[ULAMA SEPAKAT WAJIB KHILAFAH]
MATI TANPA KHILAFAH = MATI JAHILIYYAH, IAITU MATI DENGAN MEMBAWA DOSA BESAR BAHKAN DIKHUATIRI MATI DALAM KEADAAN TIDAK BER-ISLAM -WAL ‘IYÂDZU BILLÂH-
AL IMAM AL FAQIH AL MUHADDITS ABU AL ‘ABBAS DHIYA`UDDIN AHMAD BIN UMAR BIN IBRAHIM AL QURTHUBI AL MALIKI (W. 656 H),
dalam kitabnya Al-Mufhim li-Mâ Asykala min Talkhîsh Kitâb Muslim (syarah Shahih Muslim), persisnya ketika mensyarah hadis terkait sikap Khalifah Umar melihat tindakan Nabi dan Abu Bakar dalam perkara istikhlaf, beliau mengatakan:
وقد حصل من هذا الحديث أن نصب الإمام لابد منه
“Dari hadis ini dapat disimpulkan bahawa mengangkat seorang imam/khalifah adalah satu kemestian.”¹
Dan di bahagian lain, beliau menjelaskan:
قوله (من خرج عن الطاعة ، وفارق الجماعة فميتته جاهلية) يعني بالطاعة : طاعة ولاة الأمر وبالجماعة : جماعة المسلمين على إمام او أمر مجتمع عليه . وفيه دليل على وجوب نصب الإمام وتحريم مخالفة إجماع المسلمين وأنه واجب الإتباع )
“Sabda Nabi { Barangsiapa yang keluar dari ketaatan dan memisahkan diri dari jama’ah, maka matinya mati jahiliyyah } yang beliau maksud dengan ketaatan di situ adalah ketaatan terhadap para penguasa (wulâtul amri), dan yang dimaksud jama’ah adalah masyarakat kaum muslim yang berada di bawah kepemimpinan seorang imam/khalifah, atau boleh juga perkara yang disepakati bersama. Hadis tersebut merupakan dalil akan wajibnya mengangkat seorang imam/khalifah, dan haramnya menyelisihi kesepakatan (ijmak) umat Islam, bahawa ijmak itu wajib untuk diikuti.”
ويستدل بظاهره من كَفَّر بخرق الإجماع مطلقا. والحق التفصيل، فإن كان الإجماع مقطوعًا به فمخالفته وإنكاره كفر، وإن كان مظنونًا فإنكاره ومخالفته معصية وفسوق
“zhahir hadis tersebut juga dijadikan dalil oleh mereka yang menghukumi kafir siapa saja yang menyelisihi ijmak secara mutlak. Yang benar adalah dengan merincinya, IAITU jika ijmaknya bersifat qath’i (kebenarannya pasti) maka menyelisihi dan mengingkarinya menyebabkan kekufuran, sedangkan jika ijmaknya bersifat zhanni (asumtif) maka mengingkari dan menyelisihinya terhitung maksiat dan kefasikan.”
ويعني بميتة الجاهلية انهم كانوا فيها لا يبايعون إماماً ولا يدخلون تحت طاعته , فمن كان من المسلمين لم يدخل تحت طاعة إمام فقد شابههم في ذلك , فإن مات على تلك الحالة مات على مثل حالهم مرتكباً كبيرة من الكبائر , ويخاف عليه بسببها الا يموت على الإسلام.
“Kemudian maksud dari kematian jahiliyyah adalah bahawa masyarakat pada masa jahiliyyah tidak membai’at seorang imam/khalifah dan tidak pula masuk dalam ketaatan padanya, maka barangsiapa di antara kaum muslim tidak berada di bawah ketaatan terhadap seorang imam/khalifah maka sungguh dia telah menyerupai mereka, jika dia mati dalam keadaan tersebut maka dia mati sebagaimana keadaan mereka dengan memikul sebuah dosa besar. Bahkan dikhuatiri kerana hal itu dia mati dalam keadaan tidak ber-Islam.”²
_________
¹Abu Al ‘Abbas Dhiya`uddin Ahmad bin Umar bin Ibrahim Al Qurthubi. Al-Mufhim li-Mâ Asykala min Talkhîsh Kitâb Muslim. (Damaskus: Dar Ibn Katsir) juz 4 hlm 15
²Ibid. juz 4 hlm 59
——–
Faidah:
- Selain berdasarkan Al Quran dan Ijmak Sahabat kewajipan khilafah menurut penjelasan ulama juga berdasarkan hadis. Jadi salah besar jika menganggap khilafah tidak ada dalilnya.
- Menyelisihi ijmak yang bersifat qath’i dapat menjadikan pelakunya keluar dari islam. Dalam hal ini ijmak sahabat akan wajibnya khilafah adalah ijmak yang qath’i, sebagaimana dijelaskan di sini:
https://web.facebook.com/groups/672946576632664/permalink/769518090308845/
atau di sini:
https://web.facebook.com/groups/672946576632664/permalink/776802876247033/
Maka menyelisihi dan mengingkarinya membawa konsekuensi sangat serius.
- Mati dalam keadaan di luar daripada ketaatan terhadap seorang khalifah terbilang mati jahiliyyah, yang itu maksudnya mati dengan membawa dosa besar atau bahkan dikhuatiri mati dalam keadaan tidak ber-Islam menurut zhahir hadisnya. -WAL ‘IYÂDZU BILLÂH-