[Ath-Thariq] Syarat-Syarat Kesahihan Sebuah Asas Pemikiran (Bahagian 5/5)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
Sebelum memasuki pembahasan tentang solusi penghurai simpulan besar permasalahan manusia (al-uqdat al-kubra) dengan solusi yang sahih melalui pemikiran yang cemerlang, kita mesti menjawab terlebih dahulu beberapa pertanyaan yang sering kali dilontarkan seputar bahasan ini, seseorang kadang bertanya, ”Sesungguhnya syarat yang Anda tetapkan bahawa sebuah solusi penghurai mesti sesuai dengan fitrah manusia, yakni naluri beragama, terkadang hanya sebuah hipotesis yang terlalu dipaksakan atas solusi ini, atau sedikitnya hanya sebuah jawapan inspiratif yang anda sekalian sebagai muslim pada dasarnya telah meyakini adanya Allah Swt. sehingga Anda sekalian pasti telah terpengaruh oleh keyakinan itu sebelumnya.”
Sebagai jawapan atas pertanyaan seperti ini, kami katakan bahawa kami tidaklah menetapkan syarat keselarasan solusi dengan fitrah kecuali berdasarkan pada penelitian realiti manusia dengan segenap aspeknya dan realiti manusia merupakan bukti yang terindera yang pasti keberadaannya sehingga siapa pun yang berakal dapat memahami realiti tersebut.
Apakah jika kami katakan bahawa seseorang yang dahaga tidak mungkin diberi minuman, seandainya dia tidak mengetahui siapa yang berkuasa memberi air bagi mengubat dahaganya, apakah pernyataan kami ini merupakan inspirasi atas solusi tersebut? Atau adakah pernyataan tersebut merupakan sebuah karakter yang benar dari realiti yang ada?
Kemudian bukankah berdasarkan bukti yang ada bahawa banyak sekali solusi rasional untuk memecahkan berbagai persoalan, baik persoalan besar yang rumit atau persoalan kecil yang sederhana, yang begitu memuliakan akal dan membuatkan manusia diam, padahal sebenarnya solusi tersebut tidak membuat hati menjadi tenteram, orang kelihatan terdiam menyerah begitu saja dalam menghadapinya, walaupun dia tidak memiliki keyakinan yang hakiki atas solusi tersebut?
Oleh kerana itu, kami berpendapat bahawa orang seperti ini akan cepat sekali meninggalkan solusi-solusi tadi dan beralih pada selainnya. Ketika dia meninggalkan solusi tadi, apakah kondisi orang ini merasa tenang untuk menentukan perilakunya, sedangkan realitinya menunjukkan hal seperti itu? Jawapannya jelas.
Kemudian pengingkaran atas naluri beragama—yakni solusi tersebut tidak mengakui fitrah tersebut—bagaikan pengingkaran atas kebergantungan manusia atas udara, air, dan makanan. Beragama merupakan sesuatu yang tetap ada dalam sifat alami manusia. Tidak ada seorang pun manusia di dunia ini yang tidak merasa perlu akan keberadaan Al-Khaliq Al-Mudabbir (Pencipta Yang Maha Mengatur), dengan tidak melihat bagaimana interpretasinya atas hakikat Sang Pencipta.
Kita telah mengetahui bahawa manusia sejak kemunculannya, manusia telah menyembah sesuatu, tidak ada satu zaman pun berlalu kecuali saat itu manusia menyembah sesuatu. Sejak manusia ada di atas permukaan bumi, manusia melakukan penyembahan, kadang menyembah matahari, bintang, api, atau patung, tetapi bangsa-bangsa yang dipaksa oleh penguasanya untuk meninggalkan naluri beragama tidak mahu, kecuali tetap beragama walaupun intimidasi dan keganasan mengancamnya, mereka terpakasa menanggung segenap penderitaan dan seksaan.
Satu kekuatan pun tidak ada yang mampu mencabut naluri beragama tersebut dari diri manusia, atau menghilangkan sikap taqdisnya ketika dia meyakini adanya Pencipta, walaupun ada yang dapat melakukannya dalam tempoh waktu yang terbatas, tiada lain hanya menjadikan manusia menyembunyikan keberagamaannya di dalam bilik dan lubuk hati.
Adapun apa yang kelihatan pada segelintir orang yang kufur, ingkar, atau mengolok-olok perilaku penyembahan, hal ini tdak memberikan sebuah kekufuran secara mutlak, tetapi perilaku ini merupakan pemenuhan yang cacat atau salah atas keperluan naluri beragamanya sebagai ganti dari penyembahan pada Pencipta yang sebenarnya, kekuatan itu telah memalingkannya ke dalam penyembahan pada kegagahan atau kepahlawanan atau mengkuduskan alam dan sebagainya.
Hal ini merupakan akibat dari kesesatan dan kesalahan serta penafsiran yang keliru. Oleh kerana itu, kekufuran lebih sukar daripada iman kerana kekufuran merupakan upaya mengubah manusia dari tabiat atau sifat alaminya dan ini tentu saja memerlukan upaya yang besar.
Berdasarkan hal ini, kami memperhatikan bahawasanya banyak orang dari kalangan atheis, ketika terungkap kebenaran pada mereka, dan selubung yang menutupi mata dan hati mereka telah hilang, serta mereka memahami keberadaan Pencipta dengan pemahaman yang pasti, maka mereka cepat beralih untuk berpegang teguh pada keimanan ini dan merasa damai dan tenteram sehingga keimanan mereka pun menjadi keimanan yang kuat dan kukuh kerana terpancar dari penginderaan yang membawa pada keyakinan. Ketika akal terikat dengan perasaan dan fitrah bertemu dengan pemikiran, maka muncullah sebuah iman yang kukuh dan kuat.
Setelah pembahasan yang panjang ini, tibalah masanya kita beralih pada upaya mewujudkan solusi penghurai simpulan besar yang benar dengan pemikiran mustanir lagi cemerlang dan ini menjadi bahasan fasal yang akan datang. Insyaallah.
Sumber: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)
#fikrulislam #kebangkitanpemikiran #pemikiranislam