[KENYATAAN MEDIA] Terdapat Lebih Banyak Runtuhan di Gaza Berbanding Ukraine; Sebahagian Besar dari Mayat-Mayat yang Terkubur di Bawah Reruntuhan adalah Wanita dan Kanak-kanak
UN Women (PBB untuk Kesetaraan Gender dan Pemerkasaan Wanita) telah mengeluarkan laporan pada April 2024, mengenai status statistik jumlah wanita dan kanak-kanak di Gaza. Setelah enam bulan perang berlangsung, lebih dari 10,000 orang wanita telah terbunuh, 6,000 daripadanya adalah kaum ibu, yang menyebabkan 19,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu. Al Jazeera menganggarkan sebanyak 25,000 wanita dan kanak-kanak telah terbunuh. Dengan terbunuhnya lebih dari 100 orang wartawan bebas dan tanpa adanya badan penyelidik yang dibenarkan untuk melaksanakan penyelidikan menyebabkan ianya sangat sukar untuk mengenalpasti jumlah kematian dengan tepat, dan kita terpaksa membuat anggaran dimana ianya jauh lebih rendah dari yang sebenar.
Pada tanggal 2 Mei 2024, Charles Mungo Birch, Ketua UN Mine Operations (UNMAS – United Nations Mine Action Service) di Palestin membuat satu kenyataan. Dalam sidang media rasmi tersebut, dinyatakan sebagai berikut: “Gaza mempunyai lebih banyak runtuhan daripada Ukraine, dan sebagai refleksi, barisan hadapan Ukraine adalah 600 batu panjang, dan Gaza adalah 25 batu panjang.” Beliau menambah bahawa terdapat lebih daripada 37 juta tan serpihan yang akan dibersihkan di Gaza selepas perang yang dilancarkan oleh “Israel” di Semenanjung Gaza berakhir.
Skala pengeboman dan penghancuran benar-benar belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah dunia, dengan koalisi jahat dari para pembantunya dalam pembantaian ini dapat ditemukan di pemerintahan kolonial Barat yang korup dan ejen-ejen mereka dalam bentuk seluruh penguasa di negeri-negeri Muslim kita. Ketika melihat betapa banyaknya mangsa korban wanita dan kanak-kanak, kita perlu sedar bahawa ribuan mayat wanita dan kanak-kanak yang masih berada di bawah reruntuhan bangunan seperti yang dinyatakan oleh Charles Hugo Birch.
Banyak orang yang terus meninggal, sementara banyak yang meninggal secara perlahan dan menyakitkan selama berhari-hari, menunggu untuk diselamatkan tanpa ada yang pihak yang boleh menyelamatkan mereka. Para pekerja bantuan dan tetangga, serta anggota keluarga, telah melaporkan bahawa mereka dapat mendengar jeritan kanak-kanak dan orang-orang yang masih hidup, namun disebabkan kekurangan peralatan atau bahan bakar untuk menghidupkan jentera penyelamat, mereka terpaksa membiarkan orang-orang tersebut dengan takdir yang tidak dapat dielakkan.
Bahkan tugas untuk mengeluarkan para mangsa di bawah reruntuhan, termasuk mengumpulkan tubuh (satu tubuh), menghadapi cabaran yang sangat besar. Mungo menjelaskan, serpihan-serpihan tubuh tersebut telah terdedah dengan UXO (Unexploded Ordinance) – bahan peledak serta bahan kimia yang digunakan dalam peperangan. Tambah beliau lagi, lebih dari 800,000 tan asbestos juga adalah sesuatu yang merbahaya.
Bagaimana boleh inisiatif-inisiatif pemerkasaan wanita dapat ditanggapi dengan serius lagi?! Kumpulan feminis dan undang-undang antarabangsa yang kononnya prihatin terhadap pemerkasaan wanita, keganasan terhadap wanita dan hak-hak wanita, kini terbukti bahawa semuanya adalah bohong belaka, justeru peraturan-peraturan tersebut hanyalah digunakan untuk menyerang hukum syariah Islam dan untuk mengawal penyebaran Islam. UN Women melancarkan Gender Alert (Peringatan Gender) di Gaza yang terbaru, enam bulan setelah perang dimulai, dan dianggarkan sebanyak 6,000 ibu terbunuh, menyebabkan 19,000 kanak-kanak menjadi anak yatim piatu. Para wanita yang selamat dari pengeboman dan operasi darat yang dilakukan entiti Yahudi telah menjadi pelarian, menjadi janda, cacat, dan berhadapan krisis kelaparan. Memang benar, ini adalah perang melawan wanita dan kanak-kanak.
Bagi para Muslimah yang masih terus memiliki kepercayaan atau harapan pada sistem, hukum, dan institusi sekular untuk menyelamatkan saudara sesama Muslimah di Gaza atau di manapun dari pembantaian dan pemusnahan, tentu saja sekaranglah saatnya Anda mengubur harapan Anda jauh di dalam serpihan-serpihan dan reruntuhan demokrasi Barat. Sebagai gantinya, bergabunglah dengan dakwah/seruan untuk segera menegakkan Sistem Allah (SWT), yakni Khilafah yang berdasarkan metode Kenabian, yang akan menyingkirkan setiap penguasa boneka di negeri kita dan seterusnya menghantar tentera Muslim untuk memenuhi kewajipan mereka kepada Allah untuk melindungi, membela, dan membebaskan kaum Muslimin.
﴿وَمَن يُوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ إِلاَّ مُتَحَرِّفاً لِّقِتَالٍ أَوْ مُتَحَيِّزاً إِلَى فِئَةٍ فَقَدْ بَاء بِغَضَبٍ مِّنَ اللّهِ وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ﴾
“Dan barang siapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berpatah untuk (strategi) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan daripada Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.” [TMQ Al-Anfal (8): 16]
Bahagian Muslimah di Pejabat Media Pusat Hizb-ut Tahrir