Skip to content

MuslimahHTM News

~Membangun Pemikiran Ummah~

Primary Menu
  • HOME
  • NASYRAH
    • NAHDHAH FIKRIYAH
    • FIKRATUL UMMAH
  • ISU SEMASA
    • LOKAL
    • SIYASAH
    • GLOBAL
  • TSAQAFAH
    • TAFSIR DAN AYAT PILIHAN
    • HADIS PILIHAN
    • FIKIH
  • KENYATAAN & PENGUMUMAN
    • KEMPEN
    • KENYATAAN MEDIA LOKAL
    • KENYATAAN MEDIA GLOBAL
  • SOAL-JAWAB
    • AMIR HIZBUT TAHRIR
    • UMUM
  • SIRAH & SEJARAH
  • TOKOH INSPIRASI
    • SERIKANDI TELADAN
  • PILIHAN
    • NAFSIYAH
    • MUHASABAH
    • DOA
    • QUOTES
  • GALERI AKTIVITI
  • Home
  • 2024
  • February
  • 20
  • Penerapan Islam Kaffah, Menjadikan Hati Manusia Tenteram [Tafsir Surah Ar-Ra’d Ayat 28]
  • TAFSIR DAN AYAT PILIHAN

Penerapan Islam Kaffah, Menjadikan Hati Manusia Tenteram [Tafsir Surah Ar-Ra’d Ayat 28]

Media Mhtm February 20, 2024

[Tafsir Al-Quran] Penerapan Islam Kaffah, Menjadikan Hati Manusia Tenteram [Tafsir Surah Ar-Ra’d Ayat 28]

Oleh: Kartinah Taheer

 

Allah SWT berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 28,

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” [TMQ Ar-Rad: 28].

 

Dalam Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, Ibnu Kathir, menjelaskan mengenai ayat sebelumnya, Allah SWT berfirman,

قُلْ إِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ أَنَابَ

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang bertaubat kepada-Nya.’” [TMQ Ar-Ra’d (13): 27].

 

Maka, Allah SWT memberi hidayah kepada orang yang bertaubat dan kembali kepadaNya serta memohon pertolonganNya dengan merendah diri kepadaNya.

 

Kemudian Allah SWT berfirman,

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.” [TMQ Ar-Ra’d (13): 28], maksudnya ialah,

 

أَيْ: تَطِيبُ وَتَرْكَنُ إِلَى جَانِبِ اللَّهِ، وَتَسْكُنُ عِنْدَ ذِكْرِهِ، وَتَرْضَى بِهِ مَوْلًى وَنَصِيرًا

“Iaitu hati mereka senang dan tenang berada di sisi Allah, merasa tenteram dengan mengingatiNya, dan rela kepadaNya sebagai Pelindung dan Penolong mereka.”

 

Oleh itu, dalam firman seterusnya dinyatakan,

أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” [TMQ Ar-Ra’d (13): 28].

 

أَيْ: هُوَ حَقِيقٌ بِذَلِكَ

Ini bermakna Allah berhak untuk diingati.

 

أَيْ: هُوَ حَقِيقٌ بِذَلِكَ

Iaitu bermakna bahawa Allah berhak untuk diingati.

 

Adapun dalam Tafsir Jalaalayn,

(الَّذِينَ آمَنُوا وتَطْمَئِن)  تَسْكُن

“Orang-orang yang beriman dan yang merasa tenang” maksudnya adalah tenteram.

 

(قُلُوبهمْ بِذِكْرِ اللَّه)  أيْ وعْده

“Hati-hati mereka dengan mengingat Allah” iaitu mengingat janjiNya.

 

(ألا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ القُلُوب) أيْ قُلُوب المُؤْمِنِين

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram,” iaitu hati orang-orang yang beriman.

 

Berkenaan dengan perasaan aman, terdapat penjelasan menarik dari Mufasir Fahrudiin ar-Razi dalam tafsirnya,

أنَّهم إذا ذَكَرُوا العُقُوباتِ ولَمْ يَأْمَنُوا مِن أنْ يُقْدِمُوا عَلى المَعاصِي، فَهُناكَ وصَفَهم بِالوَجَلِ، وإذا ذُكِّرُوا بِوَعْدِهِ بِالثَّوابِ والرَّحْمَةِ، سَكَنَتْ قُلُوبُهم إلى ذَلِكَ، وأحَدُ الأمْرَيْنِ لا يُنافِي الآخَرَ؛ لِأنَّ الوَجَلَ هو بِذِكْرِ العِقابِ والطُّمَأْنِينَةَ بِذِكْرِ الثَّوابِ، ويُوجَدُ الوَجَلُ في حالِ فِكْرِهِمْ في المَعاصِي، وتُوجَدُ الطُّمَأْنِينَةُ عِنْدَ اشْتِغالِهِمْ بِالطّاعاتِ

Jika mereka menyebut tentang azab atau hukuman, mereka tidak merasa aman dari melakukan maksiat, maka hal ini disifatkan sebagai keadaan ketakutan, dan jika mereka diingatkan dengan janji pahala dan rahmatNya, maka hati mereka menjadi tenteram kerananya. Satu daripada dua perkara ini tidak bercanggah dengan yang lain. Sebabnya ialah ketakutan wujud apabila disebut azab dan ketenteraman wujud apabila disebut pahala, dan ketakutan wujud apabila memikirkan dosa, dan ketenteraman wujud apabila sibuk dengan ketaatan.

 

Selaras dengan Ar-Razi, Al-Baghawi ketika menjelaskan tafsiran ayat ini menyatakan bahawa ketakutan dan keamanan tidak boleh wujud dalam keadaan yang sama.

فَكَيْفَ تَكُونُ الطُّمَأْنِينَةُ وَالْوَجَلُ فِي حَالَةٍ وَاحِد َةٍ؟

“Bagaimana boleh ada ketenangan dan ketakutan dalam satu keadaan?”

 

قِيلَ: الْوَجَلُ عِنْدَ ذِكْرِ الْوَعِيدِ وَالْعِقَابِ، وَالطُّمَأْنِينَةُ عِنْدَ ذِكْرِ الْوَعْدِ وَالثَّوَابِ، فَالْقُلُوبُ تَوْجَلُ إِذَا ذَكَرَتْ عَدْلَ اللَّهِ وَشِدَّةَ حِسَابِهِ، وَتَطْمَئِنُّ إِذَا ذَكَرَتْ فَضْلَ اللَّهِ وَثَوَابَهُ وَكَرَمَهُ.

“Dikatakan takut apabila mengingat ancaman dan seksaan, dan tenteram apabila mengingat janji dan pahala. Hati menjadi takjub apabila mereka mengingati keadilan Allah dan kerasnya hisabNya, dan mereka menjadi tenteram apabila mengingati nikmat Allah, pahalaNya dan kemurahanNya.”

 

Dari penjelasan ahli-ahli tafsir tersebut, nampak bahawa ketenteraman adalah hasil dari ketaatan kepada Allah, sedangkan rasa takut atau cemas berlaku apabila melakukan maksiat dan melakukan dosa. Ketaatan yang dimaksudkan di sini ialah taat sepenuhnya kepada apa yang diperintahkan Allah dan RasulNya serta meninggalkan segala yang dilarang, seperti dalam surah Al-Hasyr ayat 7,

وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

“Dan apa sahaja yang diperintahkan Rasul kepadamu, maka ambillah. Dan apa sahaja yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras siksanya.” [TMQ Al-Hasyr (59):7].

 

Di tengah-tengah kehidupan kapitalis hari ini, ramai orang yang tertekan kerana pelbagai masalah hidup yang menekan mereka. Ekonomi yang sukar mengakibatkan mereka terlilit dengan hutang malah sehingga nekad untuk membunuh diri. Selain masalah ekonomi, ramai ibu bapa yang pening dengan masalah anak-anak yang semakin tidak terkawal dan sukar diurus. Apatah lagi kos pendidikan yang mahal, masalah di tempat kerja, dan sebagainya, menambahkan lagi siri masalah yang tidak berkesudahan. Bagi orang yang imannya nipis, jalan yang singkat adalah penyelesaian, seperti peningkatan kes bunuh diri baru-baru ini hanya kerana perkara remeh.

 

Walhasil, ketenteraman menjadi sesuatu yang jarang ditemui. Yang ada hanyalah keresahan, kemurungan, dan fenomena penyakit mental yang berleluasa terutama dalam dunia remaja. Sebenarnya Allah SWT telah menggambarkan pelbagai kesempitan hidup yang menghalang rasa tenteram dalam diri manusia dalam Surah Taha ayat 124, iaitu Allah SWT berfirman,

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ أَعْمَىٰ

“Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” [TMQ Taha (20): 124].

 

Jadi, kesempitan hidup yang menimbulkan keresahan dan jauh dari keadaan tenteram terjadi kerana manusia berpaling dari peringatan Allah SWT sebagai Penciptanya, serta Zat yang berhak mengaturnya. Maka, menjadi suatu keharusan untuk membuang sistem sekular yang memisahkan agama daripada kehidupan dan mengembalikan Allah kepada hakNya, iaitu mengatur kehidupan manusia termasuk bumi, langit dan segala isinya. Wallahua’lam bissawab.

About Post Author

Media Mhtm

See author's posts

Tags: islam kaffah surah ar-ra'd

Continue Reading

Previous: [1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN AYAT PILIHAN] SURAH FATIR AYAT 39
Next: [1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN AYAT PILIHAN] SURAH ALI IMRAN AYAT 114

Related Post

Saat Manusia Bangkit dari Kubur (Sambungan) [Surah Qaf ayat 41-42]
  • TAFSIR DAN AYAT PILIHAN

Saat Manusia Bangkit dari Kubur (Sambungan) [Surah Qaf ayat 41-42]

November 1, 2026
Setelah Ujian Ada Pertolongan
  • TAFSIR DAN AYAT PILIHAN

Setelah Ujian Ada Pertolongan

September 24, 2026
Bersabar dan Bertasbih [TMQ Qaf [50] : 39-40]
  • TAFSIR DAN AYAT PILIHAN

Bersabar dan Bertasbih [TMQ Qaf [50] : 39-40]

July 20, 2026

SUBSCRIBE & FOLLOW US :

  • Facebook @ Muslimah HTM
  • Instagram @ Muslimah HTM
  • YouTube @ Media MHTM
  • X @ Muslimah HTM
  • Telegram @ Muslimah HTM
  • MyKhilafah @ HT Malaysia

← Back

Thank you for your response. ✨

KEMPEN /AKTIVITI

Jangan lupa subscribe sosial media kami

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube
Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia MoreNews by AF themes.