[Soal Jawab] Apakah Hukum Menghantar Pasukan Tentera ke Wilayah Pendudukan?
Oleh: KH. Hafidz Abdurrahman
Soalan:
Apakah hukum menghantar pasukan perang ke wilayah pendudukan, sebagaimana yang saat ini terjadi di Palestin? Jika hukumnya wajib, siapakah yang paling berkewajipan untuk melakukan hal itu?
Jawapan:
Palestin adalah tanah Kharajiyyah, milik seluruh kaum Muslim. Bukan milik rakyat Palestin, Syam, atau bangsa Arab. Oleh itu, masalah Palestin, yang terjadi akibat pendudukan entiti Yahudi di tanah tersebut, adalah masalah kaum Muslim di seluruh dunia, bukan hanya masalah bagi bangsa Palestin, Syam atau Arab.
Pendudukan, dalam bahasa Arab, disebut Ihtilaal, maksudnya pengambilalihan secara paksa oleh negara lain (annexation), atau mengerahkan kekuatan tentera di tanah asing, bukan miliknya, untuk dijajah, tanpa kerelaan penduduknya.[1]
Menurut Dr. Muhammad Khair Haikal, apapun tujuannya, tindakan pendudukan ini merupakan bentuk serangan terhadap negeri kaum Muslim.[2] Inilah yang berlaku di Palestin, yang diduduki entiti Yahudi, pasca kekalahan Khilafah Uthmaniyah dalam Perang Dunia I.
Para fuqaha’ kaum Muslim dari berbagai mazhab bersepakat, bahawa berperang untuk melawan serangan dan pendudukan yang terjadi terhadap negeri kaum Muslim hukumnya adalah wajib. Bahkan ini hukumnya fardhu ain bagi penduduk yang diduduki. Jika mereka tidak mampu untuk melawan serangan dan pendudukan tersebut, maka hukum kefardhuan tersebut berlaku juga bagi penduduk terdekat di sekitarnya, sehingga kemampuan untuk melakukan perlawanan tersebut dapat diwujudkan, sehingga musuh berjaya diusir dari negeri kaum Muslim.
Dalam konteks Palestin, masalah utama bagi kaum Muslim di sana, dan di seluruh dunia, adalah wujudnya entiti Yahudi di sana. Bukan masalah batas wilayah. Oleh sebab itu solusinya bukan berdamai dan hidup berdampingan, baik dengan konsep satu negara atau dua negara. Namun, solusinya adalah Izaalah al-Wujuud (menghilangkan keberadaan entiti Yahudi) dari tanah Palestin.
Al-Kasani, dari mazhab Hanafi, menyatakan: [3]
إِذَا عَمَّ النَّفِيرُ بِأَنْ هَاجَمَ الْعَدُوُّ عَلَى بَلَدٍ فَهُوَ فَرْضُ عَينٍ يَفْتَرِضُ عَلَى كُلِّ وَاحِدٍ مِنْ آحَادِ الْمُسْلِمِين مِمَنْ هُو قَادْرٌ عَلَيْهِ
Jika terjadi serangan umum, yakni musuh menyerang sebuah negeri, maka hukumnya fardhu ain bagi setiap individu kaum Muslim dari kalangan yang mampu untuk berperang melawannya.
Ibn ‘Abidin, dalam kitabnya, Radd al-Mukhtar, menyatakan: [4]
كِتَابُ الْجِهَاد: هُوَ فَرْضُ كِفَايَةٍ اِبْتِدَاءً، وَ إِنْ لَمْ يبدؤونا …. وَفَرْضُ عَين إِنْ هَجَمَ الْعَدُوُّ، فَيَخْرُجُ الْكُلُّ، ولَوْ بِلا إِذْنٍ، ويأثم الزَّوْجُ وَبحوهُ بِالْمَنْعِ
Kitab Jihad: Hukumnya fardhu kifayah jika ofensif (mendahului menyerang) meski mereka tidak menyerang kita terlebih dulu…dan hukumnya fardhu ain jika musuh menyerang sehingga semuanya wajib keluar meski tanpa izin. Suami mahupun yang lain berdosa jika melarang mereka.
Di dalam Hasyiyah-nya dinyatakan sebagai berikut: [5]
(قَوْلُه: فَرْضُ عَين) أَيْ عَلَى مَنْ يَقْرَبُ مِن الْعَدُوِّ، فَإِنْ عَجَزُوْا، أَوْ تَكَاسَلُوْا فَعَلَى مَنْ يَلِيْهِمْ حَتَّى يَفْتَرِضَ، عَلَى هَذَا التَّدْرِيْجِ، عَلَى كُلِّ الْمُسْلِمِين شَرْقًا وَغَرْبًا…
(Kata beliau: fardhu ain) maksudnya bagi orang yang jaraknya dekat dengan musuh. Jika mereka tidak mampu, atau malas, maka bagi orang yang dekat dengan mereka wajib menunaikannya, hingga hukumnya menjadi wajib bagi seluruh kaum Muslim, di timur mahupun barat, secara bertahap.
Dalam kitab Al-Minhaj, dan Syarh Mughni al-Muhtaaj, dinyatakan: [6]
كَانَ الْجِهَادُ فِي عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْه وَسَلَّمَ فَرْضُ كِفَايَةٍ، وَ قِيْلَ فَرْضُ عَيْنٍ؛ وَأَمَّا بَعْدَه فَلِلْكُفَّارِ حَالاَن: أَحَدُهُمَا، يَكُوْنُوْنَ بِبِلاَدِهِمْ فَفَرْضُ كِفَايَةٍ، إِذَا فَعَلَهُ مَنْ فِيْهِمْ الْكِفَايَةُ سَقَطَ الْحَرَجُ عَنِ الْبَاقِين… الثَّانِي،يَدْخُلُوْنَ بَلْدَةً لَنَا فَيَلْزَمُ أَهْلُهَا الدَّفْعَ بِالمُمْكِنِ، فَإِنْ أَمْكَنَ تَأْهب لِقِتَالٍ وَجَبَ الْمُمْكِنُ حَتَّى عَلَى فَقِيْرٍ، وَوَلَدٍ، وَمَدِيْنٍ، وَعَبْدٍ بِلاَ إِذْنٍ، وَ قِيْلَ إِنْ حَصَلَتْ مُقَاوَمَةُ بِأَحْرَارٍ اُشْتُرِطَ إِذْنُ سَيِّدِهِ… وَمَنْ عَلَى الْمَسَافَةِ يَلْزَمُهُمْ الْمُوَافَقَةَ بِقَدْرِ الْكِفَايَةِ إِنْ لَمْ يَكْفِ أَهْلُهَا وَمَنْ يَلِيْهِم.
Jihad pada zaman Nabi saw. adalah fardhu kifayah. Ada yang mengatakan fardhu ain. Adapun pada zaman setelahnya, maka bagi kaum kafir ada dua keadaan. Pertama, mereka berada di negeri mereka, maka hukumnya fardhu kifayah (bagi kaum Muslim berperang melawan mereka, red.). Jika telah dilakukan oleh orang yang cukup, maka telah gugur dosa bagi yang lain. Kedua, mereka memasuki negeri kita, maka penduduknya wajib untuk melawan dengan siapa saja yang mungkin. Jika memungkinkan bersiap-siap untuk berperang, maka wajib yang mungkin, termasuk bagi yang miskin, anak, orang yang mempunyai hutang, hamba tanpa izin (tari tuannya). Ada yang mengatakan, jika perlawanan dapat dilakukan dengan orang-orang merdeka (bukan hamba), maka bagi hamba disyaratkan ada izin dari tuannya… Bagi orang yang dalam jarak masafah qashar solat, harus, sesuai dengan kadar kecukupan. Jika penduduknya tidak cukup, maka penduduk daerah berikutnya.”
Inilah pandangan para fuqaha’ dari berbagai mazhab. Mereka berpendapat bahawa hukumnya fardhu ain melakukan perlawanan terhadap pasukan pendudukan atau penjajah, yang menduduki dan menjajah negeri kaum Muslim. Bagi isu Palestin, terlepasnya wilayah ini ke tangan entiti Yahudi bukan semata kerana para penguasa kaum Muslim di sekitarnya tidak melakukan perlawanan terhadap penjajah Israel, tetapi mereka juga mengkhianati Palestin dan pendudukanya, dengan melakukan normalisasi hubungan dengan entiti Yahudi, dengan catatan mereka adalah penjajah.
Ini jelas, tindakan penguasa umat Islam sekeliling merupakan satu dosa besar. Pertama, kerana mereka meninggalkan jihad yang hukumnya fardhu ain. Kedua, mengkhinati Palestin, yang merupakan tanah dan kiblat pertama kaum Muslim. Ketiga, melakukan normalisasi hubungan dengan entiti Yahudi, penjajah dan pembunuh saudara mereka. Padahal umat Islam adalah satu. Darah mereka sama. Darah kaum Muslim di Palestin yang ditumpahkan itu adalah darah mereka.
Dalam konteks yang terakhir, adanya serangan entiti Yahudi penjajah terhadap Gaza, dengan menggunakan berbagai persenjataan canggih, dan mereka juga dengan jelas memerlukan pertolongan, bahkan telah menjerit meminta tolong, maka negeri-negeri kaum Muslim terdekat dengan mereka wajib menolong mereka. Ini sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT:
وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٰنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا ٧٥
“Mengapa kalian tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa, “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!” (TMQ an-Nisa’ [4]: 75).
Menurut ath-Thabari, mengutip penjelasan Mujahid, melalui ayat ini Allah memerintahkan kepada orang Mukmin untuk berperang membela kaum Mukmin yang lemah, yang masih tinggal di Mekah (belum ikut hijrah ke Madinah).[7]
Menurut Dr. Muhammad Khair Haikal, uslub (gaya bahasa) Istifhaam yang digunakan di sini bertujuan untuk mendorong agar mahu menolong mereka, atau celaan atas sikap berdiam diri. Kerana itu hukumnya wajib bagi kaum Muslim untuk menolong mereka dan haram membiarkan mereka dalam keadaan tertindas.[8]
Allah SWT juga berfirman:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلَّذِينَ ءَاوَواْ وَّنَصَرُوٓاْ أُوْلَٰٓئِكَ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَمۡ يُهَاجِرُواْ مَا لَكُم مِّن وَلَٰيَتِهِم مِّن شَيۡءٍ حَتَّىٰ يُهَاجِرُواْۚ وَإِنِ ٱسۡتَنصَرُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ فَعَلَيۡكُمُ ٱلنَّصۡرُ إِلَّا عَلَىٰ قَوۡمِۢ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَهُم مِّيثَٰقٞۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ٧٢ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍۚ إِلَّا تَفۡعَلُوهُ تَكُن فِتۡنَةٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَفَسَادٞ كَبِيرٞ ٧٣
“Sungguh orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. (Terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikit pun atas kalian melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam (urusan pembelaan) agama, maka kalian wajib memberikan pertolongan, kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kalian dan mereka. Allah Maha Melihat apa yang kalian kerjakan. Adapun orang-orang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kalian (kaum Muslim) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (TMQ al-Anfal [8]: 72-73).
Ayat di atas menjelaskan bahawa kaum Muslim yang menetap di Mekah tidak ada hubungan sebagai warganegara, tetapi ketika mereka meminta pertolongan kepada kaum Muslim di Madinah, yang ketika itu merupakan Negara Islam. Maka, kaum Muslim di Madinah wajib bangkit menolong saudara-saudara mereka, meski di luar wilayahnya. Bahkan Allah mengancam, jika mereka berdiam diri, hal itu akan mengundang fitnah dan musibah yang akan mengintai kaum Muslim, serta terjadinya kerosakan yang akan merajalela di muka bumi.[9]
Akhirnya, dapat disimpulkan bahawa hukum menolong kaum Muslim dan membebaskan Palestin dari pendudukan Zionis Israel menjadi fardhu ain bagi kaum Muslim, khususnya penguasa dan tentera negeri-negeri yang ada di sekitarnya. Mulai dari Jordan, Syria, Mesir, Yaman, Saudi, Bahrain, Oman, Qatar, Uni Emirat Arab, Kuwait, dan lain-lain. Diamnya penguasa dan tentera umat Islam dari memberikan pertolongan kepada mereka bukan hanya merupakan dosa besar, tetapi juga diancam oleh Allah dengan fitnah, musibah dan kerosakan yang akan merajalela di wilayah mereka.
WalLaahu a’lam bi ash-shawaab.
Catatan kaki:
[1] Ahmad ‘Athiyyatu-Llah, al-Qamus as-Siyasi, hal. 22. Lihat juga, Dr. Muhammad Khair Haikal, al-Jihad wa al-Qital fi as-Siyasah as-Syar’iyyah, Dar al-Bayariq, Beirut, Cet. III, 1417 H/1996 M, Juz I, hal. 632.
[2] Haikal, al-Jihad wa al-Qital, Juz I, hal. 632.
[3] Al-Kasani, Bada’i’ as-Shana’i’, Juz VIII, hal. 9; Haikal, al-Jihad wa al-Qital, Juz I, hal. 637.
[4] Ibn ‘Abidin, Radd al-Mukhtar, Juz III, hal. 334; Haikal, al-Jihad wa al-Qital, Juz I, hal. 637.
[5] Ibn ‘Abidin, Radd al-Mukhtar, Juz III, hal. 334; Haikal, al-Jihad wa al-Qital, Juz I, hal. 637.
[6] Abu Zakariyya Muhyiddin Yahya bin Syaraf an-Nawawi, Minhaj at-Tahlibin wa ‘Umdatu al-Muftin, Dar Ibn Hazm, Beirut, Cet. I, 1432 H/2011 M, hal. 334.
[7] At-Thabari, Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an, Juz V, hal. 107.
[8] Haikal, Al-Jihad wa al-Qital, Juz I, hal. 653,
[9] Haikal, Al-Jihad wa al-Qital, Juz I, hal. 654,