10 Cara Membebaskan Palestin
Sejak kebelakangan ini dan sehingga ke hari ini, entiti Zionis telah menyerang Gaza dengan serangan kejam yang tidak pernah disaksikan dunia sebelum ini. Bertambah parah lagi, “lumpuh dan bisunya” pemimpin-pemimpin dunia Islam dalam isu ini membuka mata dunia melihat pengkhianatan mereka secara terbuka. Dalam setiap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh negara Zionis, pemimpin-pemimpin dunia Islam hanya mengeluarkan kata-kata tidak bermakna yang datang dari hati yang gelap seterusnya menggalakkan entiti Zionis untuk membunuh lebih ramai lagi umat Islam.
Bukan sahaja tidak mempertahankan dari lebih banyak lagi darah Palestin ditumpahkan, sebaliknya Raja Abdullah dari Jordan lebih berminat memberi kenyataan “Tiada pelarian Palestin dibenarkan di Jordan”. Apabila diasak tentang situasi yang berlaku di Gaza, Raja Abdullah menjawab dengan mengatakan, “Kesinambungan peperangan di Gaza akan meledakkan situasi yang lebih besar lagi.” dan seterusnya secara keras menggunakan anggota keselamatan negara untuk menghalang mana-mana warga Jordan yang menunjukkan solidariti mereka kepada Gaza. Presiden Sisi dari Mesir pula, seperti Raja Abdullah, lebih bimbang peristiwa Nakba berulang semula, di mana negara Yahudi menghalau warga Palestin daripada Gaza untuk… “Berhijrah ke Mesir”. Walaupun setelah anggota tentera Presiden Sisi menyatakan kesediaan mereka untuk campur tangan di Gaza, Presiden Sisi dengan cepatnya telah memperkecilkan ruang tersebut daripada berjaya dengan menyatakan kepada anggota tentera, “Kalian jangan tersalah langkah dan berilusi tentang kekuatan kalian.”
Kemudiannya, Presiden Erdogan baru-baru ini telah berpidato di dalam sebuah perhimpunan berkenaan tindakan menjijikkan negara Zionis di Gaza, “Kami akan mengisytiharkan kalian sebagai penjenayah perang kepada dunia.” Kata-kata tersebut telah menyebabkan negara Yahudi mengarahkan dutanya untuk pulang dan menilai semula hubungan mereka dengan Turkiye. Sementara itu, di pihak Presiden Erdogan yang bermuka dua dengan negara Zionis, sebenarnya Turkiye tidak melakukan apa-apa tindakan diplomatik dan Turkiye juga tidak mengendahkan langsung rayuan penduduk Gaza. Bagi Menteri Kewangan Saudi pula, Al-Jadaan, beliau hanya menyatakan sedikit kebimbangan berkenaan pertumpahan darah warga Gaza dan hanya menginginkan supaya pertempuran tersebut tamat dan usaha normalisasi di antara Saudi dan negara Zionis diteruskan setelah perang selesai.
Begitulah kejahatan pemimpin-pemimpin dunia Islam dan pengkhianatan mereka kepada Gaza dilakukan secara terbuka. Kewujudan mereka hanyalah untuk memuaskan dan memberi nyawa kepada negara Zionis, sementara menghapuskan harapan penduduk Gaza. Allah SWT berfirman:
“Orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.” (Al-Fatir [35] : 10)
Untuk pemimpin-pemimpin dunia Islam, kekuasaan mereka hanya digunakan untuk memenjarakan dan menghalang umat membebaskan Gaza daripada cengkaman negara Zionis. Apabila diingatkan tentang kekuatan ketenteraan dan persenjataan, pemimpin-pemimpin ini secara sengaja memperkecilkan kekuatan ketenteraan mereka dan memperbesarkan kekuasaan entiti Zionis. Ini sebenarnya adalah penyimpangan dari fakta kebenaran dan sesiapa sahaja yang berakal sihat boleh melihat bahawa negara Islam mampu dari segi kekuatan dan daya politik untuk menewaskan negara Zionis serta membebaskan Palestin untuk selamanya. Allah SWT berfirman:
“Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.” (Yunus [10] : 17)
Secara minimanya, dunia Islam mampu melakukan sesuatu untuk Gaza dengan melaksanakan 10 pelan tindakan berikut yang bukan sahaja memastikan kebebasan Palestin tapi juga mampu mengurangkan campur tangan Barat dalam dunia Islam.
- Membatalkan serta merta segala perjanjian damai dengan entiti negara Zionis dan memutuskan hubungan diplomatik. Menghalau semua wakil negara Zionis dari tanah umat Islam dan merampas segala aset mereka. Oleh yang demikian, Mesir, Jordan, Bahrain, UAE, Turkiye, Maghribi, Sudan dan negara Islam yang lain mesti membatalkan segala perjanjian damai, memutuskan hubungan diplomatik dan hubungan tidak rasmi yang lain.
- Menghentikan segala bentuk kerjasama perisikan, kebenaran laluan laut dan udara. Mesir hendaklah segera menghentikan perkongsian perisikan tentang penduduk Palestin kepada negara Zionis. Jordan hendaklah menamatkan sokongan penghantaran bekalan persenjataan dan peluru melalui udara kepada IDF yang akan menumpahkan darah penduduk Palestin.
- Dunia Islam hendaklah menamatkan segala bentuk kerjasama dengan entity Zionis. Ini termasuk segala bentuk hubungan komersial dan kebudayaan. Contohnya, Turkiye adalah rakan kongsi perdagangan entiti Zionis ketiga terbesarnya manakala UAE menyediakan lebih 140 penerbangan seminggu untuk memperkukuhkan hubungan kebudayaan. Bentuk-bentuk kerjasama sebegini hendaklah dihentikan serta merta.
- Kazakhstan, Nigeria dan Azerbaijan membekalkan lebih 50% minyak mentah kepada entity Zionis untuk memenuhi keperluan tenaganya. Penghantaran minyak mentah tersebut hendaklah dihentikan dan segala perjanjian minyak hendaklah ditamatkan.
- Tentera Laut Turkiye, Mesir dan Lubnan, hendaklah melaksanakan sekatan ekonomi yang ketat ke atas segala barangan (ketenteraan dan bukan ketenteraan) daripada mendekati Pelabuhan entiti Zionis di pantai timur laut Mediterranean. Sebagai tambahan, tentera laut tersebut hendaklah merampas setiap lombong gas asli luar pesisir dan memutuskan bekalan gas asli kepada entiti Zionis. Tentera Laut Mesir, Arab Saudi dan Jordan hendaklah melaksanakan sekatan ekonomi di Teluk Aqaba.
- Syria dan Lubnan hendaklah membuka sempadan mereka dan membenarkan tentera Turkiye, Iran dan Iraq untuk memasuki sempadan utara negara Zionis tanpa sebarang halangan. Begitu juga tentera Mesir, Arab Saudi, Jordan dan negara-negara Islam yang lain, mereka hendaklah mengepung di sekeliling entiti Zionis dan membebaskan Palestin pada waktu yang sesuai.
- Pakistan hendaklah menggerakkan dan menggunakan senjata taktikal bertaraf nuklear di dalam batalion tentera Islam serta menyediakan persenjataan nuklear untuk menghalang entiti Zionis dari memikirkan untuk menggunakan senjata nuklear mereka sendiri.
- Negara-negara Teluk yang telah melabur dalam bentuk dolar dengan banyaknya kepada aset-aset Amerika, hendaklah mencairkan aset-aset tersebut serta menukarkannya kepada aset non-dolar. Sebagai tambahan, segala sumber minyak, gas asli dan galian berharga, yang dieksport ke pasaran antarabangsa hendaklah dipisahkan dari dolar.
- Dunia Islam hendaklah bersidang dengan kadar segera bersama Rusia dan China, untuk mengambil peluang mendapatkan semula Ukraine dan Taiwan. Ini bertujuan untuk menakutkan Amerika, di mana ia perlu memilih sama ada membantu entiti, menyelamatkan Eropah, atau melindungi negara-negara di Asia Pasifik.
- Dunia Islam hendaklah tidak lagi memperakui Undang-undang Antarabangsa, yang mana telah sering disalahgunakan oleh Barat mengikut kehendak mereka. Undang-undang Antarabangsa hanyalah pentas yang dihasilkan oleh beberapa kuasa-kuasa Barat untuk mengawal sumber umat Islam, membenarkan pembunuhan beramai-ramai umat Islam dan menyebarkan perpecahan di dalam dunia Islam.
Walaupun mudah untuk melaksanakan tindakan-tindakan ini, pemimpin-pemimpin dunia Islam tidak akan pernah berhenti mencipta seribu alasan menyedihkan yang secara sengaja bermaksud untuk menangguhkan perlaksaan pelan tindakan tersebut. Oleh yang demikian, menjadi satu kewajipan bagi umat Islam untuk memintas pemimpin-pemimpin yang bacul ini dan menyeru secara langsung kepada tentera-tentera dunia Islam untuk membebaskan Palestin. Sekiranya tentera-tentera teragak-agak dan ragu, maka umat Islam patut merapatkan barisan untuk bersatu mengembalikan semula negara Khilafah di atas jalan kenabian, yang akan memberikan kemenangan dalam pembebasan Palestin dengan sekelip mata sahaja.
Allah SWT berfirman:
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.” (Ali-Imran [3] : 160)

Sumber: HT Britain