[Kaffah] MENGEMBALIKAN FUNGSI KEKUASAAN SESUAI AJARAN ISLAM
Dalam Islam kekuasaan sangatlah penting. Justeru kekuasaan sering dikaitkan dengan agama. Sebahagian ulama, seperti Imam al-Ghazali rahimahulLâh, menyatakan:
الدِّيْنُ وَالسُّلْطَانُ تَوْأَمَانِ، وَلِهَذَا قِيْلَ: الدِّيْنُ أُسٌ وَالسُّلْطَانُ حَارِسٌ وَمَا لاَ أُسَ لَهُ فَمَهْدُوْمٌ وَمَا لاَ حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ
“Agama dan kekuasaan itu ibarat dua saudara kembar. Kerana itu sering dikatakan: Agama adalah asas, sementara kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tidak mempunyai asas akan hancur. Apa saja yang tidak memiliki penjaga akan lenyap.” (Abu Hamid al-Ghazali, Al-Iqtishâd fî al-I’tiqâd, 1/78).
Berkat agama (Islam) yang berganding dengan kekuasaan, kata Imam ar-Razi rahimahulLâh, Allah SWT menghilangkan berbagai keburukan dunia dari manusia (Lihat: Fakhruddin ar-Razi, Mafâtîh al-Ghayb, 3/424).
Fungsi Kekuasaan
Pentingnya kekuasaan sangat disedari oleh Rasulullah saw. Kerana itulah, sejak awal, beliau berdoa kepada Allah SWT agar diberi suatu kekuasaan (sulthân). Bukan sembarang kekuasaan. Namun, kekuasaan yang dapat menolong agama-Nya (sulthân[an] nashîrâ). Allah SWT berfirman:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
“Katakanlah (Muhammad), “Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara masuk yang benar, keluarkan aku dengan cara keluar yang benar dan berilah aku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.” (TMQ al-Isra’ [17]: 80).
Berkaitan dengan ayat di atas, Imam Ibnu Katsir rahimahulLâh, dengan mengutip Qatadah ra., menyatakan:
إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِمَ أَلاَّ طَاقَةَ لَهُ بِهَذَا اْلأَمْرِ إِلاَّ بِسُلْطَانٍ. فَسَأَلَ سُلْطَانًا نَصِيْرًا لِكِتَابِ اللهِ، وَلِحُدُوْدِ اللهِ، وَلِفَرَائِضِ اللهِ، وَلِإِقَامَةِ دِيْنِ اللهِ؛ فَإِنَّ السُّلْطَانَ رَحْمَةٌ مِنَ اللهِ جَعَلَهُ بَيْنَ أَظْهُرِ عِبَادِهِ، وَلَوْلاَ ذَلِكَ لَأَغَارَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ، فَأَكَلَ شَدِيْدُهُمْ ضَعِيْفَهُمْ.
Sungguh Nabi Muhammad saw. menyedari bahawa beliau tidak mempunyai daya/kekuatan untuk menegakkan agama ini (Islam), kecuali dengan kekuasaan. Kerana itulah beliau memohon kepada Allah kekuasaan yang dapat menolong Kitabullah (al-Quran), melaksanakan hudûd Allah, menunaikan berbagai kewajipan dari Allah dan menegakkan agama Allah (Islam). Sungguh kekuasaan adalah rahmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Andai bukan kerana kekuasaan tersebut, manusia boleh saling menyerang (menzalimi) satu sama lain sehingga pihak yang kuat dapat memangsai pihak yang lemah (Ibnu Katsir, Tafsîr al-Qur’ân al-‘Azhîm, 5/111).
Dari penjelasan Imam Ibnu Katsir tersebut dapat disimpulkan bahawa ada dua fungsi kekuasaan yang utama: Pertama, untuk menegakkan agama Islam. Inilah yang sekaligus menjadi motif utama Rasulullah saw. untuk meminta kekuasaan kepada Allah SWT. Faktanya, ketika pada akhirnya Rasulullah saw. benar-benar menjadi penguasa (ketua negara) Daulah Islam di Madinah, kekuasaan beliau benar-benar diorientasikan untuk menegakkan Islam dan menyebarluaskan dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia.
Kedua, untuk mengurus berbagai urusan dan kepentingan masyarakat. Tentu dengan menggunakan syariah Islam. Inilah juga yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw. sebagai penguasa (ketua negara). Dengan itu semua warga negara (Muslim mahupun non-Muslim) terurus dan dilayani dengan baik. Tidak ada yang berani saling menzalimi. Tidak ada pihak yang kuat memangsai pihak yang lemah.
Keadaan demikian berbeza dengan saat ini. Saat ini Islam dan kekuasaan dipisahkan. Negara menerapkan ideologi Kapitalisme-sekular. Negara tidak menerapkan syariah Islam. Akibatnya, penguasa bukan hanya gagal mencegah berbagai kezaliman yang menimpa rakyatnya. Penguasa—yang berkolaborasi dengan oligarki—bahkan sering menjadi aktor utama dalam berbagai kebijakan zalim terhadap rakyatnya. Pihak yang kuat (oligarki) acapkali dimanfaatkan oleh negara untuk “memangsai” pihak yang lemah, yakni rakyat. Apa bentuk fasilitinya? Tidak lain adalah kepelbagaian undang-undang dan kebijakan negara yang menguntungkan pihak oligarki dan merugikan rakyat. Undang-undang yang ada memberikan kuasa dan peluang kepada oligarki untuk merampas sekaligus menguasai berbagai sumberdaya alam milik rakyat seperti hutan, minyak dan gas, mineral dan bahan-bahan galian (seperti emas, perak, timah, dll) dan sebagainya. Rakyat—yang berhak ke atas berbagai sumber daya alam tersebut—tidak mendapatkan sedikit pun dari hasilnya melainkan ‘hampas’-nya.
Kerana itulah, dalam pandangan Islam, tidak ada ertinya kekuasaan jika tidak digunakan untuk menegakkan Islam dan menyebarluaskan dakwah Islam. Tidak ada ertinya pula kekuasaan jika tidak digunakan untuk mengurus berbagai urusan dan kepentingan rakyat dengan syariah Islam.
Sayangnya, selama negara ini berdiri sejak kemerdekaan, bangsa ini memilih sekularisme, yakni idea yang memisahkan agama (Islam) dari kekuasaan. Meski berpenduduk majoriti Muslim, Islam tidak dipilih untuk bergandingan dengan kekuasaan. Islam sentiasa dijauhkan dari kekuasaan. Bahkan isu Islam dan syariah Islam seringkali diabaikan dalam setiap peristiwa pergantian kekuasaan, seperti saat pilihanraya. Tidak ada satu pun parti Islam yang membawa agenda penerapan syariah Islam.
Padahal negara ini berpenduduk majoriti Muslim. Wajib dan sudah selayaknya mereka hidup diatur oleh syariah Islam. Bukan hanya dalam ibadah ritual, urusan akhlak atau perkara spiritual saja. Syariah Islam juga wajib dan layak digunakan untuk mengatur urusan ekonomi, sosial, pendidikan, politik, pemerintahan, hukum/peradilan, dll. Sebabnya jelas. Islam bukan sekadar agama ritual, spiritual dan akhlak semata. Islam adalah mabda’ (ideologi) dan sistem kehidupan.
Selain itu, hanya sedikit ulama yang menyerukan para penguasa atau para calon penguasa agar memimpin dan mengurus rakyat dengan syariah Islam. Memang benar, dalam setiap pilihanraya, banyak ulama yang berpendapat bahawa umat Islam wajib memilih pemimpin dan haram jika tidak mengundi. Namun, sedikit sekali ulama yang memfatwakan pemimpin atau penguasa wajib menegakkan syariah Islam secara kâffah dalam seluruh aspek kehidupan.
Padahal dalam kitab-kitab para ulama fiqh, misalnya, bukan hanya membahas bab thaharah (bersuci) dan ubudiyah (solat, puasa, zakat atau haji) sahaja. Di dalamnya juga dibahas bab muamalah, termasuk ekonomi dan siyâsah (politik), hudûd hingga imamah (khilafah), bahkan jihad (perang) fi sabilillah, dll. Sampai saat ini pun, kitab-kitab para ulama fiqh itu—di antaranya yang ditulis sejak ratusan tahun lalu—tetap dikaji para pelajar dan diajarkan oleh para ulama/guru, khususnya di pondok-pondok madrasah. Kitab-kitab fiqh karya Imam Syafie dan para ulama mazhab Syafie, misalnya—yang dianut oleh majoriti umat Islam di negara ini—jelas mengajarkan semua perkara yang disebutkan di atas. Sayangnya, semua itu tak diserukan oleh para ulama untuk diterapkan oleh penguasa di negara yang majoriti berpenduduk Muslim ini.
Padahal katanya, bangsa ini ingin maju. Ingin sejahtera, adil dan makmur. Jelas, sejahtera, adil dan makmur hanya dapat dikecapi apabila umat Islam mengamalkan dan menerapkan syariah Islam. Demikian sebagaimana dinyatakan oleh Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki rahimahulLâh:
فَلَوْ أَنَّ الْمُسْلِمِيْنَ (الْيَوْمَ) عَمِلُوْا بِأَحْكَامِ الْفِقْهِ وَ الدِّيْنِ كَمَا كَانَ أَبَاءُهُمْ لَكَانُوْا أَرْقَ اْلأَمَمِ وَ أَسْعَدَ النَّاسِ
Andai kaum Muslim hari ini menerapkan hukum-hukum fiqh dan (syariah) agama ini, sebagaimana generasi pendahulu mereka (pada masa lalu), nescaya mereka menjadi umat yang paling maju dan paling bahagia (Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Syarî’atulLâh al-Khâlidah, hlm. 7).
Wujud Iman dan Takwa
Jelas, dalam Islam, fungsi kekuasaan adalah untuk menegakkan Islam serta mengurus berbagai urusan dan kepentingan rakyat dengan syariah Islam. Semua ini adalah wujud keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Saat negeri yang berpenduduk majoriti Muslim ini benar-benar beriman dan bertakwa, maka kemakmuran, kesejahteraan, keadilan serta aneka kebaikan (keberkahan) pasti dirasakan oleh mereka. Allah SWT berfirman:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Andai saja penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan membuka untuk mereka keberkahan dari langit dan bumi. Akan tetapi, mereka telah mendustakan (ayat-ayat Kami). Kerana itu Kami menyeksa mereka sebagai akibat dari apa yang mereka lakukan itu.” (TMQ al-A’raf [7]: 96).
Keimanan dan ketakwaan tentu saja diwujudkan dengan kehendak untuk menjalankan dan menerapkan seluruh syariah Islam secara kâffah dalam semua aspek kehidupan. Itulah yang dipraktikkan oleh Baginda Nabi Muhammad sebagai penguasa Negara Islam di Madinah dahulu. Beliau mengatur negara dan rakyat beliau hanya dengan syariah Islam. Sedikitpun beliau tidak mengambil aturan lain selain dari wahyu telah Allah SWT turunkan kepada beliau. Kekuasaan beliau lalu dilanjutkan oleh Khulafaur Rasyidin dan para khalifah setelah mereka. Jelas, para khalifah pun, sepanjang sejarah Kekhilafahan Islam selama tidak kurang dari 13 abad, hanya menggunakan syariah Islam dalam mengatur negara dan rakyat mereka.
Baru setelah Khilafah Islam terakhir, Khilafah Uthmaniyah, diruntuhkan oleh Barat (British) melalui ejennya Mustafa Kemal Ataturk pada 3 Mac 1924, kaum Muslim tidak diatur oleh syariah Islam, kecuali dalam urusan ibadah dan sedikit muamalah. Sebahagian besar aspek kehidupan mereka diatur oleh aturan-aturan sekular yang bersumber dari Barat kafir penjajah. Itulah yang terjadi. Termasuk di negara tercinta ini.
Persoalannya: Mahukah kita kembali diatur oleh syariah Islam, yang merupakan aturan-aturan Allah SWT, sementara kita mengaku sebagai hamba-Nya?!
WalLâh a’lam. []
—*—
Hikmah:
Rasul saw. pernah berdoa:
اللَّهُمَّ مَنْ وَلِىَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِى شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِىَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِى شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ
“Ya Allah, siapa saja yang mengurusi urusan umatku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia; siapa saja yang mengurusi urusan umatku, lalu dia berlaku lembut kepada mereka, maka berlaku lembutlah kepada dia.” (HR Muslim dan Ahmad). []
*diterjemah dan diolah
#100TahunTanpaKhilafah #Kembalikankhilafah #ThePowerofUmmah