[Metode Dakwah Al-Quran] Iman kepada Rasul (Bahagian 2/2)
Penulis: Hafidz Shaleh, M.A.
(Sambungan dari Bahagian 1/2)
Al-Quran juga telah menyatakan kepada kita bahawa tidak satu umat pun kecuali kepadanya diutus seorang rasul,
وَاِنْ مِّنْ اُمَّةٍ اِلَّا خَلَا فِيْهَا نَذِيْرٌ
“Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.” (TMQ Fâthir [35]: 24).
وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِيْنَ حَتّٰى نَبْعَثَ رَسُوْلًا
“Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.”(TMQ Al-Isra’ [17]: 15).
Demikianlah, rasul-rasul itu silih berganti diutus kepada manusia, kerana memang seluruh umat manusia memerlukan rasul-rasul itu. Keperluan manusia kepada rasul itu benar-benar boleh dirasakan keberadaannya dan terjangkau oleh akal. Hal itu kerana manusia tidak mampu mengurus urusannya, serta mengatur hubungannya dengan penciptanya. Perbezaan kemampuan dan kontroversi di seputar kaidah dan usul antara sesama manusia mengharuskan kehidupan mereka diatur, dan selaras keperluan mereka datangnya tentu dari pihak lain, iaitu dari Allah Swt..
Terutama ketika kini manusia benar-benar telah teperdaya. Mereka mengira, dengan kemajuan sains teknologi serta pengetahuan terhadap sebahagian masalah kehidupan, mereka mampu mengatur dan mengurus kehidupannya sehingga mereka menyerahkan masalah tersebut kepada akalnya. Mereka meyakini demokrasi, atau meyakini kedudukan akal sebagai pembuat syariat, atau Tuhan.
Bukankah sanggahan terhadap tipu daya ini memerlukan kajian mendalam serta pembahasan panjang yang mampu menjelaskan ketidakmungkinan pandangan orang-orang yang teperdaya itu. Bukankah kelompok, parti, atau jemaah yang menyeru kepada Allah wajib untuk menyanggah dakwaan ini, serta menjauhkan fitnah (ujian) ini? Kami, hanya milik Allah segala anugerah dan kemuliaan, mempunyai ribuan dalil aqli dan naqli untuk menghancurkan pandangan yang menjadi pandangan mereka, serta menjelaskan kesalahan apa yang mereka serukan,
وَمَنْ اَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوٰىهُ بِغَيْرِ هُدًى مِّنَ اللّٰهِ
“Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (TMQ Al-Qashash [28]: 50).
Ketika para sahabat yang mulia bertanya kepada Rasulullah saw., “Bagaimana caranya orang-orang Yahudi menjadikan para ulama’ dan pendeta mereka sebagai tuhan selain Allah?” Jawab beliau, “Mereka (ulama dan pendeta) itu telah membuat syariat untuk mereka.” Atau sebagaimana yang disabdakan.
Ada poin singkat mengenai kisah-kisah Rasul sebelumnya, di samping kisah-kisah tersebut dapat menenteramkan Rasulullah saw. dan meneguhkan hati beliau, bahawa apa yang dituduhkan kepada beliau tidak lebih merupakan apa yang pernah dituduhkan kepada rasul-rasul sebelum beliau. Dengan membaca apa yang disanggahkan umat terhadap rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka, maka kita melihat bahawa kini para dai juga mendengar sanggahan yang sama dari para penyerang Islam serta orang-orang yang telah kenyang dengan pemikiran kufur, seperti kapitalisme kafir dan sosialisme ateis. Sebagai contoh, mereka adalah kaum Nabi Nuh yang berkata kepada beliau,
وَمَا نَرٰىكَ اتَّبَعَكَ اِلَّا الَّذِيْنَ هُمْ اَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِۚ وَمَا نَرٰى لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍۢ
“Dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apa pun atas kami.” (TMQ Hud [11]: 27).
Sumber: Hafidz Shaleh, M.A., Metode Dakwah Al-Quran