[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN HADIS] SAMBUT KHABAR DARIPADA RASULULLAH SAW SEBAGAIMANA UMAT TERDAHULU
لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ، فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا، وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ»
“Sungguh Konstantinopel akan dibuka. Sebaik-baik amir adalah amirnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya (yang membuka Konstantinopel.” [HR Ahmad]
————————
Maklumat mengetahui hadis pembukaan Konstantinopel ini juga adalah hadis khabar namun tetap memiliki makna amal. Kerana itulah ramai Khalifah yang konsisten berusaha untuk merealisasikan hadis ini dengan kedua tangannya. Mereka (para Khalifah) tetap teguh menggerakkan pasukan tentera mereka untuk membuka Kostantinopel, sehingga Allah (swt) memuliakan Muhammad al-Fatih dengan pembukaan tersebut. Demikianlah juga hadis kembalinya Khilafah yang mengikuti jalan kenabian seperti yang dibahaskan di atas. Oleh itu, adalah sangat wajar kita sebagai Muslim untuk terus teguh dan bersungguh-sungguh menempuh perjuangan untuk merealisasikannya melalui kedua tangan kita. Di samping itu, kita juga wajar menyampaikan berita gembira tersebut kepada umat dan meyakini serta meyakinkan mereka (umat) bahawa hal tersebut (iaitu kembalinya Khilafah di atas jalan kenabian) akan tetap berlaku baik cepat mahupun lambat. Insya Allah.
(Abu Khaled El-Fateh)
#kempenrejab #rejabbulanmulia #1hari1hadis #100TahunKejatuhanKhilafah