[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
AL-IMAM ASY-SYAHRASTANI AL-ASY’ARI ASY-SYAFI’I (W. 548 H)
AHLUSSUNNAH: KHILAFAH WAJIB DALILNYA QATH’I
Dalam kitabnya ( Nihâyah al-Iqdâm fî ‘Ilm al-Kalâm ) menuturkan:
القول في الإمامة اعلم أن الإمامة ليست من أصول الاعتقاد بحيث يفضي النظر فيها إلى قطع ويقين بالتعين ولكن الخطر على من يخطي فيها يزيد على الخطر على من يجهل أصلها والتعسف الصادر عن الأهواء المضلة مانع من الإنصاف فيها.
“Syarah tentang imamah/khilafah. Ketahuilah bahawa imamah/khilafah bukan merupakan bahagian dari pokok akidah (rukun iman) yang memerlukan setiap individu untuk mengkajinya hingga mencapai keyakinan pasti. Akan tetapi bahaya bagi orang yang keliru tentang imamah adalah lebih bahaya daripada orang yang tidak memahami dasarnya (asasnya), dan sikap sewenang-wenang memperturutkan hawa nafsu yang menyesatkan itu akan menghalangi sikap adil tentangnya.
وقد قال جمهور أصحاب الحديث من الأشعرية والفقهاء وجماعة الشيعة والمعتزلة وأكثر الخوارج بوجوبها فرضا من الله تعالى ثم جماعة أهل السنة قالوا هو فرض واجب على المسلمين إقامته واتباع المنصور فرض واجب عليهم إذ لا بد لكافتهم من إمام ينفذ أحكامهم ويقيم حدودهم ويحفظ بيضتهم ويحرس حوزتهم ويعبي جيوشهم ويقسم غنائمهم وصدقاتهم ويتحاكموا إليه في خصوماتهم ومناكحاتهم ويراعي فيه أمور الجمع والأعياد وينصف المظلوم وينتصف من الظالم وينصب القضاة والولاة في كل ناحية ويبعث القراءة والدعاة إلى كل طرف.
Majoriti ulama hadis dari kalangan asy’ariyah, para ahli fikih, kelompok syiah dan muktazilah, serta majoriti khawarij berpendapat mesti adanya imamah/khilafah sebagai kewajipan dari Allah -ta’ala-. Kemudian kelompok Ahlussunnah berpendapat: dia adalah kewajipan atas umat islam yang perlu ditegakkan. Demikian pula wajib atas umat Islam untuk mentaati Al Manshur (imam/khalifah terpilih). Kerana menjadi suatu kemestian bagi mereka semua untuk merealisasikan seorang imam/khalifah yang menerapkan hukum-hukum mereka (syariat Islam), menegakkan hudud mereka (sistem hukuman Islam), menjaga keutuhan wilayah mereka, menjaga harta benda mereka, menyiapkan pasukan mereka, membahagikan harta rampasan perang serta harta zakat mereka, memutuskan perkara mereka dalam persengketaan dan pernikahan, memperhatikan urusan ibadah jumaat dan hari raya, memberikan keadilan kepada pihak tertindas dan memberi hukuman ke atas pihak penindas, mengangkat para qadhi (hakim syarie) dan para wali (seperti gabenor) di setiap daerah, serta mengirimkan para ulama dan da’i ke setiap pelosok.”¹
Berikutnya juga menyebutkan:
فذلك الإجماع على هذا الوجه دليل قاطع على وجوب الإمامة العالم كلامنا في وجوب الإمامة على الإطلاق.
“Dan ijmak sahabat tersebut berdasarkan alasan ini merupakan dalil yang bersifat pasti (qath’ie) atas kewajipan imamah/khilafah dunia. Demikianlah pendapat kami tentang wajibnya imamah/khilafah secara mutlak.”²
Juga mengatakan:
أجاب أهل السنة عن مقالة النجدات في نفي وجوب الإمامة أصلا عقلا وشرعا أن الواجبات عندنا بالشرع ومدرك هذا الواجب إجماع الأمة والاختلاف الذي ذكرتموه في تعيين الإمام من أذل الدليل على أن أصل الإمامة واجب إذ لو لم يكن واجبا لما شرعوا في التعيين ولما اشتغلوا به كل الاشتغال.
“Tanggapan ahlus sunnah wal jama’ah terhadap pendapat an-Najdat yang menafikan sama sekali kewajipan imamah/khilafah baik secara syarie mahupun akal, bahawa seluruh kewajipan itu menurut kami (ahlus sunnah wal jama’ah) adalah berdasarkan syarak (bukan akal, -penj.), dan diketahuinya itu wajib adalah dari ijma’ (konsensus) umat. Sedangkan perbezaan para sahabat dalam menentukan pilihan (siapa khalifahnya, -penj.) yang kalian sebutkan itu, justeru termasuk dalil terkuat bahawa pada dasarnya khilafah itu wajib. Sebab jika tidak, nescaya mereka tidak perlu melangsungkan pemilihan, dan tidak pula menyibukkan diri sedemikian rupa untuk hal itu.”³
_______
¹Asy-Syahrastani, Abu al-Fath Muhammad bin Abdul Karim. 1425H. _Nihâyah al-Iqdâm fî ‘Ilm al-Kalâm._ (Beirut: Dar al Kutub al ‘Ilmiyyah) hlm. 474-475
²Ibid. hlm 477
³Ibid. hlm 484
_______
Fawaid:
- Khilafah bukan permasalahan akidah, namun penting untuk diketahui demi terhindar dari sikap berlebihan menjadikannya sebagai rukun iman sebagaimana kaum Syiah dan dari sikap meremehkan dengan menganggapnya tidak wajib atau bahkan tidak disyariatkan.
- Menurut Ahlussunnah khilafah hukumnya wajib, dan merupakan kewajipan atas umat Islam bukan kewajipan atas Allah sebagaimana didakwa kelompok Syiah.
- Tugas khilafah adalah terselenggaranya tatanan pemerintahan berdasarkan akidah dan syariat Islam.
- Kewajipan khilafah bersifat syarie kerana berdasarkan dalil syarie, iaitu ijmak sahabat. Bukan berdasarkan akal semata.
- Perbezaan sahabat dalam menentukan siapa sosok khalifahnya sebaliknya memperkuat dalil wajibnya khilafah, sebab mereka lebih mengutamakannya daripada kewajipan memakamkan jenazah Nabi, dan kewajipan inilah yang memerlukan mereka menjalankan penggantian pemilihan imam / khalifah.
(Ustaz Azizi Fathoni)