[ULAMA SEPAKAT WAJIB KHILAFAH]
KHILAFAH TERMASUK AJARAN POKOK DALAM ISLAM DAN PENOPANG KEBERADAAN KAUM MUSLIM
Berikut keterangan wajibnya Khilafah oleh:
AL-IMAM AL-MUFASSIR ABU ABDILLAH AL-QURTHUBI AL-MALIKI (W. 671 H)
dalam kitab beliau Al-Jâmi’ li Ahkâm Al-Qur’ân (Tafsîr Al-Qurthubî). Beliau berkata:
ﻫﺬﻩ اﻵﻳﺔ ﺃﺻﻞ ﻓﻲ ﻧﺼﺐ ﺇﻣﺎﻡ ﻭﺧﻠﻴﻔﺔ ﻳﺴﻤﻊ ﻟﻪ ﻭﻳﻄﺎﻉ، ﻟﺘﺠﺘﻤﻊ ﺑﻪ اﻟﻜﻠﻤﺔ، ﻭﺗﻨﻔﺬ ﺑﻪ ﺃﺣﻜﺎﻡ اﻟﺨﻠﻴﻔﺔ. ﻭﻻ ﺧﻼﻑ ﻓﻲ ﻭﺟﻮﺏ ﺫﻟﻚ ﺑﻴﻦ اﻷﻣﺔ ﻭﻻ ﺑﻴﻦ اﻷﺋﻤﺔ ﺇﻻ ﻣﺎ ﺭﻭﻱ ﻋﻦ اﻷﺻﻢ ﺣﻴﺚ ﻛﺎﻥ ﻋﻦ اﻟﺸﺮﻳﻌﺔ ﺃﺻﻢ، ﻭﻛﺬﻟﻚ ﻛﻞ ﻣﻦ ﻗﺎﻝ ﺑﻘﻮﻟﻪ ﻭاﺗﺒﻌﻪ ﻋﻠﻰ ﺭﺃﻳﻪ ﻭﻣﺬﻫﺒﻪ، ﻗﺎﻝ: ﺇﻧﻬﺎ ﻏﻴﺮ ﻭاﺟﺒﺔ ﻓﻲ اﻟﺪﻳﻦ ﺑﻞ ﻳﺴﻮﻍ ﺫﻟﻚ، ﻭﺃﻥ اﻷﻣﺔ ﻣﺘﻰ ﺃﻗﺎﻣﻮا ﺣﺠﻬﻢ ﻭﺟﻬﺎﺩﻫﻢ، ﻭﺗﻨﺎﺻﻔﻮا ﻓﻴﻤﺎ ﺑﻴﻨﻬﻢ، ﻭﺑﺬﻟﻮا اﻟﺤﻖ ﻣﻦ ﺃﻧﻔﺴﻬﻢ، ﻭﻗﺴﻤﻮا اﻟﻐﻨﺎﺋﻢ ﻭاﻟﻔﻲء ﻭاﻟﺼﺪﻗﺎﺕ ﻋﻠﻰ ﺃﻫﻠﻬﺎ، ﻭﺃﻗﺎﻣﻮا اﻟﺤﺪﻭﺩ ﻋﻠﻰ ﻣﻦ ﻭﺟﺒﺖ ﻋﻠﻴﻪ، ﺃﺟﺰﺃﻫﻢ ﺫﻟﻚ، ﻭﻻ ﻳﺠﺐ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﺃﻥ ﻳﻨﺼﺒﻮا ﺇﻣﺎﻣﺎ ﻳﺘﻮﻟﻰ ﺫﻟﻚ.
ﻭﺩﻟﻴﻠﻨﺎ ﻗﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ:” ﺇﻧﻲ ﺟﺎﻋﻞ ﻓﻲ اﻷﺭﺽ ﺧﻠﻴﻔﺔ”
[ اﻟﺒﻘﺮﺓ: 30]
، ﻭﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ:” ﻳﺎ ﺩاﻭﺩ ﺇﻧﺎ ﺟﻌﻠﻨﺎﻙ ﺧﻠﻴﻔﺔ ﻓﻲ اﻷﺭﺽ”
[ ﺻ: 26]
، ﻭﻗﺎﻝ:” ﻭﻋﺪ اﻟﻠﻪ اﻟﺬﻳﻦ ﺁﻣﻨﻮا ﻣﻨﻜﻢ ﻭﻋﻤﻠﻮا اﻟﺼﺎﻟﺤﺎﺕ ﻟﻴﺴﺘﺨﻠﻔﻨﻬﻢ ﻓﻲ اﻷﺭﺽ”
[ اﻟﻨﻮﺭ: 55]
ﺃﻱ ﻳﺠﻌﻞ ﻣﻨﻬﻢ ﺧﻠﻔﺎء، ﺇﻟﻰ ﻏﻴﺮ ﺫﻟﻚ ﻣﻦ اﻵﻱ.
“Ayat ini (ayat 30 surah al-Baqarah) merupakan dasar disyariatkannya mengangkat seorang khalifah yang ditaati dan dipatuhi, untuk menyatukan suara umat Islam, dan terlaksananya kebijakan-kebijakan khalifah. Tidak ada perbezaan pendapat di antara umat Islam dan tidak pula di antara para imam mazhab mereka, akan wajibnya hal tersebut kecuali apa yang diberitakan dari Al-Asham, di mana dia benar-benar tuli terhadap syariat. Termasuk siapa saja yang mengikuti pendapat serta mazhabnya. Dia mengatakan bahawa perkara itu tidak wajib dalam agama Islam, melainkan hukumnya boleh saja. Apabila umat sudah dapat menjalankan haji dan jihad mereka, saling berlaku adil di antara mereka, melakukan kebenaran dari diri mereka, membahagikan harta rampasan perang, fai’, dan zakat kepada yang berhak, dan menerapkan hudud atas siapa yang wajib menerimanya, maka itu sudah cukup bagi mereka, dan tidak wajib lagi mengangkat seorang khalifah untuk menangani itu semua. Dalil kami adalah … (lalu beliau menyebut al-Baqarah 30 tersebut, Shad 26, an-Nur 55) dan ayat-ayat lainnya”¹
di bahagian berikutnya beliau menegaskan:
ﻓﻠﻮ ﻛﺎﻥ ﻓﺮﺽ اﻹﻣﺎﻣﺔ ﻏﻴﺮ ﻭاﺟﺐ ﻻ ﻓﻲ ﻗﺮﻳﺶ ﻭﻻ ﻓﻲ ﻏﻴﺮﻫﻢ ﻟﻤﺎ ﺳﺎﻏﺖ ﻫﺬﻩ اﻟﻤﻨﺎﻇﺮﺓ ﻭاﻟﻤﺤﺎﻭﺭﺓ ﻋﻠﻴﻬﺎ، ﻭﻟﻘﺎﻝ ﻗﺎﺋﻞ: ﺇﻧﻬﺎ ﻟﻴﺴﺖ ﺑﻮاﺟﺒﺔ ﻻ ﻓﻲ ﻗﺮﻳﺶ ﻭﻻ ﻓﻲ ﻏﻴﺮﻫﻢ، ﻓﻤﺎ ﻟﺘﻨﺎﺯﻋﻜﻢ ﻭﺟﻪ ﻭﻻ ﻓﺎﺋﺪﺓ ﻓﻲ ﺃﻣﺮ ﻟﻴﺲ ﺑﻮاﺟﺐ ﺛﻢ ﺇﻥ اﻟﺼﺪﻳﻖ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻟﻤﺎ ﺣﻀﺮﺗﻪ اﻟﻮﻓﺎﺓ ﻋﻬﺪ ﺇﻟﻰ ﻋﻤﺮ ﻓﻲ اﻹﻣﺎﻣﺔ، ﻭﻟﻢ ﻳﻘﻞ ﻟﻪ ﺃﺣﺪ ﻫﺬا ﺃﻣﺮ ﻏﻴﺮ ﻭاﺟﺐ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻭﻻ ﻋﻠﻴﻚ، ﻓﺪﻝ ﻋﻠﻰ ﻭﺟﻮﺑﻬﺎ ﻭﺃﻧﻬﺎ ﺭﻛﻦ ﻣﻦ ﺃﺭﻛﺎﻥ اﻟﺪﻳﻦ اﻟﺬﻱ ﺑﻪ ﻗﻮاﻡ اﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ، ﻭاﻟﺤﻤﺪ ﻟﻟﻪ ﺭﺏ اﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ.
“Jika memang keperluan terhadap adanya imamah/khilafah itu tidak wajib, baik khalifah-nya dari suku Quraisy mahupun bukan, nescaya perdebatan dan pembicaraan tentangnya tidak perlu terjadi. Nescaya akan ada yang berkata: ‘Sungguh khilafah tidak wajib, baik khalifah-nya dari Quraisy mahupun bukan’, maka tidak ada alasan dan tidak ada faedah memperdebatkan perkara yang tidak wajib’. Lalu kemudian Khalifah Abu Bakar As-Shiddiq ketika menjelang wafatnya berpesan kepada Umar Bin Khattab untuk menjadi khalifah, dan tidak ada seorangpun yang saat itu berkata: ‘Ini bukan perkara yang wajib bagimu dan bukan pula bagi yang lain’. Maka itu menunjukkan akan wajibnya khilafah, dan bahawasanya ia merupakan sebuah ajaran pokok antara ajaran-ajaran pokok dalam Islam yang menjadi penopang keberadaan kaum muslim. walhamdu li-llâhi Rabbil ‘âlamin.”²
_______
¹Al-Qurthubi, Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abu Bakar. 2006. Al-Jaami’ li-Ahkaam al-Qur`aan. (Beirut: Mu`assasah al-Risalah) vol. 1 hlm. 395
²Ibid. vol 1 hlm 396
_______
Fawaid:
- Menepis anggapan bahawa di dalam Al-Quran tidak ada dalil yang mewajibkan khilâfah. Buktinya seorang ulama yang autoritatif dalam bidang tafsir, Al-Imam Al-Qurthubi, menjelaskan bahawa Al-Baqarah ayat 30, adalah dalil wajibnya khilafah tersebut. Selain itu beliau juga menyebutkan Shad ayat 26 dan An-Nur ayat 55 juga merupakan dalilnya, dan “dan ayat-ayat lainnya” kata beliau menambahkan. Menunjukkan dalilnya tidak terbatas pada 3 ayat tersebut.
- Al-Imam Al-Qurthubi sampai-sampai mengatakan al-Asham, seorang tokoh Mu’tazilah, dengan sebutan “tuli terhadap syariat” lantaran tidak memandang wajib khilafah, melainkan mubah saja. Dari situ maka akan lebih tuli (pekak) lagi bahkan mungkin juga buta terhadap syariat jika ada orang yang sampai menolak, mengharamkan, membenci, bahkan memusuhi usaha merealisasikannya.
- Al-Asham sendiri memberi syarat bahawa tidak wajibnya khilafah itu apabila telah terlaksana semua syariat Islam dan terrealisasi apa-apa yang menjadi tanggungjawab khalifah meski tanpa keberadaannya. Itu maknanya, dalam keadaan tidak diterapkan syariat Islam mengangkat khalifah menurutnya masih dianggap wajib.
- Selain ayat Al-Quran, Al-Imam Al-Qurthubi juga mengetengahkan dalil khilafah lainnya berupa ijmak sahabat. Maknanya, dalil khilafah itu bukan hanya Al-Quran. Sehingga kalau pun menolak keberdalilan ayat Al-Quran di atas masih, ada dalil lain berupa ijmak sahabat. Bahkan dijelaskan oleh ulama lainnya, dalil khilafah juga ada yang berupa hadis-hadis Nabi صلى الله عليه وسلم dan kaidah kulliyyah.
- Besarnya kewajipan khilafah sehinggakan banyak ulama menyebutnya sebagai ahammul wâjibât (kewajipan yang paling diutamakan). Maka, tidak hairan bila Al-Imam Al-Qurthubi sebagaimana juga Al-Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi dan Al-Imam As-Suyuthi, dan ketiganya adalah ulama Sunni, menggolongkan khilafah ini sebagai ajaran pokok agama, tumpuan (qiwâm) bagi keberadaan kaum muslim.
(Ustaz Azizi Fathoni)