[Siri Ayuh Umat Bangkit] Kaedah Rasulullah SAW Dalam Mengubah Masyarakat (Bahagian 1/4)
Rasulullah SAW diutus kepada masyarakat jahiliah yang ketika itu dikuasai oleh pemikiran, perasaan serta peraturan jahiliah. Baginda diutus untuk mengubah masyarakat tersebut menjadi sebuah masyarakat yang benar-benar berbeza. Perubahan ini tidak dilaksanakan dengan cara mengubah individu secara berasingan, dan bukan juga dengan menghapuskan individu-individu tersebut lalu menggantikannya dengan individu yang lain. Sebaliknya, perubahan tersebut direalisasikan melalui perubahan terhadap pemikiran, perasaan dan peraturan yang sedia ada, iaitu dengan memusnahkan pemikiran, perasaan dan peraturan kufur, kemudian menggantikannya dengan pemikiran, perasaan dan peraturan Islam.
Persoalannya, apakah kaedah yang digunakan oleh Baginda untuk melaksanakan perubahan tersebut?
Kajian yang mendalam dan komprehensif terhadap sirah Rasulullah SAW, bermula sejak turunnya wahyu, menunjukkan bahawa kaedah tersebut terbahagi kepada tiga fasa:
- Fasa pertama: Fasa persiapan kutlah (sekumpulan individu) yang dibina berasaskan Islam dan dididik dengan tsaqafah Islam.
- Fasa kedua: Fasa penjelasan dakwah serta interaksi dengan masyarakat.
- Fasa ketiga: Fasa penerapan Islam secara praktikal melalui penubuhan negara Islam.
Bersambung (ke bahagian 2/3)
Sumber: Diolah daripada `Dasar-Dasar Kebangkitan’ oleh Sheikh Ahmad Al-Qashash
#AyuhUmatBangkit #MasyarakatMuslimIdeal #ThariqahDakwahRasul #TrueVision4Change #VisiSejatiDemiPerubahan #SistemIslam #Khilafah