[ULAMA SEPAKAT WAJIB KHILAFAH]
AHLUS SUNNAH: KHILAFAH WAJIB DAN DALILNYA QATH’I. MENGINGKARINYA ADALAH DOSA YANG SERIUS APALAGI MENGHALANG!
AL-IMAM ABU AL-HASAN SAIFUDDIN AL-AMIDI ASY-SYAFI’I (W. 631 H)
Dalam kitabnya Ghâyah al-Marâm fî ‘Ilm al-Kalâm, menjelaskan:
اﻟﻄﺮﻑ اﻷﻭﻝ: ﻓﻰ ﻭﺟﻮﺏ اﻹﻣﺎمة ﻭﻣﺎ ﻳﺘﻌﻠﻖ ﺑﻬﺎ.
ﻣﺬﻫﺐ ﺃﻫﻞ اﻟﺤﻖ ﻣﻦ اﻹﺳﻼﻣﻴﻴﻦ ﺃﻥ ﺇﻗﺎﻣﺔ اﻹﻣﺎﻡ ﻭاﺗﺒﺎﻋﻪ ﻓﺮﺽ ﻋﻠﻰ اﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ﺷﺮﻋﺎ ﻻ ﻋﻘﻼ ، ﻭﺫﻫﺐ ﺃﻛﺜﺮ ﻃﻮاﺋﻒ اﻟﺸﻴﻌﺔ ﺇﻟﻰ ﻭﺟﻮﺏ ﺫﻟﻚ ﻋﻘﻼ ﻻ ﺷﺮﻋﺎ ، ﻭﺫﻫﺐ ﺑﻌﺾ اﻟﻘﺪﺭﻳﺔ ﻭاﻟﺨﻮاﺭﺝ ﺇﻟﻰ ﺃﻥ ﺫﻟﻚ ﻟﻴﺲ ﻭاﺟﺒﺎ ﻻ ﻋﻘﻼ ﻭﻻ ﺷﺮﻋﺎ.
“Bahagian pertama: tentang kewajipan imamah/khilafah dan hal-hal terkait. Pendapat ahlul haq (Ahlussunnah wal Jama’ah) dari kalangan umat Islam adalah bahawa mewujudkan seorang imam/khalifah dan mentaatinya bagi kaum muslim merupakan kewajipan syarie, bukan kewajipan ‘aqli. Sedangkan sebahagian besar sekte syiah berpendapat bahawa ia wajib ‘aqli, bukan wajib syarie. Dan sedangkan sebahagian qadariyah dan khawarij berpendapat bahawa ia tidak wajib sama sekali, baik secara ‘aqli mahupun syarie.”¹
Masih di kitab yang sama, beliau menegaskan:
ﻗﺎﻝ ﺃﻫﻞ اﻟﺤﻖ اﻟﺪﻟﻴﻞ الحق اﻟﻘﺎﻃﻊ ﻋﻠﻰ ﻭﺟﻮﺏ ﻗﻴﺎﻡ اﻹﻣﺎﻡ واتباعه ﺷﺮﻋﺎ ﻣﺎ ﺛﺒﺖ ﺑﺎﻟﺘﻮاﺗﺮ ﻣﻦ ﺇﺟﻤﺎﻉ اﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ﻓﻰ اﻟﺼﺪﺭ اﻷﻭﻝ ﺑﻌﺪ ﻭﻓﺎﺓ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻰ اﻣﺘﻨﺎﻉ ﺧﻠﻮ اﻟﻮﻗﺖ ﻋﻦ ﺧﻠﻴﻔﺔ ﻭﺇﻣﺎﻡ ، ﺣﺘﻰ ﻗﺎﻝ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﻓﻰ ﺧﻄﺒﺘﻪ اﻟﻤﺸﻬﻮﺭﺓ ﺑﻌﺪ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﺃﻻ ﺇﻥ ﻣﺤﻤﺪا ﻗﺪ ﻣﺎﺕ ﻭﻻ ﺑﺪ ﻟﻬﺬا اﻟﺪﻳﻦ ﻣﻤﻦ ﻳﻘﻮﻡ ﺑﻪ . ﻓﺒﺎﺩﺭ اﻟﻜﻞ ﺇﻟﻰ ﺗﺼﺪﻳﻘﻪ ﻭاﻹﺫﻏﺎﻥ ﺇﻟﻰ ﻗﺒﻮﻝ ﻗﻮﻟﻪ ، ﻭﻟﻢ ﻳﺨﺎﻟﻒ ﻓﻰ ﺫﻟﻚ ﺃﺣﺪ ﻣﻦ اﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ، ﻭﻻ ﺗﻘﺎﺻﺮ ﻋﻨﻪ ﺃﺣﺪ ﻣﻦ ﺃﺭﺑﺎﺏ اﻟﺪﻳﻦ ، ﺑﻞ ﻛﺎﻧﻮا ﻣﻄﺒﻘﻴﻦ ﻋﻠﻰ اﻟﻮﻓﺎﻕ ، ﻭﻣﺼﺮﻳﻦ ﻋﻠﻰ ﻗﺘﺎﻝ اﻟﺨﻮاﺭﺝ ﻭﺃﻫﻞ اﻟﺰﻳﻊ ﻭاﻟﺸﻘﺎﻕ ، ﻭﻟﻢ ﻳﻨﻘﻞ ﻋﻦ ﺃﺣﺪ ﻣﻨﻬﻢ ﺇﻧﻜﺎﺭ ﺫﻟﻚ ﻭﺇﻥ اﺧﺘﻠﻔﻮا ﻓﻰ اﻟﺘﻌﻴﻴﻦ.
“Ahlul haq (Ahlussunnah wal Jama’ah) berpendapat: dalil yang haq serta kebenarannya pasti (qath’i) tentang wajib syarie nya mewujudkan serta mentaati seorang imam/khalifah adalah riwayat mutawatir tentang terjadinya ijmak (konsensus) kaum muslim di zaman awal pasca wafatnya Rasulullah -shallallahu alaihi wa sallam- untuk tidak membiarkan terjadi masa kekosongan dari seorang imam/khalifah.
Sehinggakan Abu Bakar dalam khutbahnya yang terkenal sepeninggal Rasulullah -shallallahu alaihi wa sallam- berkata: ‘Ketahuilah bahawa Nabi Muhammad telah wafat, maka perlu ada seseorang yang menggantikan kedudukan beliau’.
Seluruh sahabatpun serentak membenarkan serta patuh menerima perkataan beliau. Tidak ada seorangpun di antara kaum muslim yang menyelisihi hal itu. Juga tidak ada seorangpun dari kalangan ulama yang melalaikannya. Bahkan mereka sepakat membenarkannya. Terus dalam memerangi kaum khawarij, kalangan menyimpang dan pemecah belah (persatuan umat islam). Tidak ada seorangpun dari mereka yang diriwayatkan mengingkari hal itu. Sekalipun mereka berbeza dalam menentukan (siapa sosok imam/khalifahnya).”²
Di karyanya yang lain yang berjudul Abkâr al-Afkâr fî Ushûl Ad-Dîn, beliau menyebutkan:
قال بعض الأصحاب: إنها عبارة عن رئاسة في الدين والدنيا عامة لشخص من الأشخاص. وينتقض ذلك بالنبوة. والحق أن الإمامة عبارة عن خلافة شخص من الأشخاص للرسول عليه السلام في إقامة قوانين الشرع وحفظ حوزة الملة على وجه يجب اتباعه على كافة الأمة.
“Sebahagian ashab (ulama ahlussunnah) mengatakan: bahawa imamah/khilafah adalah istilah untuk kepemimpinan dalam agama (Islam) sekaligus dunia (politik) yang bersifat umum yang dipimpin oleh salah seorang individu. Namun itu terbantahkan oleh kenabian (kerana boleh masuk dalam pengertian tersebut). Yang benar adalah bahawa imamah itu sebutan bagi kepemimpinan oleh salah seorang individu yang menggantikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam menegakkan perundang-undangan syariat Islam, serta menjaga keutuhan wilayah kekuasaan Islam, dalam bentuk kepemimpinan yang wajib ditaati oleh seluruh umat Islam.”³
فهل إقامة الإمام واجبة أم لا؟ اختلف الناس فيه، فمنهم من قال بالوجوب ومنهم من نفاه، … فمنهم من قال بأن طريق معرفة الوجوب الشرع دون العقل، كالأشعارية وأكثر المعتزلة.
“Apakah mewujudkan imam/khalifah itu wajib atau tidak? Orang-orang berbeza pendapat dalam hal ini. Di antara mereka ada yang mewajibkan dan ada pula yang menafikannya. … Di antara mereka yang mewajibkan ada yang berpendapat bahawa dasar kewajipannya adalah dalil syarak bukan akal, seperti Asyariyah dan majoriti Muktazilah.”⁴
________
¹Al-Amidi, Abu al-Hasan Saifuddin Ali bin Abu Ali ats-Tsa’labi. 2004. Ghâyah al-Marâm fî ‘Ilm al-Kalâm. (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah) hlm. 309, 311
²Ibid. hlm 311
³Abkâr al-Afkâr fî Ushûl Ad-Dîn, vol 5 hlm 121
⁴Ibid.
________
Fawaid:
- Khilafah hukumnya wajib syarie bukan wajib ‘aqli. Ertinya wajib berdasarkan dalil syarak bukan wajib/mesti berdasarkan akal yang biasanya merujuk pada kebiasaan dan tradisi semata.
- Tidak ada di antara ahlussunnah wal jama’ah yang menolak kewajipan imamah/khilafah, bahkan walaupun sekadar menganggapnya sebagai wajib ‘aqli.
- Menurut Ahlussunnah wal jama’ah kewajipan khilafah dalilnya bersifat qath’i (pasti benarnya), secara tsubut mahupun dilalah. Yakni ijmak sahabat yang diriwayatkan secara mutawatir atas wajibnya mengangkat seorang khalifah pasca wafatnya Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam.
- Lebih rinci lagi bahawa menurut Ahlussunah (Al-Asy’ariyah) dasar wajibnya imamah/khilafah adalah dalil syarak, bukan akal. Oleh kerana itu kewajipan tersebut adalah kewajipan syarie.
- Menyalahi perkara wajib syarie akan mengakibatkan dosa. Lebih-lebih lagi jika dalilnya qath’i, maka konsekuensinya sangat serius.
- Perbezaan dalam menentukan siapa sosok khalifah tidak automatik menafikan keperluan syariah untuk kewujudan khalifah.
(Ustaz Azizi Fathoni)