[Kenyataan Media] Sebelum Pohon Gharqad Melindungi Yahudi, Penguasa Muslim Lebih Dahulu (dan Telah Lama) Menjadi “Pohon Gharqad”
Tanpa perlu analisis yang mendalam, kita sudah dapat mengagak dengan cukup mudah apa yang terhasil daripada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Ryadh pada Sabtu lepas (11/11/2023). Apakah yang kita harapkan daripada para penguasa yang khianat apabila mereka bersidang, jika hasilnya bukan merupakan sebuah pengkhianatan? Apabila antara para penguasa yang hadir itu sudah terkenal menzalimi rakyatnya, malah ada yang sudah membunuh ribuan rakyatnya sendiri, maka apakah kita mengharapkan mereka akan mempedulikan nasib umat Islam di Palestin, yang nyata-nyata bukan rakyat mereka?
Perdana Menteri Malaysia yang turut hadir dalam persidangan khianat tersebut mencadangkan antara lain agar dilakukan gencatan senjata segera di Palestin, yang turut menjadi cadangan ketua-ketua negara lainnya. Di saat para penguasa Muslim sepatutnya menghantar tentera bagi membenamkan Yahudi dan melenyapkan entiti haram Yahudi, alih-alih beliau mencadangkan gencatan senjata, satu cadangan yang bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan memberi ruang kepada entiti Yahudi untuk berehat sekejap untuk mengisi peluru-peluru dan bom-bom baru bagi meneruskan pembantaian mereka ke atas Gaza!
Selain itu, Perdana Menteri Malaysia menegaskan kepada OIC mengenai pendirian beliau (yang sama sahaja sebagaimana pendirian Perdana Menteri Malaysia sebelum-sebelum ini) iaitu penyelesaian dua-negara untuk Palestin dan entiti Yahudi, satu pendirian yang diredhai oleh Amerika dan Yahudi secara pasti! Sungguh, betapa khianatnya pendirian ini! Kami ingin bertanya – adakah terdapat umat manusia mana pun di atas muka bumi ini, yang sanggup menyerahkan tanah mereka kepada penjajah, yang bukan sahaja menjajah tanah mereka, tetapi telah merampas rumah-rumah mereka, mencederakan dan membunuh keluarga serta saudara-saudara mereka? Wujudkah bangsa seperti itu? Sudah tentu tidak akan ada bangsa, hatta yang paling bangsat di atas muka bumi ini sekali pun, yang akan melakukannya!
Setiap umat itu sudah pasti ada maruah dan kehormatannya, dan mereka akan mempertahankan maruah serta kehormatan mereka, dan tidak akan rela atau berdiam diri apabila tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dibunuh. Maka apatah lagi kita sebagai umat Islam, yang telah dimuliakan dan ditinggikan kehormatannya oleh Allah melalui agama Islam, yang mana haram hukumnya untuk kita menyerahkan walau seinci pun tanah kita kepada musuh. Tidakkah anda belajar sejarah anda sendiri wahai Perdana Menteri Malaysia bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun dan British, lalu orang-orang Melayu bangkit untuk mempertahankan tanah air dan keluarga mereka dengan darah dan nyawa mereka pada setiap penjajahan? Pahlawan-pahlawan Melayu bertarung hingga ke titisan darah terakhir demi menghalau penjajah. Tidakkah anda tahu berkenaan sejarah ini?
Kami ingin bertanya anda wahai Perdana Menteri Malaysia! Apakah sekiranya kaum Yahudi La’natullah alaihim, atau lain-lain musuh Allah datang menjajah Malaysia, membunuh keluarga serta saudara-saudara anda, lalu apakah anda akan bersetuju untuk menyerahkan 90% tanah Malaysia kepada mereka?! Apakah Tanah Palestin Yang Diberkati itu bukan merupakan tanah anda sehingga anda sanggup menyerahkannya kepada Yahudi si perampas dan si pembunuh?! Bertakwalah anda kepada Allah wahai Perdana Menteri Malaysia!
Kami ingin katakan tanpa bertapis dan berkias bahawa para penguasa umat Islam yang bersetuju dengan penyelesaian dua-negara sudah tidak memiliki sedikit pun maruah dan kehormatan mereka! Betapa hinanya mereka! Sungguh, dengan bersetuju kepada penyelesaian dua-negara, pengkhianatan mereka kepada Tanah Palestin Yang Diberkati, kepada kaum Mukminin, kepada Allah dan Rasul-Nya, merupakan pengkhianatan yang tiada taranya!
Perdana Menteri Malaysia juga turut mencadangkan kepada OIC agar konflik Palestin diselesaikan melalui undang-undang dan mahkamah antarabangsa. Betapa tak masuk akalnya cadangan ini! Sejak bilakah entiti haram Yahudi itu mengiktiraf dan menghormati undang-undang antarabangsa?! Dan tidakkah anda tahu wahai Perdana Menteri Malaysia bahawa kaum Yahudi La’natullah alaihim itu tidak pernah mengerti apa-apa bahasa kecuali bahasa perang?! Tidakkah anda tahu bahawa undang-undang dan mahkamah antarabangsa itu “dikawal” oleh Amerika yang merupakan pendukung dan penjaga entiti Yahudi selama ini?!
Apakah tidak ada penyelesaian untuk Palestin di dalam Al-Quran dan Al-Hadis, sehingga anda perlu mencari dan mengharapkan undang-undang dan mahkamah antarabangsa yang berhukum dengan hukum kufur, untuk menyelesaikan masalah Palestin? Apakah tidak ada di dalam Al-Quran dan Al-Hadis bagaimana cara untuk kita “menghukum” penjenayah yang telah merampas tanah kita dan membunuh saudara-saudara kita? Sungguh, masalah Palestin bukan tiada penyelesaiannya, tetapi para penguasa umat Islam telah mengambil langkah pengkhianatan demi pengkhianatan, bukannya langkah penyelesaian! Atas dasar itulah entiti Yahudi tetap wujud, malah tidak terusik sedikit pun.
Itulah hasil yang sudah biasa kita lihat daripada Sidang Kemuncak OIC, Persidangan Liga Arab, atau persidangan apa sekali pun yang dianjurkan oleh para penguasa Muslim. Benarlah kata-kata seorang ulama tersohor suatu waktu dahulu, bahawa sesungguhnya “Israel” itu merupakan bayangan rejim-rejim Arab, apabila rejim-rejim itu lenyap, maka akan lenyaplah pula bayangannya. Lebih buruk, kini “Israel” sudah menjadi bayangan rejim penguasa Muslim seluruh dunia samada Arab atau bukan! Sesungguhnya kaum Yahudi itu tidak akan dapat melakukan segala kekejaman mereka ke atas Palestin, jika bukan kerana para penguasa khianat ini. Sungguh, sebelum pohon Gharqad berdiam diri dengan melindungi Yahudi suatu hari nanti, para penguasa kaum Muslimin ternyata lebih dahulu (dan sejak dahulu) menjadi “pohon Gharqad”, dengan melindungi Yahudi daripada dibunuh oleh tentera kaum Muslimin!
Wahai kaum Muslimin!
Setelah melihat lebih 10,000 kematian dan 30,000 cedera akibat kejahatan Yahudi, para penguasa kalian tetap menjadi penonton dan penghitung, dan mereka semakin menjadi pakar di bidang retorik! Sesungguhnya para penguasa kalian sudah tidak lagi mempedulikan nyawa dan darah saudara mereka sendiri di Palestin. Ternyata, bukan sahaja perkataan “jihad” yang sudah terhapus daripada kamus hidup mereka, bahkan perkataan “perikemanusiaan” pun sebenarnya sudah terhapus! Segala muhasabah dan peringatan yang diberikan kepada mereka hanya seperti mencurah air ke daun keladi. Satu-satunya harapan yang tinggal kini hanyalah dengan berdirinya Khilafah, yang akan “menghukum” Yahudi dengan hukuman Al-Quran! Maka, ayuhlah bersama kami, berganding bahu dalam usaha mendirikan semula Khilafah.
Wahai tentera kaum Muslimin!
Sampai bilakah kalian akan terus mendukung dan mentaati para penguasa kalian yang sudah terbukti mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan kaum Mukminin? Jika masih ada secebis keikhlasan, keberanian dan semangat jihad dalam diri kalian, maka kami menyeru kalian agar memberi Nusrah (pertolongan) kepada Hizbut Tahrir agar kami dapat mendirikan Khilafah dan membaiah seorang Khalifah yang bertakwa, yang tidak takut kecuali hanya kepada Allah semata-mata, yang akan menggerakkan kalian ke Palestin segera, yang mana kemuliaan dunia dan akhirat sedang menanti kalian di sana.
Pejabat Media Hizbut Tahrir Malaysia
Sumber: mykhilafah