadap serangan terorisme. Mereka ingin kita sungguh-sungguh mempercayainya sehingga tidak lagi mempersoalkan sebaliknya. Sehingga, kita tidak akan mempertanyakan mengapa tidak ada yang menghentikan kekejaman yang sedang terjadi. Sehingga kita tidak merasa bersalah mengalihkan pandangan dari gambar dan video pembantaian yang bertebaran, dek kerana adanya alasan untuk membenarkan serangan terhadap umat di Palestin dengan kata-kata kita sendiri. Padahal, di dalam hati kita tahu kebenarannya. Kita tahu bahawa orang-orang ini tidak layak untuk mati. Kanak-kanak, bayi-bayi tersebut tidak layak mati, mereka berhak hidup dan menatap masa depan mereka
Kita tahu bahawa ini bukan tentang Hamas.
Bahawa ini buka tentang terorisme atau tentang hak entiti Yahudi untuk membela diri mereka. Sebaliknya, ini adalah tentang cita-cita entiti Yahudi untuk merampas tanah Palestin agar populasi mereka terus bertumbuh berkembang. Ini juga tentang cita-cita entiti Yahudi untuk membunuh orang-orang Palestin sehingga mereka dapat menguasai daerah tersebut. Ini tentang cita-cita entiti Yahudi untuk menguasai Masjid Al-Aqsa tercinta dan mendakwa bahawa tanah tersebut milik mereka.
Semua itu bukan pandangan semata, melainkan fakta.
Kita dapat mengetahui bahawa perkara ini adalah fakta disebabkan maklumat yang disampaikan oleh ahli politik “Israel” yang menjijikan itu sendiri. Alasan terorisme sekali lagi digunakan agar dunia mengabaikan serangan pembantaian ini. Sehingga mereka dapat melakukan kekejaman ini selama yang mereka inginkan. Sehingga mereka dapat membunuh orang-orang Palestin sebanyak yang mereka inginkan. Kita telah melihat situasi ini berulang-ulang kali terjadi.
Kita telah melihat kematian di Bosnia
di Iraq
di Afganistan
di Myanmar
di Turkistan Timur
di Kashmir
Umat Islam terbunuh diberbagai belahan dunia.
Dan saat ini, mereka telah memastikan bahawa penduduk Gaza tidak dapat melarikan diri ke mana-mana pun ketika mereka membantainya. Setiap kali komuniti antarabangsa menyebarkan propaganda dengan tujuan membangun pandangan umum (public opinion) sesuka mereka, sehingga tidak merasa bimbang seandainya tentera muslim akan bangkit melawan mereka.
Kerana mereka takut dan pengecut!
Mereka takut akan kekuatan umat Islam. Mereka takut apa yang akan terjadi jika tentera Muslim mendengar seruan orang-orang yang tidak bersalah dan mengumumkan jihad untuk menyelamatkan mangsa. Mereka takut apa yang akan terjadi jika tentera Muslim mengumumkan jihad dan datang untuk melindungi tanah suci dan Masjid Al Aqsa.
Justeru itu, kami menyerumu wahai saudari-saudari sekalian,
para ibu, isteri, anak-anak perempuan dan saudara perempuan dari keluarga tentera kaum Muslim…. Bagaimana mungkin kalian tidak meminta ayah, saudara lelaki, suami, dan anak-anak lelaki kalian untuk menyerukan jihad?
Bagaimana mungkin anda tidak meminta mereka untuk melindungi anak-anak Gaza?
Bagaimana mungkin anda tidak meminta mereka untuk melindungi tanah Al Aqsa?
Bagaimana mungkin anda mendapati bahawa ahli keluarga lelaki anda sebahagian daripada angkatan bersenjata namun tidak memikirkan mengapa mereka tidak berganjak untuk melindungi anak-anak yang menangis meminta pertolongan?
Apa yang kita takutkan? Amerika? Zionis?
Mereka semua lemah dan rapuh di hadapan Allah dan orang-orang yang beriman kepada Allah. Mereka akan lari daripada tentera Muslim ketika para tentera Muslim berbaris di bawah panji jihad.
Mereka telah membuat kita terpisah dalam sekatan negara-bangsa, sekaligus memastikan agar kita tenggelam dalam permasalahan dan hutang-piutang. Mereka melakukan ini semua untuk mencegah kita dari bersatu, memastikan agar mereka dapat “berpesta” atas penderitaan kita, dan kita “mengizinkan” situasi tersebut.
Kami memohon kepada kalian, wahai kaum perempuan disebalik para lelaki tentera Muslim,
Berilah peringatan kepada mereka akan pahala yang Allah janjikan untuk para syahid di hari Penghisaban kelak. Ingatkan mereka bahawa rezeki daripada Allah! Ingatkan mereka bahawa mereka bergabung dalam ketenteraan adalah untuk melindungi saudara-saudara, dan anak-anak generasi. Ingatkan mereka bahawa mereka adalah lelaki pemberani, yang tidak seharusnya meringkuk dihadapan musuh. Dan kemudian mintalah kepada mereka untuk berperang atas nama Allah demi melindungi saudara di Gaza. Dan selanjutnya melindungi umat Islam di seluruh dunia.
Inilah saatnya untuk bertindak!!!
Anak-anak di Gaza sedang tenat, mereka tidak memiliki tempat untuk berlindung, tidak ada tempat untuk melarikan diri. Mereka menunggu kita! Semoga Allah memberikan pertolongan Nya kepada kita semua..
Fatima Musab dalam “An Open Letter to the Mothers, Wives, Daughters and Sisters of the Muslim Armed Forces”