10 Disember 2023 (Ahad)Bangi – Liqa Muslimah yang bertajuk “Penaklukan Tanah yang diberkahi” telah disampaikan oleh Puan ummu Thalhah (Aktivis MHTM) . Beliau membawa tajuk ini kesinambungan dengan tajuk bulan lepas dan beliau menjelaskan mengenai Penaklukan Baitul Maqdis dimeterai dengan perjanjian dengan Khalifah Umar. Khalifah telah memberi mereka jaminan keamanan bagi seluruh rakyat daulah sama ada Muslim mahupun Non Muslim(kafir Zimmi)
Jika mereka membayar pajaknya sesuai dengan kewajibannya, maka syarat-syarat yang tercantum dalam surat ini berada di bawah perjanjian
Allah, menjadi tanggung jawab Nabi-Nya, para khalifah, dan orang-orang beriman.
Sesungguhnya, kewujudan entiti haram Yahudi adalah merupakan bayang-bayang pengkhianatan para pemimpin negara arab yang
mementingkan habuan dunia berbanding kehidupan di akhirat.
Tentera umat Islam di seluruh dunia adalah ibarat cebisan
‘jigsaw puzzle’ yang bila digabungkan satu persatu akan menjadi besar, gagah dan berkemampuan untuk menghadapi sebarang ancaman.
Mereka hanya perlu dihimpunkan dan disusun menjadi satu entiti kesatuan yang mewakili suara sebenar umat Islam di seluruh dunia. Para
ulama yang ikhlas sudahpun mengingatkan para pemimpin dunia Islam akan tanggungjawab mereka.
Di akhir perbincangan, beliau juga menyeru para muslimah. Sesungguhnya, pertolongan Allah itu sangat dekat, kemenangan Islam itu sangat hampir dan para pemimpin yang khianat ini akan lenyap dan digantikan dengan pemimpin baru yang beriman, bertaqwa dan akan menerapkan
Islam secara kaffah sedikit masa lagi, dengan izin Allah SWT.




