[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
AL-IMAM ABU MANSHUR ABDUL QAHIR AL-BAGHDADI AL-HANAFI (W. 429 H)
Keterangan wajibnya khilafah oleh beliau dapat dijumpai dalam dua kitab karya beliau:
- Ushûl Ad-Dîn
- Al-Farq bayna Al-Firaq
Di dalam kitab yang pertama beliau menyatakan:
المسألة الأولى من هذا الأصل في بيان وجوب الإمامة
اختلفوا في وجوب الإمامة وفي وجوب طلب الإمام ونصبه.
فقال جمهور أصحابنا من المتكلمين والفقهاء مع الشيعة والخوارج وأكثر المعتزلة بوجوب الإمامة وأنها فرض واجب إقامته وواجب اتباع المنصوب له. وأنه لابد للمسلمين من إمام ينفذ أحكامهم ويقيم حدودهم ويغزى جيوشهم ويزوج الأيامى ويقسم الفيء بينهم.
وخالفهم شرذمة من القدرية كأبي بكر الأصم وهشام الفوطي.
“Permasalahan pertama dari pokok ajaran ini adalah penjelasan tentang wajibnya imamah/khilafah. Mereka (umat Islam) telah berbeza pendapat tentang wajibnya imamah/khilafah, wajibnya mencari (sosok khalifah) dan mengangkatnya.
Majoriti ulama ashhab kami (Ahlussunnah) kalangan ahli kalam dan ahli fiqih, berikut kalangan syiah dan khawarij, serta muktazilah pada umumnya, berpendapat akan wajibnya imamah/khilafah. Bahawa dia adalah suatu kewajipan yang mesti ditegakkan dan siapa yang terpilih mesti ditaati. Bahawasannya kaum muslim itu mesti memiliki seorang imam/khalifah yang menjalankan hukum-hukum serta hudud mereka, menyiapkan pasukan perang mereka, menikahkan para bujangan di antara mereka, dan membahagikan harta fai’ kepada mereka. Berbeza dengan segelintir Qadariyah seperti Abu Bakar Al-Asham dan Hisyam Al-Fuwathi (berpendapat tidak wajib -penj.).”¹
Dan di kitab yang ke-dua beliau menuturkan:
ﻗﺪ اﺗﻔﻖ ﺟﻤﻬﻮﺭ اﻫﻞ اﻟﺴﻨﺔ ﻭاﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﻋﻠﻰ اﺻﻮﻝ ﻣﻦ اﺭﻛﺎﻥ اﻟﺪﻳﻦ ﻛﻞ ﺭﻛﻦ ﻣﻨﻬﺎ ﻳﺠﺐ ﻋﻠﻰ ﻛﻞ ﻋﺎﻗﻞ ﺑﺎﻟﻎ ﻣﻌﺮﻓﺔ ﺣﻘﻴﻘﺘﻪ ﻭﻟﻜﻞ ﺭﻛﻦ ﻣﻨﻬﺎ ﺷﻌﺐ ﻭﻓﻲ ﺷﻌﺒﻬﺎ ﻣﺴﺎﺋﻞ اﺗﻔﻖ اﻫﻞ اﻟﺴﻨﺔ ﻓﻴﻬﺎ ﻋﻠﻰ ﻗﻮﻝ ﻭاﺣﺪ ﻭﺿﻠﻠﻮا ﻣﻦ ﺧﺎﻟﻔﻬﻢ ﻓﻴﻬﺎ …
وقالوا في الركن الثاني عشر المضاف إلى الخلافة والإمامة إن الإمامة فرض واجب على الأمة لأجل إقامة الإمام ينصب لهم القضاة والأمناء ويضبط ثغورهم ويغزي جيوشهم ويقسم الفيء بينهم وينتصف لمظلومهم من ظالمهم.
“Majoriti ahlus sunnah wal jama’ah telah menyepakati sejumlah pokok dalam rukun agama, di mana setiap rukunnya wajib untuk diketahui hakikatnya olah setiap mukallaf. Setiap rukun tersebut memiliki sejumlah cabang, dan pada setiap cabangnya terdapat sejumlah perkara yang disepakati oleh ahlus sunnah wal jama’ah dalam satu suara dengan menganggap sesat siapa saja yang menyelisihi mereka. … Mereka (ahlus sunnah wal jama’ah) berpendapat dalam rukun ke-12, berkenaan dengan khilafah dan imamah. Bahawasannya imamah/khilafah itu merupakan kemestian yang wajib atas umat Islam, demi terealisasinya seorang khalifah yang akan mengangkat para kadi (hakim syarie) dan para penanggungjawab atas mereka, menjaga perbatasan wilayah mereka, mempersiapkan pasukan perang mereka, membagikan harta fay’ kepada mereka, dan menolong yang tertindas dari yang menindas di antara mereka.”²
______
¹Al-Baghdadi, Abu Manshur ‘Abdul Qahir. 1928. Ushûl Ad-Dîn (Istambul: Thab’ah Ad-Daulah). hlm. 271
²Al-Baghdadi, Abu Manshur ‘Abdul Qahir. 1977. al-Farq bayn al-Firaq. Cet. II. (Beirut: Dar al-Afaq al-Jadidah). hlm. 309, 340
_______
Fawaid:
- Kewajipan khilafah dan merealisasikan khalifah termasuk kewajipan yang disepakati oleh ahlus sunnah wal jama’ah, menyelisihinya boleh mengakibatkan kesesatan.
- Tidak diperhitungkan pendapat Al-Asham dan Al-Fuwathi dari kalangan Muktazilah yang mengatakan tidak wajib, lantaran keduanya menyalahi ijmak yang sudah terjadi sebelum mereka, iaitu ijmak sahabat pasca wafatnya Nabi صلى الله عليه وسلم.
- Kewajipan khilafah -menurut hitungan al-Imam Abu Manshur al-Baghdadi- tergolong kewajipan yang mendesak dan penting hingga menempatkannya di urutan ke-12 di antara pokok-pokok agama Islam yang disepakati ahlus sunnah wal jama’ah.
(Ustaz Azizi Fathoni)