[Metode Dakwah Al-Quran] Iman kepada Rasul (Bahagian 1/2)
Penulis: Hafidz Shaleh, M.A.
Mengenai sesuatu yang khusus menyangkut kenabian Muhammad saw. dan keimanan kepadanya, hal itu berbeza dengan keimanan kepada rasul-rasul lain. Kerana dalil mengenai kenabian dan kerasulan Muhammad adalah dalil aqli. Keimanan bahawa Al-Quran adalah kalam Allah sekaligus risalah-Nya dan bahawa orang yang mendatangkan atau membawa risalah Allah mestilah seorang rasul, dan bahawa Muhammad adalah orang yang membawa Al-Quran, kalam Allah sekaligus risalah-Nya, maka Muhammad adalah Rasul. Ini adalah dalil aqli yang meyakinkan.
Walaupun dalil kenabian Rasulullah saw. itu merupakan dalil aqli, Al-Quran telah menyarankan masalah tersebut dalam banyak pembahasan.
Antara lain, sekadar contoh, bukan untuk membataskan, boleh saya sebutkan. Firman Allah,
مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللّٰهِ ۗوَالَّذِيْنَ مَعَهٗٓ اَشِدَّاۤءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاۤءُ بَيْنَهُمْ
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.” (TMQ Al-Fath [48]: 29).
وَمَا مُحَمَّدٌ اِلَّا رَسُوْلٌۚ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul.”(TMQ Ali’Imrân [3]: 144).
يٰسۤ وَالْقُرْاٰنِ الْحَكِيْمِۙ اِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِيْنَۙ عَلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍۗ
“Yaa Siin. Demi Al-Quran yang penuh hikmah, sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul (yang berada) di atas jalan yang lurus.” (TMQ Yasin [36]: 1-4).
طٰهٰ مَآ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْاٰنَ لِتَشْقٰٓى اِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَنْ يَّخْشٰى
“Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah).” (TMQ Thâha [20]: 1-3).
وَاِنَّكَ لَتُلَقَّى الْقُرْاٰنَ مِنْ لَّدُنْ حَكِيْمٍ عَلِيْمٍ
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi Al-Quran dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.” (TMQ An-Naml [27]: 6).
اَوَلَمْ يَكْفِهِمْ اَنَّآ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ يُتْلٰى عَلَيْهِمْ
“Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran), sedangkan dia dibacakan kepada mereka?”(TMQ Al-Ankabût [29]: 51).
وَمَا كُنْتَ تَتْلُوْا مِنْ قَبْلِهٖ مِنْ كِتٰبٍ وَّلَا تَخُطُّهٗ بِيَمِيْنِكَ اِذًا لَّارْتَابَ الْمُبْطِلُوْنَ
“Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al-Quran) sesuatu Kitab pun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu kitab dengan tangan kananmu; andai kata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari (mu).” (TMQ. Al-Ankabût [29]: 48).
Tentang pembahasan iman kepada rasul-rasul lain, Al-Quran juga telah menyatakan sebagai salah satu rukun akidah. Akidah dikenal sebagai keimanan kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhir (TMQ An-Nisâ [4]:136). Hanya saja, dalil untuk mengimani rasul-rasul sebelumnya adalah dalil naqli, kerana tidak terjangkau oleh indra. Oleh kerana itu, Al-Qur’an telah menyebutnya ratusan kali. Al-Quran telah menghuraikan sebahagian kisah mereka kepada kita. Al-Quran juga telah menyebutkan hal-hal yang pernah diterima oleh para Nabi itu dari kaum mereka, seperti kebencian dan penganiayaan,
مِنْهُمْ مَّنْ قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَّنْ لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ
“Di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu.” (TMQ Ghâfir [40]: 78).
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ اَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَآ اَوْحَيْنَآ اِلَيْكَ هٰذَا الْقُرْاٰنَۖ
“Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Quran ini kepadamu.” (TMQ Yûsuf [12]: 3).
وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ اَنْۢبَاۤءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهٖ فُؤَادَكَ وَجَاۤءَكَ فِيْ هٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَّذِكْرٰى لِلْمُؤْمِنِيْنَ
“Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.” (TMQ Hûd [11]: 120).
Al-Quran telah menceritakan kepada kita, atau menyebutkan kepada kita 24 nabi, ditambah al-Musthafa, salâmullâh ‘alayhim ajma’în.
Bersambung ke bahagian 2/2
Sumber: Hafidz Shaleh, M.A., Metode Dakwah Al-Quran