[Ath-Thariq] Kita dan Perubahan (Bahagian 2/5)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
Setelah para penghuni negara Islam sentiasa mengadakan perjalanan siang dan malam dari bahagian negeri yang paling jauh hingga yang paling dekat, pergi dan pulang dengan aman dan tenang kerana merasa bahawa keluarga dan saudara-saudaranya ada di setiap jengkal tanah kaum muslim, maka pada hari ini para penduduk dan penghuni negeri Islam itu merasa asing, celaru, risau, dan resah meskipun berada di tanah kaum muslim sendiri, mereka juga tidak berani meninggalkan rumah atau daerahnya, kecuali apabila terpaksa.
Adapun berkaitan dengan perjalanan (safar) bahawasanya perjalanan mereka telah kembali–seperti masa jahiliyah yang pertama–sebagai petualangan yang tidak aman yang akibatnya tidaklah diketahui oleh siapa pun, kecuali hanya oleh Allah SWT. Selanjutnya sang penduduk tidak berani untuk kembali bepergian, walaupun mereka berani, dipastikan dia menulis wasiatnya, kerana bahayanya petualangan tersebut.
Setelah setiap kebijakan untuk memecahkan berbagai macam masalah dihadapi dan dijalani kaum muslim ditetapkan melalui kekuasaan negara Islam, di mana Shalahudin, Quthz, dan Baibars menetapkan dan memerintahkan putusan yang mereka inginkan, atau apa yang ditetapkan oleh agama mereka, sehingga mereka berjaya mengusir kaum salibis dari negeri-negeri kaum muslim dan menahan serangan Mongol yang ingin mengalirkan darah kaum muslim, maka pada hari ini para penguasa negara-negara kita berkata, “Sembilan puluh sembilan peratus dari lembar kebijakan itu ada di tangan Amerika.” Sementara itu, hanya satu peratus saja yang ada di tangan kita?
Setelah para pemimpin kaum muslim di setiap tempat segera bangkit tanpa ragu lagi untuk menyambut seruan yang terlontar dari mulut seorang muslimah yang menjerit, “Wahai kaum muslim” atau “Wahai Mu’tashim.” Mereka terus menyahut lantas membebaskan negeri itu dan menaklukkan musuh. Sedangkan saat ini para pemimpin kita tidak tergerak sedikit pun hatinya dan tidak bergoyang sedikit pun kelopak matanya, sedangkan mereka mendengar berjuta jeritan mohon pertolongan di Shabra, Satilla, Filipina, dan Afghanistan dan sebelumnya Qabiyyah, Hulhul, Dir Yasin, dan ratusan orang kaum muslim yang disembelih, benarlah orang yang melantunkan syair bagi menggambarkan sifat mereka:
Begitu banyak jeritan wahai Mu’tashim,
Penuhi lisan anak-anak yatim
Menyentuh telinga mereka penguasa negeri
Tetapi, tidak menyentuh kesatriaan Mu’tashim
Setelah risalah yang dikirim oleh para penguasa kaum muslim kepada penguasa kafir, apalagi penguasa yang menjadi penghalang dakwah Islam, dimulai dengan ungkapan sebagai berikut, “Dari hamba Allah Harun al-Rasyid Amirul Mukminin kepada Nikfur anjing Romawi‟, maka pada saat ini surat-surat dari penguasa kita yang ditujukan kepada mereka yang membunuh ribuan kaum muslim, menghancurkan dan meluluhlantakkan rumah tempat tinggal mereka, “Dari Muhamad Anwar Sadat kepada yang mulia Begin atau yang mulia Kissinger.‟
Setelah “Tiga ribu kaum muslim di Mu’tah mencabar, menentang, menggentarkan, dan menakutkan hati lebih dari seratus ribu tentera Romawi sehingga lari ketakutan,” maka saat ini satu billion kaum muslim gementar di hadapan tiga juta manusia lemah Yahudi yang datang dari tempat yang berselerak terpisah-pisah, yang telah Allah tetapkan kehinaan dan kerendahaan atas mereka.
Ini hanyalah setitis dari lautan misalan dan contoh yang kami paparkan, adakah kemunduran yang lebih parah setelah kemunduran seperti ini? Dan adakah ada kehinaan lain setelah keadaan yang amat hina ini? Apakah mungkin seseorang yang menjalani realiti ini yang dalam lubuk hatinya masih ada setitik kemuliaan atau dalam akalnya masih ada sekelumit pemikiran, masih saja tidak boleh mengindera dan merasakan kerosakan realiti politik seperti ini?
- Bidang Ekonomi
Setelah berabad-abad lamanya kita hidup di bawah naungan negara yang menetapkan keputusan buat kita dan menerapkan keputusan secara praktik, “Wahai kaum muslim, bahawasanya kita tidaklah dibangkitkan untuk menjadi pemungut cukai, tetapi semata menjadi pemberi petunjuk,” dan “Barang siapa yang meninggalkan harta, maka harta itu menjadi hak ahli warisnya, dan barang siapa yang meninggalkan anak-anak yang lemah, maka Daulah yang menjadi bapa yang akan bertanggungjawab ke atas anak yang lemah itu.”
Jika zaman dahulu ada seseorang yang berpura-pura sakit memasuki hospital yang ada di Daulah ini, padahal sebenarnya dia tidak menderita sakit apa pun, sedangkan doktor mengetahui bahawa pesakit tersebut hanya berpura-pura sakit, tetapi dia tetap tersenyum dan berpura-pura merawatnya. Setelah tiga hari perawatan berlalu, doktor yang merawatnya menulis sepucuk surat dan diberikan kepada pesakit tersebut yang di dalamnya ada sejumlah wang untuk memberitahunya bahawa telah habis tempoh rawatannya di hospital. Si pesakit pun mengambil wang tersebut dan cukup menjadi bekal baginya selama dia mencari pekerjaan, kemudian dia keluar dari hospital dengan mulia, semulia seorang tetamu yang berkunjung, maka bagaimana kita sekarang?
Setelah kita memiliki negara yang hampir di sepanjang jalan banyak pembinaan pondok/rumah rehat dan dapur umum untuk memberi makan musafir dan ibnusabil secara percuma, serta pembinaan tempat serba guna, di antaranya kilang seramik dan porselin sehingga anak kecil dan pembantu rumah boleh mengganti perkakas yang pecah secara percuma, agar ianya dapat menghindarkan si anak kecil dan pembantu rumah dari dihukum kerana memecahkan barang tersebut.
Setelah Daulah memenuhi segenap keperluan primer setiap rakyatnya, dan khalifah menjadi bapa yang melindungi anak-anak hingga orang tua mereka kembali, setelah khalifah menjadi penanggung jawab harta-harta kaum muslim dan sibuk melayani mereka, tidak mengambil harta dari baitulmal kaum muslim, kecuali sekadar menjadi bekal hidupnya, bekal hidup anak-anak dan keluarganya.
Setelah Khalifah Umar bin Abdul Aziz tidak mengizinkan anak perempuannya memakai perhiasan yang dipinjam dari baitulmal, dan memerintahkannya untuk mengembalikan perhiasan itu, dan menghukum pegawai baitulmal kerana telah meminjamkan perhiasan baitulmal pada anak perempuannya, dan sang khalifah enggan menggunakan lampu yang minyaknya dibebankan dalam belanjawan negara, untuk kepentingan dan tujuan peribadi, kerana lampu tersebut milik negara, dan dia menganggap bahawa menggunakan lampu negara untuk kepentingan peribadi merupakan sesuatu yang diharamkan yang akan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah SWT kelak.
Bersambung ke bahagian 3/5
Sumber: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)
#athtariq #pemikiranislam #kebangkitanislam