[Buletin Kaffah] MEREKA MENGKHIANATI PALESTIN
Makin ganas dan agresif tindakan tentera Zionis penjajah terhadap warga Palestin, khususnya di Jalur Gaza. Sehingga hari ke-37 jumlah mangsa sudah mencapai 11,800 nyawa. Mangsa yang paling tinggi adalah anak-anak. Ada yang mengira bahawa setiap 10 minit satu anak Palestin terkorban. Sekitar 70 peratus warga Gaza kini menjadi pelarian. Dunia semakin melihat serangan entiti Yahudi bukan untuk melawan Hamas, tetapi untuk memusnahkan penduduk Gaza.
Kebiadaban Zionis terlihat dengan serangan membabi-buta terhadap banyak hospital di Gaza. Salah satunya adalah Hospital Indonesia di Gaza yang menjadi sasaran serangan ganas tentera entiti Yahudi. Mereka menuduh lokasi itu menyembunyikan pejuang Hamas yang kemudian dibantah oleh pihak hospital. Namun, serangan mereka tak kunjung berhenti.
Yang paling memilukan, negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan Jerman secara terbuka memberikan dukungan, bantuan kewangan dan ketenteraan kepada entiti haram Yahudi. Sebaliknya, para pemimpin Dunia Islam hanya mengecam dan mengemis bantuan PBB.
Pengkhianatan Pemimpin Muslim
Saat krisis Palestin mulai terbuka, Rumah Putih secara langsung menjanjikan tambahan anggaran tentera kepada entity haram Yahudi sebanyak US$ 15 juta untuk memerangi Hamas. Padahal setiap tahun AS sudah memberikan dana ketenteraan sebanyak US$ 3.8 juta kepada negara haram Yahudi. Presiden AS Joe Biden juga mengirimkan Kapal Perang (Aircraft Carrier) USS Gerald R. Ford yang memuatkan dua ribu tentera maritim dan Kapal Perang USS Dwight D. Eisenhower. Presiden Perancis, Macron juga terus menemui pimpinan Zionis, Netanyahu dan berjanji akan membantu dia melawan para ‘teroris’.
Sebaliknya, tak ada tindakan sama yang dilakukan oleh para pemimpin Arab dan Dunia Islam untuk menghentikan keganasan entiti haram Yahudi. Mulut mereka hanya berbuih-buih mengucap kata kecaman serta bantuan kewangan dan logistik seadanya. Kemudian mereka sudah merasa puas dengan tindakan itu. Inilah pengkhianatan pertama mereka terhadap kaum Muslim dan negeri Palestin. Padahal mereka mempunyai kekuatan ketenteraan besar yang boleh digunakan untuk menyelamatkan Palestin sekaligus menghancurkan negara haram Zionis itu.
Pengkhianatan berikutnya, para pemimpin Muslim ini masih membuka hubungan bilateral dengan Zionis Yahudi. Para penguasa Jordan, Qatar, Mesir dan Arab Saudi bahkan menolak usulan embargo minyak ke negeri Yahudi dalam sidang kemuncak ASEAN Summit luar biasa antara Liga Arab dan OIC (Organisasi Kerjasama Islam) di Riyadh, Arab Saudi, pada Sabtu (11/11). Ertinya, tangan para pemimpin Muslim itu turut berlumuran darah Muslim Palestin, kerana mereka telah memberikan bahan bakar untuk kenderaan-kenderaan tempur Zionis yang dipakai bagi menggempur Gaza, membunuhi wanita, anak-anak dan bayi-bayi.
Sudah lama diketahui, kewujudan entity Yahudi itu disokong oleh beberapa pemimpin Dunia Islam baik secara politik mahupun hubungan ekonomi. Kaum Zionis itu mendapatkan hasil minyak bumi dari perdagangan dengan Azerbaijan, Kazakhstan dan Turkiye. Mereka juga mendapatkan bekalan air dengan membeli dari Jordan dan juga Turkiye.
Pengkhianatan mereka yang lain adalah menjadikan negara-negara mereka sebagai jalur perlintasan tentera Amerika Syarikat yang membantu entiti haram Yahudi. Ketika muncul krisis di Gaza, pemerintah Jordan yang ketakutan menampung dua skuadron pesawat tempur AS dan menerima pembangunan sistem peluru berpandu patriot. AS juga telah lama membina beberapa pangkalan tentera di beberapa negeri Muslim seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait, UAE dan Turkiye. Pangkalan-pangkalan tentera itu boleh digunakan untuk memudahkan mobilisasi tentera AS ke Timur Tengah.
Para pemimpin Arab dan Dunia Islam bukan saja mengkhianati Palestin. Mereka juga sudah tidak malu lagi mengkhianati Allah dan Rasul-Nya. Mereka bersekutu dengan musuh-musuh Allah. Padahal Allah telah berfirman:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةً مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالاً وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian menjadikan teman kepercayaan kalian orang-orang yang ada di luar kalangan kalian. Mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagi kalian. Mereka suka apa yang menyusahkan kalian. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, sementara apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepada kalian ayat-ayat (Kami) jika kamu memahaminya (memikirkannya).” (TMQ Ali Imran [3]: 118).
Pengkhianatan mereka yang seterusnya adalah menyerahkan nasib Palestin kepada PBB agar menerima gencatan senjata dan solusi dua negara (two-state solution). Usulan solusi ini sama saja dengan mengakui kewujudan entiti haram Yahudi yang telah merompak dan membunuh warga Palestin untuk tetap memiliki daerah rampasan mereka. Kaum Muslim Palestin dipaksa untuk mengakui keberadaan para penjajah di atas tanah mereka. Inilah sikap pengecut dan pandir para pemimpin Dunia Islam yang beramai-ramai menyerahkan Palestin untuk terus disembelih oleh Zionis Yahudi. Padahal seharusnya para pemimpin Dunia Islam menghantar pasukan tentera untuk membebaskan negeri Palestin dari kaum Zionis penjajah.
Gaza Ladang Syuhada
Sikap kesatria justeru ditunjukkan oleh kaum Muslim di tanah Palestin, khususnya Gaza. Mereka memberikan perlawanan terhadap tentera zionis. Sepanjang pertempuran para pejuang Muslim yang tergabung dalam Brigade Izzuddin al-Qasam berjaya menghancurkan 136 kenderaan tentera canggih milik Zionis seperti tank dan kereta kebal, menewaskan lebih dari 400 prajurit dan pasukan keamanan Zionis.
Perlawanan kaum Muslim Palestin dalah jihad fi sabilillah, bukan tindakan terorisme seperti yang dipropagandakan Zionis Yahudi dan negara-negara Barat. Para pejuang Palestin mengangkat senjata untuk mempertahankan negeri Muslim dari serangan kaum kuffâr dan mengusir mereka. Ini adalah pelaksanaan firman Allah SWT:
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ
“Perangilah mereka di mana saja kalian menjumpai mereka dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kalian”. (TMQ al-Baqarah [2]: 191).
Mereka juga bertindak sesuai sabda Nabi saw.:
جَاهِدُوا اَلْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُمْ
“Berjihadlah kalian melawan kaum musyrik dengan harta, jiwa dan lisan kalian” (HR Ahmad dan Nasa’i).
Segala pengorbanan harta dan jiwa mereka di jalan Allah tidak akan sia-sia. Sungguh semua itu adalah perdagangan dengan Allah yang akan dibayar dengan syurga. Allah SWT berfirman:
إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّا فِي ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِي بَايَعۡتُم بِهِۦۚ وَذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
“Sungguh Allah telah membeli dari kaum Mukmin diri dan harta mereka dengan bayaran syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah. Lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Siapakah yang lebih menepati janji (selain) Allah? Kerana itu bergembiralah dengan jual-beli yang telah kalian lakukan itu. Itulah kemenangan yang besar” (TMQ at-Taubah [9]: 111).
Gugurnya para pejuang sebagai syuhada juga dimuliakan Allah. Allah menyebut bahawasanya mereka tetap hidup dan mendapatkan rezeki-Nya:
وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٰتَۢاۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ
“Janganlah kalian menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki” (TMQ Ali Imran [3]: 169).
Sudah banyak berlegar berita bahawa jasad-jasad para syuhada Gaza menyebarkan aroma harum yang menakjubkan. Inilah kemuliaan para pejuang Islam.
Wahai kaum Muslim: Anda sekalian telah melihat dengan mata terbuka sikap pengecut para pemimpin Arab dan Dunia Islam. Mereka bersembunyi di balik singgahsana dan jubah mereka. Mereka tidak malu dengan anak-anak dan perempuan di Gaza yang melemparkan batu ke arah tentera Yahudi. Mereka bahkan menghalang kereta kebal walau ditebus dengan nyawa. Para pemimpin itu mempunyai kekuatan tentera yang besar, tetapi hanya menjadi penghuni berek. Peralatan tempur mereka hanya menjadi tunggul di dalam stor sampai berkarat.
Mereka bangga patuh pada aturan PBB dan Konvensyen Geneva sambil mencampakkan perintah Allah SWT. Dunia tahu bagaimana Arab Saudi boleh mengerahkan pasukan untuk memerangi Houthi di Yaman Utara, tetapi berpangku tangan terhadap negara Zionis. Turkiye membantu Ukraine melawan Rusia dengan mengirimkan drone bersenjata, mengirimkan operasi tentera ke Irak dan Syria; tetapi tak ada satu butir peluru pun ditembakkan ke arah tentera Zionis.
Apakah mereka lupa bahawa kekuasaan di dunia adalah fana dan akan berakhir? Tidakkah mereka mengambil pelajaran dari para pemimpin sebelumnya seperti Raja Faisal di Arab Saudi, Raja Farouk di Mesir, Saddam Husein di Irak, Qadafi di Libya? Mereka ini akhirnya digulingkan juga oleh Amerika dan Britain dari kekuasaan mereka. Padahal mereka sudah menghambakan diri menjadi pelayan-pelayan Barat dan menzalimi umat.
Mereka hendaklah mengingati janji Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kalian menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kalian dan meneguhkan kedudukan kalian” (TMQ Muhammad [47]: 7).
WalLâhu a’lam. []
—*—
Hikmah:
Nabi saw. bersabda:
لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرْفَعُ لَهُ بِقَدْرِ غَدْرِهِ، أَلَا وَلَا غَادِرَ أَعْظَمُ غَدْرًا مِنْ أَمِيرِ عَامَّةٍ
“Setiap pengkhianat memiliki panji pada Hari Kiamat yang akan dikibarkan setinggi-tingginya sesuai kadar pengkhianatannya. Ketahuilah tidak ada pengkhianat yang lebih besar penghianatannya daripada pengkhianatan seorang pemimpin kepada rakyatnya.” (HR Muslim).
Sumber: Buletin Kaffah
#ArmiesToAqsa #Palestine #standwithPalestine #Stand4Palestine #GazaUnderAttack #FreePalestine #PalestineWillBeFree #genocide #GenocideinGaza