16 Disember 2023(Sabtu), Kampar- Usrah Santai yang disampaikan oleh ukhti Husna (Aktivis MHTM) telah memilih tajuk “Solusi Konflik Palestin” terlebih dahulu menerangkan lebih lanjut mengenai bagaimana terwujudnya negara haram Israel di Palestin. Israel terlahir dari ibunya Amerika dan ayahnya adalah British serta di bidani oleh PBB. Pada 1948 PBB telah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. “Two State Solution” adalah resolusi yang diberikan oleh PBB bagi menyelesaikan masalah pergolakan isu Israel dan Palestin. Hal ini bukanlah sekadar masalah kemanusiaan atau penjajahan tetapi yang lebih utama ianya menyangkut aqidah umat Islam. Masjid Al Aqsa merupakan masjid ke tiga suci umat Islam dan sebagai kiblat pertama sebelum berpindah ke Kaabah di Mekah. Selain dari itu ia juga mengandung peristiwa penting bagi umat Islam di mana Rasulullah SAW di Mikrajkan Allah naik ke Sidratul Muntaha dalam peritiwa Israk dan Mikraj.
Sejak penubuhan negara Islam pertama di Madinah, Islam tidak pernah mengabaikan setiap bangsa termasuklah bangsa Yahudi. Disaat orang Eropah tidak mahu menerima kehadiran bangsa Yahudi kerana menurut mereka bangsa Yahudi sering bermasalah seperti ‘parasit’, Sultan Abdul Hamid II iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah telah menerima entiti ini dengan syarat mereka harus tunduk dan patuh terhadap aturan Islam. Secara ringkasnya setelah Khilafah Turki Uthmaniyyah runtuh dan berlaku Perang Dunia 2, Palestin dan sebahagian tanah Arab telah jatuh ke tangan British. Maka dengan itu bermulalah siri kebiadapan Yahudi yang sememangnya mempunyai sifat- sifat yang keterlaluan seperti yang telah Allah gambarkan di dalam Al Quran.
Sifat tamak ,kejam,rasis dan sombong bangsa Yahudi ini semakin terserlah setelah PBB mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan Palestin berkongsi negara dengan Israel mengikut pembahagian wilayah kawasan. Namun pada hari ini kita melihat Israel semakin tamak dan rakus menjajah Palestin serta melakukan pembunuhan paling sadis. Atas kekejaman ini seluruh dunia mengecam tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan itu. Pelbagai usaha cuba dibuat seperti boikot , menghantar bantuan asas dan berdemonstrasi telah dilakukan namun usaha – usaha itu tidak mampu menyelesaikan masalah. Pemimpin umat Islam juga hanya mampu mengadakan rundingan tetapi tidak berjaya mencapai kata sepakat. Isu ketenteraan hanya boleh diselesaikan dengan ketenteraan. Begitulah seharusnya dilakukan dan jawapan kepada segala masalah yang berlaku di Palestin Sebenarnya jika dikumpulkan kekuatan logistik umat Islam di seluruh dunia ianya mampu melenyapkan negara Israel dan konco -konconya sama sekali. Tetapi kerana umat Islam tiada mmpunyai kekuasaan dan kesatuan maka ianya tidak dapat dilaksanakan.
Di akhir perkongsian ukhti Husna memberikan jawapan tuntas kepada permasalahan isu Palestin ini dengan mewujudkan kembali sebuah institusi kekuasaan Islam (Khilafah ) dan peri pentingnya peranan sebagai umat untuk muhasabah pemimpin berusaha ke arah itu. Selain dari itu teruskan usaha – usaha kecil yang telah diusahakan seperti berkongsi isu – isu Palestin di sosial media dan jangan berputus harap berdoa agar Allah segera mengirimkan nusrahNya serta kemenangan untuk umat Islam