[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN HADIS] JANGAN MENJADI KELOMPOK AKHIR ZAMAN YANG MENGHALALKAN YANG HARAM
Rasulullah SAW bersabda, “Akan muncul dari umatku beberapa kaum, mereka menghalalkan zina, sutera, khamar, dan alat-alat muzik. Dan sungguh akan tinggal beberapa kaum di samping gunung, datang di siang hari kepada mereka penggembala ternaknya dengan haiwan peliharaannya – iaitu orang fakir – kerana ada hajat. Mereka mengatakan: Kembalilah engkau esok hari, maka Allah menyeksa mereka, meletakkan gunung di atas mereka. Dan merubah yang lainnya menjadi kera-kera dan babi-babi sampai hari kiamat.” (HR Bukhari)