Pengumuman Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir berkenaan Ramadhan 1445H
Anak bulan telah dilihat di beberapa negeri kaum Muslim mengikut kaedah syarie, dan sesuai dengan Hadis Rasulullah (saw):
“Berpuasalah kamu apabila kamu melihatnya (iaitu hilal Ramadhan) dan berbukalah apabila kamu melihatnya (iaitu hilal Syawal). Dan jika mendung maka sempurnakanlah bulan itu menjadi 30 hari”,
Oleh itu, Isnin 11 Mac 2024 akan menjadi hari pertama Ramadhan 1445 H.
Semoga Allah menerima puasa dan amal soleh kita di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, melindungi orang-orang yang beriman dari segala musibah khususnya saudara-saudara kita di Palestin dan mengurniakan kemenangan kepada ummah melalui tegaknya Khilafah yang mendapat petunjuk.
Ramadhan Mubarak kepada anda dan keluarga anda