[PEDULI PALESTIN] Bulan Rejab Bulan Pembebasan Palestin
Kebelakangan ini kita melihat beberapa inisiatif telah diambil oleh beberapa individu pempengaruh dan pihak pengurusan masjid tertentu yang telah mengusahakan kempen untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah SWT. Antara usaha yang dijalankan adalah mengajak umat Islam agar solat Subuh berjemaah di masjid seperti solat Jumaat. Usaha ini Alhamdulillah telah mendapat sambutan yang cukup baik dengan kehadiran ramai kaum Muslimin menyahut seruan kempen ini.
Alhamdulillah, sekarang kita telahpun memasuki bulan Rejab dan dalam beberapa minggu lagi, insya Allah, Ramadhan pula akan disambut umat Islam. Di samping usaha murni umat Islam mengimarahkan masjid dengan inisiatif tersebut, bulan Rejab kali ini pastinya akan dipenuhi dengan pengisian bagi merenung kembali peristiwa Israk Mikraj yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW.
Selain peristiwa bermakna ini, bulan Rejab juga merekodkan beberapa peristiwa lain yang penting dalam sejarah umat Islam. Antaranya adalah peperangan Tabuk ketika mana Rasullullah SAW telah berangkat bersama 30 ribu tentera kaum Muslimin pada musim panas dan mengalami berbagai kesukaran dalam perjalanan. Pasukan ini digelar sebagai Jaisyul Usrah kerana kesulitan ini namun Allah SWT telah mengurniakan kemenangan kepada mereka dalam peperangan ini.
Satu lagi peristiwa yang juga berlaku dalam bulan yang mulia ini adalah pembebasan Baitul Maqdis oleh Salahudin al-Ayubi pada 28 Rejab 583 H. Namun hari ini, di bumi Palestin yang diberkati Allah SWT, umat Islam bergelut dengan kaum kuffar untuk meraih pembebasan namun hanya diperhatikan sahaja oleh para penguasa kaum Muslimin tanpa menghulurkan sebarang bantuan yang bermakna. Sejak keruntuhan Daulah Khilafah, berbagai krisis telah menimpa umat Islam, termasuklah krisis di Palestin yang kita saksikan hari ini. Lebih menyayat hati, kejatuhan Daulah Khilafah itu sendiri berlaku pada bulan Rejab, lebih tepat, pada 27 Rejab 1342 H.
Sejak kejatuhan ini, umat Islam bagaikan ayam kehilangan ibu. Kaum Muslimin hari ini ibarat buih-buih di lautan – jumlahnya begitu banyak namun kita berada dalam situasi yang sangat lemah. Meskipun Allah SWT mewajibkan umat Islam membantu kaum Muslimin yang dizalimi, hanya segelintir kecil yang menghulurkan bantuan yang bermakna untuk saudara kita di Gaza. Tidak ada satu pun negara kaum Muslimin yang selama ini bangga dengan kekuatan ketenteraan masing-masing melancarkan jihad ke atas entiti haram Yahudi dan membela darah kaum Muslimin yang ditumpahkan. Kaum Muslimin terpecah-pecah oleh sempadan negara bangsa ciptaan Barat dan hilang kemampuan untuk menyelamatkan saudara mereka di Palestin yang disembelih setiap hari. Apa yang kita lihat hanyalah pengkhianatan demi pengkhianatan para pemerintah umat Islam hari ini.
Berbagai peristiwa dalam bulan Rejab di sepanjang sejarah umat Islam boleh kita jadikan motivasi – terutama dalam perjuangan untuk mengembalikan kehidupan Islam serta memperkukuh tekad kita untuk membela kaum Muslimin di Palestin. Marilah kita tegakkan semua Daulah Khilafah, kita bebaskan Baitul Maqdis dan tanah Palestin dari cengkaman Yahudi laknatullah – sesungguhnya bulan Rejab merupakan bulan pembebasan Baitul Maqdis. Ayuh kita kukuhkan tekad dan mantapkan upaya untuk mengembalikan permata yang telah hilang 100 tahun yang lalu – sebagai jalan untuk membebaskan bumi yang diberkati Allah SWT!