[Ath-Thariq] Menghuraikan Simpulan Besar dengan Pemikiran Cemerlang (Bahagian 1/4)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
Berikut ini kami akan memberikan sebuah solusi yang sahih, iaitu yang memuaskan akal dan sesuai dengan fitrah serta dibangun atas pemikiran cemerlang. Solusi ini merupakan sebuah solusi penghurai yang tidak terkandung sedikit pun kebatilan, baik dari depan ataupun dari belakang. Tiada lain agar menjadi tolok ukur yang boleh menentukan kebenaran dan kerosakan asas pemikiran mana pun yang disodorkan sebagai sebuah solusi penghurai al-uqdat al-kubra (simpulan besar permasalahan manusia) dan boleh membentuk akidah yang akan menjawab berbagai persoalan yang kadang-kadang membingungkan.
Al-uqdat al-kubra, sebagaimana telah kami jelaskan sebelumnya, merupakan persoalan-persoalan manusia tentang alam semesta, manusia, dan kehidupan. Ini kerana manusia ketika mulai menyedari hakikat kehidupan dan mampu membezakan berbagai perkara dan benda-benda, dia mulai bertanya-tanya seputar hakikat perkara-perkara yang boleh diinderanya.
Manusia pun tertanya-tanya tentang tata cara akan kewujudan dirinya ke dunia ini dari ketiadaannya, dan bertanya pula tentang rahsia kehidupan yang dilihatnya dalam organisme yang hidup di sekitarnya, dan memperhatikan pula ketiadaan kehidupan dalam benda-benda mati, dan bertanya tentang hakikat alam semesta yang dilihatnya serta apa yang ada di sana, matahari, bintang, planet, dan sebagainya, serta rahsia sistem yang mengaturnya, menjaganya agar tidak saling berlanggar atau mencegah timbulnya ketidakseimbangan dalam hubungannnya.
Secara ringkas, persoalan-persoalan yang dilontarkannya terpusat pada berbagai benda yang boleh diinderanya, baik didengar, dilihat, dicium, diraba, atau dirasa, melalui keberadaannya, adakah ada sesuatu atau tidak sebelum dan setelah semua yang ada ini? Walaupun begitu, persoalan terpenting terpusat seputar hakikat keberadaannya, akhir kehidupannya, tujuan kewujudannya, dan sebagainya.
Persoalan-persoalan ini terus melekat pada diri manusia, menyeksa dan merisaukannya sejak dia mulai menyedari dan bertanya-tanya, yang menjadi penyebab dia mendapatkan permasalahan besar atau simpulan besar, hingga dia berjaya menghuraikan persoalan-persoalan tersebut sehingga jiwanya tenang dan tenteram dari segala kerisauan tadi.
Jika solusi penghurainya sahih, yakni memuaskan akal dan selaras dengan fitrah, maka penghurai tersebut menjadi solusi yang pasti yang mengantarkannya pada kedamaian abadi dan sempurna. Namun, jika sebaliknya, solusi tersebut akan membawanya pada kedamaian palsu yang cepat hilang sehingga memunculkan kembali persoalan-persoalan tadi dan kerisauan pun kembali datang untuk memusnahkan entiti manusia. Bagaimanapun juga, sesungguhnya solusi penghurai yang keliru tidak mungkin mengantarkan pada kebangkitan yang benar, tiada lain kerana ketidakbenaran asasnya.
Ketika kita menggunakan pemikiran cemerlang dalam menguraikan simpulan besar tersebut, kita akan menemukan bahawa segala sesuatu yang boleh diindera manusia, mungkin boleh dikategorikan (berdasarkan kesamaan karakter di antara semuanya) ke dalam tiga kelompok utama yakni manusia, alam semesta, dan kehidupan.
Keberadaan semua benda ini yang merepresentasikan semua benda yang boleh diindera manusia, merupakan sesuatu yang pasti. Ini kerana ia boleh dibuktikan oleh indera, dan ketetapan alat indera atas keberadaan benda yang terindera merupakan sesuatu yang pasti pula sehingga tidak boleh dimasuki keraguan dan kebimbangan. Sifat saling memerlukan pada setiap benda menjadi perkara yang pasti pula, tidak ada sesuatu pun benda yang tidak memerlukan pada sesuatu yang lain.
Adapun berkaitan dengan manusia, maka keperluannya pada berbagai benda yang tidak terhingga jumlahnya, seperti udara, air, dan makanan, merupakan perkara yang pasti. Kehidupan yang tampak berupa pertumbuhan dan bergerak dalam sebuah entiti yang hidup, yang membezakan sesuatu yang hidup dari benda tidak hidup atau benda mati, maka keperluannya terhadap udara dan air merupakan perkara yang boleh diindera dan pasti juga adanya.
Adapun berkaitan dengan alam semesta, sebagai ungkapan atas kumpulan benda-benda angkasa seperti matahari, bumi, bulan, Zuhal, bintang merkuri, dan sebagainya, maka setiap yang berada di angkasa itu berjalan dalam sebuah sistem tertentu yang tidak pernah berubah, seandainya berubah sedikit saja akan mengakibatkan timbulnya bencana. Sistem ini, garis edaran atau orbit, dalam hubungannya dengan benda-benda angkasa tidak lebih menjadi salah satu dari tiga kemungkinan, yakni sebagai bahagian dari benda angkasa atau bintang, atau salah satu khasiat (sifat dan ciri khas) dari benda-benda angkasa tersebut, atau sesuatu yang lain yang ditetapkan dari selainnya, inilah hubungan segala sesuatu yang terkait bersama dalam seluruh alam semesta.
Sumber: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)
#fikrulislam #aththariq #simpulanbesar #uqdatulkubra #persoalanmanusia