[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
AL-IMAM ABU AL-FARAJ IBNU AL-JAUZI AL-HAMBALI (W. 597 H)
KHILAFAH MEREALISASIKAN TUJUAN SYARAK: TERATURNYA URUSAN DUNIA DAN AGAMA ISLAM
Dalam kitab beliau Al-Mishbâh Al-Mudhîfî Khilâfah Al-Mustadhîdisebutkan:
فعلى ما ذكرنا نقول: الإمامة واجبة خلافا لمن لا يعتد بقوله أن الإمامة لا تجب. ودليلنا أن انتظام أمر الدنيا والدين مقصود شرعا، ثم لا يحصل إلا بإمام مطاع، فوجب نصب إمام.
“Pasal: Berdasarkan apa yang kami paparkan sebelumnya, kami katakan: imamah/khilafah hukumnya wajib. Berbeza dengan mereka yang tidak layak dipertimbangkan pendapatnya yang mengatakan bahawa imamah/khilafah itu tidak wajib. Dalil kami adalah bahawa keteraturan urusan dunia sekaligus agama (Islam) adalah merupakan tujuan syarak, dan hal itu tidak dapat tercapai kecuali dengan adanya seorang imam/khalifah yang ditaati, maka wajib hukumnya mengangkat seorang imam/khalifah.”
Ibnu al-Jauzi, Abdurrahman bin ‘Ali bin Muhammad. 2000. al-Mishbâh al-Mudhîfî Khilâfah al-Mustadhî. (Beirut: Syirkah al-Mathbu’at) hlm. 89
Fawaid:
- Khilafah hukumnya wajib, tepatnya fardhu kifayah. Memang ada khilaf namun tidak mu’tabar, kerana datang dari mereka yang tidak dikira pendapatnya di kalangan fuqaha.
- Teraturnya urusan dunia sekaligus agama (Islam) merupakan tujuan syarak yang tidak dapat tercapai kecuali dengan keberadaan seorang khalifah yang ditaati. Oleh kerana itu wajib mewujudkannya.
- Teraturnya urusan dunia adalah terselenggaranya kemaslahatan duniawi rakyat, tersedianya keperluan asas, kesihatan, pendidikan, dan keamanan. Sedangkan teraturnya urusan agama (Islam) adalah terselenggaranya semua syariat-syariat dengan baik.
- Tujuan tersebut tidak boleh dicapai dengan pemimpin sistem demokrasi yang sekular yang meletakkan agama sebagai perkara atau urusan peribadi dan tidak dibolehkan untuk mengatur urusan awam.
(Ustaz Azizi Fathoni)