[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
AL-IMAM IBNU HAZM AL-ANDALUSI AZH-ZHAHIRI (W. 456 H)
Keterangan wajibnya khilafah oleh beliau dapat ditemui dalam dua kitab karya beliau, iaitu:
1. Al-Fashl fî al-Milal wa al-Ahwâ` wa an-Nihal
2. Marâtib al-Ijmâ’
Di kitab pertama beliau menyebutkan:
اتفق جميع أهل السنة، وجميع المرجئة، وجميع الشيعة، وجميع الخوارج على وجوب الإمامة، وأن الأمة واجب عليها الانقياد لإمام عادل، يقيم فيهم أحكام الله، ويسوسهم بأحكام الشريعة التي أتى بها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حاشا النجدات من الخوارج فإنهم قالوا: لا يلزم الناس فرض الإمامة، وإنما عليهم أن يتعاطوا الحق بينهم. وهذه فرقة ما نرى بقي منها أحد، وهم المنسوبون إلى نجدة ابن الحنفي القائم باليمامة.
“Seluruh Ahlussunnah, seluruh Murji’ah, seluruh Muktazilah, seluruh Syiah, dan seluruh Khawarij telah bersepakat atas wajibnya imamah/khilafah. Dan bahawasannya umat Islam wajib tunduk kepada seorang imam/khalifah yang adil yang menerapkan hukum-hukum Allah di tengah-tengah mereka, dan memelihara urusan mereka dengan hukum-hukum syariat yang dibawa oleh Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam-, kecuali kelompok An-Najdat dari kalangan Khawarij. Mereka berpendapat: imamah/khilafah itu tidak wajib atas kaum muslim, yang wajib atas mereka hanyalah saling menegakkan kebenaran di antara mereka. Kami tidak melihat seorangpun yang tersisa dari kelompok ini. Mereka ini para pengikut Najdah bin al-Hanafi dari Yamamah.”¹
Sedangkan dalam kitab yang kedua beliau menyatakan:
ﻭاﺗﻔﻘﻮا ﺃﻥ اﻻﻣﺎﻣﺔ ﻓﺮﺽ ﻭاﻧﻪ ﻻ ﺑﺪ ﻣﻦ اﻣﺎﻡ ﺣﺎﺷﺎ اﻟﻨﺠﺪاﺕ ﻭﺃﺭاﻫﻢ ﻗﺪ ﺣﺎﺩﻭا اﻹﺟﻤﺎﻉ ﻭﻗﺪ ﺗﻘﺪﻣﻬﻢ
“Dan mereka (para ulama) telah bersepakat bahawa imamah/khilafah hukumnya wajib, dan bahawa keberadaan seorang imam/khalifah adalah kewajipan, kecuali an-Najdat. Aku lihat mereka telah menyelisihi ijma’ ini, sedangkan ijma’ (atas perkara ini) telah ada lebih dulu sebelum mereka.”²
_________
¹ Ibnu Hazm, Abu Muhammad Ali bin Ahmad al-Andalusi. 1996. Al-Fashl fî al-Milal wa al-Ahwâ` wa an-Nihal. Cet. II. (Beirut: Dar al-Jil) vol. 4 hlm. 3
² Ibnu Hazm, Abu Muhammad Ali bin Ahmad al-Andalusi. tt. Marâtib al-Ijmâ’. Cet. II. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah) hlm. 124
Fawaid:
• Imamah/Khilafah merupakan kewajipan yang telah disepakati oleh segenap Ahlussunnah wal jama’ah
• Tugas khalifah adalah menerapkan hukum-hukum Allah dan memelihara urusan umat dengan syariat Islam
• Yang berpendapat imamah/khilafah tidak wajib adalah kelompok di luar Ahlussunnah wal jama’ah, iaitu an-Najdat dari kalangan Khawarij
(Ustaz Azizi Fathoni)