[Metode Dakwah Al-Quran] Iman kepada Hari Kiamat
Penulis: Hafidz Shaleh, M.A.
Iman kepada hari kiamat dan hari kebangkitan, dalil-dalilnya benar-benar tak terbatas. Ia dinyatakan dalam ratusan ayat kerana pembahasan ini jauh dari gambaran mereka secara material, juga kerana mereka menapak di bumi. Firman-Nya,
اِنْ هِيَ اِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوْتُ وَنَحْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوْثِيْنَ
“Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula..” (TMQ Al-Mu’minûn [23]: 37).
Hal-hal yang menggoncang akal (intelektual) mereka dan mengusik benak mereka adalah bagaimana mereka akan dibangkitkan setelah mati dan bagaimana tulang-tulang yang sudah berantakan itu dihidupkan kembali?
Sanggahan terhadap mereka itu dinyatakan dengan berbagai gaya yang berbeza, ayat-ayat yang beragam dan secara akal (intelektual) luar biasa mencengangkan, serta dengan berbagai usaha pendekatan yang akan mendorong akal mereka untuk berfikir.
Dengan demikian, mereka boleh menerima idea ini dan mengimaninya, selagi yang memberitahukannya adalah pencipta mereka yang pertama, Zat yang Maha Menciptakan seluruh wujud, tanpa adanya persamaan dan kerana ikut-ikutan. Siapa saja yang bertanya mengenai kembalinya ciptaan dan kebangkitan setelah kematian, serta terpinga-pinga dengannya, mengapa tidak hairan terhadap proses penciptaan yang pertama? Sedangkan mengembalikan jauh lebih mudah dibandingkan menciptakan. Oleh kerana itu, kita menemukan Al-Quran menyanggah masalah ini dengan panjang lebar; sekali waktu sangat menusuk perasaan, dan berkali-kali menggugah akal,
اَوَلَمْ يَرَ الْاِنْسَانُ اَنَّا خَلَقْنٰهُ مِنْ نُّطْفَةٍ فَاِذَا هُوَ خَصِيْمٌ مُّبِيْنٌ
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا وَّنَسِيَ خَلْقَهٗۗ قَالَ مَنْ يُّحْيِ الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيْمٌ
قُلْ يُحْيِيْهَا الَّذِيْٓ اَنْشَاَهَآ اَوَّلَ مَرَّةٍ ۗوَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيْمٌ
“Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati), Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);” (TMQ Yasin [36]: 77-79).
hingga akhir surah. Bagaimana Al-Quran meminta orang yang bertanya-tanya untuk memikirkan pertanyaannya, kerana mungkin dia lupa akan dirinya, bagaimana dia ada? Tibalah pada pertanyaan, bagaimana dia akan dikembalikan?
Perdebatan yang panjang lebar adalah perdebatan dalam hal ini. Adapun yang paling mengagumkan adalah keterangan yang terdapat dalam surah Qaf,
بَلْ عَجِبُوْٓا اَنْ جَاۤءَهُمْ مُّنْذِرٌ مِّنْهُمْ فَقَالَ الْكٰفِرُوْنَ هٰذَا شَيْءٌ عَجِيْبٌ
ءَاِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا ۚ ذٰلِكَ رَجْعٌۢ بَعِيْدٌ
“Mereka tidak menerimanya bahkan mereka tercengang kerana telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri, maka berkatalah orang-orang kalir, ‘Ini adalah suatu yang amat ajaib. Apakah kami setelah mati dan setelah menjadi tanah (kami akan kembali lagi)? Itu adalah suatu pengembalian yang tidak mungkin.’” (TMQ Qaf [50]: 2-3).
Setelah Al-Quran menyanggah mereka di seputar persoalan ini dengan sanggahan rasional, serta menarik perhatian mereka untuk mengamati apa yang diciptakan oleh Allah sejak awal mula, seperti langit, bumi, turunnya hujan, tumbuhnya tanaman dan pepohonan, lalu bagaimana Dia menghidupkan bumi tersebut setelah mati? Semuanya itu adalah hal-hal yang sering kali tampak di sekitar mereka. Setelah itu, ia menyatakan,
كَذٰلِكَ الْخُرُوْجُ
“Seperti itulah terjadinya kebangkitan.” (TMQ. Qaf [50]: 11)
Kemudian ia menyebut mereka sebagaimana orang kafir yang lain, yang buta matanya. Lalu timbul pertanyaan,
اَفَعَيِيْنَا بِالْخَلْقِ الْاَوَّلِۗ بَلْ هُمْ فِيْ لَبْسٍ مِّنْ خَلْقٍ جَدِيْدٍ
“Maka apakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama? Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan yang baru.”(TMQ Qaf [50]: 15).
Dengan cara yang sama, mereka juga diberi banyak contoh mengenai masalah ini. Antara lain, sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al-Kahfi,
وَاضْرِبْ لَهُمْ مَّثَلَ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا كَمَاۤءٍ اَنْزَلْنٰهُ مِنَ السَّمَاۤءِ فَاخْتَلَطَ بِهٖ نَبَاتُ الْاَرْضِ فَاَصْبَحَ هَشِيْمًا تَذْرُوْهُ الرِّيٰحُ ۗوَكَانَ اللّٰهُ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرً
“Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia), kehidupan dunia adalah sebagaimana air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka meniadi subur kerananya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (TMQ Al-Kahfi [18]: 45).
Ayat yang banyak, dengan pembahasan yang berbeza dan contoh yang beragam, telah mengetuk pembahasan ini dengan panjang lebar, kerana pembahasan tersebut jauh dari gambaran manusia. Oleh kerana itu, ia harus dimantapkan dalam jiwa dengan menyingkap semua kekaburan yang ada di sekitarnya. Al-Quran telah menyebutkan tentang hari akhir dan bagaimana segala sesuatu akan berakhir ketika sangkakala ditiup dan bagaimana kebangkitan tersebut sempurna ketika sangkakala ditiup untuk kedua kalinya, ketika mereka bangkit dan melihat bagaimana semuanya akan berakhir, ketika,
تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّآ اَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكٰرٰى وَمَا هُمْ بِسُكٰرٰى وَلٰكِنَّ عَذَابَ اللّٰهِ شَدِيْدٌ
“(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat keguncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu sangat keras.” (TMQ Al-Haj: 2).
يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ اَخِيْهِۙ
وَاُمِّهٖ وَاَبِيْهِۙ
وَصَاحِبَتِهٖ وَبَنِيْهِۗ
لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَىِٕذٍ شَأْنٌ يُّغْنِيْهِۗ
“Pada hari itu manusia lari dari saudaranya, dan dari ibu dan bapanya, dan dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya.” (TMQ Abasa: 34—37).
يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنْ كُنْتُمْ فِيْ رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَاِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَّغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْۗ وَنُقِرُّ فِى الْاَرْحَامِ مَا نَشَاۤءُ اِلٰٓى اَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوْٓا اَشُدَّكُمْۚ وَمِنْكُمْ مَّنْ يُّتَوَفّٰى وَمِنْكُمْ مَّنْ يُّرَدُّ اِلٰٓى اَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنْۢ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْـًٔاۗ وَتَرَى الْاَرْضَ هَامِدَةً فَاِذَآ اَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاۤءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَاَنْۢبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍۢ بَهِيْجٍ
ذٰلِكَ بِاَنَّ اللّٰهَ هُوَ الْحَقُّ وَاَنَّهٗ يُحْيِ الْمَوْتٰى وَاَنَّهٗ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
وَّاَنَّ السَّاعَةَ اٰتِيَةٌ لَّا رَيْبَ فِيْهَاۙ وَاَنَّ اللّٰهَ يَبْعَثُ مَنْ فِى الْقُبُوْرِ
“ Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. (Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.” (TMQ Al-Haj: 5—7).
Ini merupakan persamaan yang luar biasa mengenai kembalinya kehidupan, sebagaimana kita menyaksikan kembalinya kehidupan tanah yang mati melalui turunnya air. Gambaran ini telah diulang berkali-kali.
Inilah gambaran kecil dan sebagian dalil yang telah dinyatakan oleh Al-Quran seputar kelima rukun akidah. Adapun derivatif dan idea yang dibina di atasnya, ia tidak dinyatakan pada masa ini. Kita hanya perlu melakukan analisis terhadap Al-Quran.
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْاٰنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُّدَّكِرٍ
“Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?”
Tentu kita akan menemukan, betapa banyak surah dan ayat, khususnya surah makiyah, telah membahas pembahasan-pembahasan ini (pembahasan akidah) secara global dan rinci sehingga menancap dalam jiwa dan menjadi kaedah berfikir, pemicu tindakan atau amal, dan sumber pemahaman yang mengendalikan tingkah laku manusia, baik sebagai peribadi mahupun masyarakat.
Inilah pembahasan yang pertama dan utama yang terkandung dalam Al-Quran. Ia merupakan pembahasan utama bagi tiap dakwah. Parti atau jemaah yang tidak menjadikan masalah ini sebagai asas dalam dakwahnya, maka mereka tidak akan berusaha memperjelas akidahnya, dan tentu tidak akan perlu membangun dalil aqli atau naqli pada para pengikutnya dan masyarakat untuk membuktikan kebenaran akidah yang menjadi pedomannya. Baik menyangkut pembuktian tentang adanya Allah dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya, atau pembuktian tentang Al-Quran sebagai firman Allah, atau pembuktian tentang kenabian Muhammad saw..
Sebenarnya, jemaah mana pun yang tidak melakukan pembahasan seputar pembahasan ini bisa dianggap menyalahi metode dakwah Al-Quran, sirah penghulu para Rasul, dan jemaah tersebut tidak layak mendakwa bahawa mereka melangkah sesuai dengan sunah Rasulullah saw.. Dengan demikian, jemaah tersebut wajib memahami permasalahannya sebelum kesempatannya hilang,
يَوْمَ تَأْتِيْ كُلُّ نَفْسٍ تُجَادِلُ عَنْ نَّفْسِهَا وَتُوَفّٰى كُلُّ نَفْسٍ مَّا عَمِلَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُوْنَ
“(Ingatlah) pada hari (ketika) setiap orang datang untuk membela dirinya sendiri dan bagi setiap orang diberi (balasan) penuh sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan).” (TMQ An-Nahl: 111).
Mereka wajib mengevaluasi diri mereka sendiri sebelum dievaluasi (dihisab). Dia juga wajib menjaga diri dan anggotanya, serta masyarakat kerana takut kepada Allah.
Sumber: Hafidz Shaleh, M.A., Metod Dakwah Al-Quran