[ULAMA SEPAKAT WAJIB KHILAFAH]
AL-IMAM FAKHRUDDIN AR-RAZI ASY-SYAFI’I (W. 606 H)
Keterangan wajibnya imamah/khilafah dalam empat kitab karya beliau sekaligus:
- Mafâtîh al-Ghaib (Tafsîr ar-Râzî),
- Al-Mahshûl fî ‘Ilm Ushûl al-Fiqh,
- Ma’âlim Ushûl ad-Dîn, dan
- Al-Masâ`il Al-Khamsûn fî Ushûl Ad-Dîn
- Dalam kitab Mafâtîh al-Ghaib (Tafsîr ar-Râzî) beliau mengatakan:
اﺣﺘﺞ اﻟﻤﺘﻜﻠﻤﻮﻥ ﺑﻬﺬﻩ اﻵﻳﺔ ﻓﻲ ﺃﻧﻪ ﻳﺠﺐ ﻋﻠﻰ اﻷﻣﺔ ﺃﻥ ﻳﻨﺼﺒﻮا ﻷﻧﻔﺴﻬﻢ ﺇﻣﺎﻣﺎ ﻣﻌﻴﻨﺎ، ﻭاﻟﺪﻟﻴﻞ ﻋﻠﻴﻪ ﺃﻧﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﺃﻭﺟﺐ ﺑﻬﺬﻩ اﻵﻳﺔ ﺇﻗﺎﻣﺔ اﻟﺤﺪ ﻋﻠﻰ اﻟﺴﺮاﻕ ﻭاﻟﺰﻧﺎﺓ، ﻓﻼ ﺑﺪ ﻣﻦ ﺷﺨﺺ ﻳﻜﻮﻥ ﻣﺨﺎﻃﺒﺎ ﺑﻬﺬا اﻟﺨﻄﺎﺏ، ﻭﺃﺟﻤﻌﺖ اﻷﻣﺔ ﻋﻠﻰ ﺃﻧﻪ ﻟﻴﺲ ﻵﺣﺎﺩ اﻟﺮﻋﻴﺔ ﺇﻗﺎﻣﺔ اﻟﺤﺪﻭﺩ ﻋﻠﻰ اﻟﺠﻨﺎﺓ، ﺑﻞ ﺃﺟﻤﻌﻮا ﻋﻠﻰ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﺠﻮﺯ ﺇﻗﺎﻣﺔ اﻟﺤﺪﻭﺩ ﻋﻠﻰ اﻷﺣﺮاﺭ اﻟﺠﻨﺎﺓ ﺇﻻ ﻟﻹﻣﺎﻡ، ﻓﻠﻤﺎ ﻛﺎﻥ ﻫﺬا اﻟﺘﻜﻠﻴﻒ ﺗﻜﻠﻴﻔﺎ ﺟﺎﺯﻣﺎ ﻭﻻ ﻳﻤﻜﻦ اﻟﺨﺮﻭﺝ ﻋﻦ ﻋﻬﺪﺓ ﻫﺬا اﻟﺘﻜﻠﻴﻒ ﺇﻻ ﻋﻨﺪ ﻭﺟﻮﺩ اﻹﻣﺎﻡ، ﻭﻣﺎ ﻻ ﻳﺘﺄﺗﻰ اﻟﻮاﺟﺐ ﺇﻻ ﺑﻪ، ﻭﻛﺎﻥ ﻣﻘﺪﻭﺭا ﻟﻠﻤﻜﻠﻒ، ﻓﻬﻮ ﻭاﺟﺐ، ﻓﻠﺰﻡ اﻟﻘﻄﻊ ﺑﻮﺟﻮﺏ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﺣﻴﻨﺌﺬ.
“Ulama akidah (ahli kalam) berhujjah dengan ayat ini bahawa wajib hukumnya atas kaum muslim untuk mengangkat seorang imam (khalifah). Dalilnya adalah bahawasanya dengan ayat tersebut Allah mewajibkan penerapan had (sanksi syarie/hukuman syarie) atas para pencuri dan pezina, sehingga perlu ada pihak yang menjadi objek bagi seruan tersebut. Dan umat telah sepakat individu rakyat tidak memiliki hak untuk menerapkan hudud (bentuk jamak dari had) terhadap para pelaku kejahatan. Bahkan mereka telah bersepakat bahawa tidak boleh menerapkan hudud terhadap para pelaku jenayah yang merdeka (bukan hamba, -penj.) kecuali oleh imam (khalifah). Maka tatkala tuntutan syarak ini berupa tuntutan yang tegas (baca: wajib), sementara tidak mungkin keluar dari tuntutan tersebut kecuali dengan adanya seorang imam (khalifah), dan suatu perkara yang kewajipan tidak dapat direalisasikan tanpanya, sedangkan ia sesuatu yang mampu dipikul/dijalankan oleh mukallaf, maka hukumnya adalah wajib. Sehingga hal itu menescayakan secara tegas atas kewajipan mengangkat seorang imam (khalifah).”
Fakhrurrazi, Abu Abdillah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan. 1981. Mafâtîh al-Ghaib (Tafsîr ar-Râzî). (Beirut: Dar al-Fikr) vol. 11 hlm. 235
masih kitab yang sama, di bahagian lain beliau mengatakan:
اﻟﺒﺤﺚ اﻟﺨﺎﻣﺲ: ﻓﻲ ﺃﻥ اﻟﻤﺨﺎﻃﺐ ﺑﻘﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ: ﻓﺎﺟﻠﺪﻭا ﻣﻦ ﻫﻮ؟ ﺃﺟﻤﻌﺖ اﻷﻣﺔ ﻋﻠﻰ ﺃﻥ اﻟﻤﺨﺎﻃﺐ ﺑﺬﻟﻚ ﻫﻮ اﻹﻣﺎﻡ، ﺛﻢ اﺣﺘﺠﻮا ﺑﻬﺬا ﻋﻠﻰ ﻭﺟﻮﺏ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ، ﻗﺎﻟﻮا ﻷﻧﻪ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﺃﻣﺮ ﺑﺈﻗﺎﻣﺔ اﻟﺤﺪ، ﻭﺃﺟﻤﻌﻮا ﻋﻠﻰ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﺘﻮﻟﻰ ﺇﻗﺎﻣﺘﻪ ﺇﻻ اﻹﻣﺎﻡ ﻭﻣﺎ ﻻ ﻳﺘﻢ اﻟﻮاﺟﺐ اﻟﻤﻄﻠﻖ ﺇﻻ ﺑﻪ، ﻭﻛﺎﻥ ﻣﻘﺪﻭﺭا ﻟﻠﻤﻜﻠﻒ ﻓﻬﻮ ﻭاﺟﺐ ﻓﻜﺎﻥ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﻭاﺟﺒﺎ، ﻭﻗﺪ ﻣﺮ ﺑﻴﺎﻥ ﻫﺬﻩ اﻟﺪﻻﻟﺔ ﻓﻲ ﻗﻮﻟﻪ: ﻭاﻟﺴﺎﺭﻕ ﻭاﻟﺴﺎﺭﻗﺔ ﻓﺎﻗﻄﻌﻮا ﺃﻳﺪﻳﻬﻤﺎ [ اﻟﻤﺎﺋﺪﺓ: 38]
“Topik pembahasan ke-Lima: Tentang objek yang diseru dalam firman Allah -ta’ala- (yang bermaksud): ‘maka cambuklah olehmu’, siapakah dia? Umat Islam telah ber-ijmak (konsensus) bahawasannya objek dari seruan tersebut adalah imam (khalifah), lalu mereka berhujah dengan hal ini akan wajibnya mengangkat seorang imam (khalifah). Mereka berkata: ‘Kerana Allah -subhanah- telah memerintahkan untuk menerapkan had (hukuman syarie). Mereka juga telah bersepakat bahawasannya penerapan had tidak mungkin kecuali oleh seorang imam (khalifah), dan suatu perkara yang kewajipan mutlak tidak dapat terlaksana sempurna kecuali dengannya, dan sedangkan ia sesuatu yang mampu dipikul/dijalankan oleh mukallaf, maka hukumnya adalah wajib. sehingga mengangkat imam (khalifah) itu hukumnya adalah wajib. Telah lalu penjelasan aspek argumentatif akan hal ini pada firman-Nya (yang bermaksud): ‘dan pencuri lelaki serta pencuri perempuan maka potonglah olehmu tangan keduanya‘. (Al-Mâ`idah: 38)”
Ibid. vol 23 hlm 144
- Dalam kitab Al-Mahshûl fî ‘Ilm Ushûl al-Fiqh beliau mengatakan:
ﻟﻜﻦ ﻫﺎ ﻫﻨﺎ ﺟﻬﺘﺎﻥ ﺃﺣﺪاﻫﻤﺎ ﺃﻥ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﻳﻘﺘﻀﻲ ﻛﻮﻥ اﻟﻤﻜﻠﻒ ﺗﺎﺭﻛﺎ ﻟﻠﻘﺒﻴﺢ ﻻ ﻟﻜﻮﻧﻪ ﻗﺒﻴﺤﺎ ﺑﻞ ﻟﻠﺨﻮﻑ ﻣﻦ اﻹﻣﺎﻡ ﻭﺇﻣﺎ ﻋﻨﺪ ﻋﺪﻡ اﻹﻣﺎﻡ ﻓﺎﻟﻤﻜﻠﻒ ﺇﻧﻤﺎ ﻳﺘﺮﻛﻪ ﻟﻘﺒﺤﻪ ﻻ ﻟﻠﺨﻮﻑ ﻣﻦ اﻹﻣﺎﻡ. ﻓﺈﻥ ﻗﻠﺖ ﻫﺬا ﺑﺎﻃﻞ ﺑﺘﺮﺗﺐ اﻟﻌﻘﺎﺏ ﻋﻠﻰ ﻓﻌﻞ اﻟﻘﺒﻴﺢ ﻓﺈﻧﻪ ﻳﻘﺘﻀﻲ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ اﻟﻤﻜﻠﻒ ﺗﺎﺭﻛﺎ ﻟﻠﻘﺒﻴﺢ ﻻ ﻟﻘﺒﺤﻪ ﺑﻞ ﻟﻠﺨﻮﻑ ﻣﻦ اﻟﻌﻘﺎﺏ ﻗﻠﺖ ﺃﻧﺎ ﺳﺎﺋﻞ ﻓﻴﻜﻔﻴﻨﻲ ﺃﻥ ﺃﻗﻮﻝ ﻟﻢ ﻻ ﻳﺠﻮﺯ ﺃﻥ ﺗﻜﻮﻥ ﻫﺬﻩ اﻟﺠﻬﺔ ﻣﻔﺴﺪﺓ ﻣﺎﻧﻌﺔ ﻭﻋﻠﻴﻚ اﻟﺪﻻﻟﺔ ﻋﻠﻰ ﺃﻧﻬﺎ ﻟﻴﺴﺖ ﻛﺬﻟﻚ ﻭﻻ ﻳﻠﺰﻡ ﻣﻦ ﻗﻮﻟﻨﺎ ﺗﺮﺗﻴﺐ اﻟﻌﻘﺎﺏ ﻋﻠﻴﻪ ﻻ ﻳﻘﺘﻀﻲ ﻫﺬﻩ اﻟﺠﻬﺔ ﻣﻦ اﻟﻤﻔﺴﺪﺓ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﻏﻴﺮ ﻣﻘﺘﺾ ﻟﻬﺎ ﻻﺣﺘﻤﺎﻝ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﺣﺎﻝ ﻛﻞ ﻭاﺣﺪﺓ ﻣﻨﻬﻤﺎ ﺑﺨﻼﻑ ﺣﺎﻝ اﻵﺧﺮ ﻭاﻟﺬﻱ ﻳﺤﻘﻖ ﺫﻟﻚ ﺃﻥ ﺗﺮﺗﻴﺐ اﻟﻌﻘﺎﺏ ﻋﻠﻰ ﻓﻌﻞ اﻟﻘﺒﻴﺢ ﻻ ﻳﻌﻠﻢ ﺇﻻ ﺑﺎﻟﺸﺮﻉ ﻓﻗﺒﻞ ﻭﺭﻭﺩ اﻟﺸﺮﻉ ﻳﺠﻮﺯ ﺃﻥ ﺗﻜﻮﻥ ﻓﻴﻪ ﻣﻔﺴﺪﺓ ﻣﻦ ﻫﺬﻩ اﻟﺠﻬﺔ ﻓﻠﻤﺎ ﻭﺭﺩ اﻟﺸﺮﻉ ﺑﻪ ﻋﻠﻤﻨﺎ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻣﻔﺴﺪﺓ ﻓﻴﻪ ﻣﻦ ﻫﺬﻩ اﻟﺠﻬﺔ ﻷﻥ اﻟﺸﺮﻉ ﻻ ﻳﺄﺗﻲ ﺑﺎﻟﻤﻔﺴﺪﺓ ﻓﻨﻈﻴﺮﻩ ﻓﻲ ﻣﺴﺄﻟﺘﻨﺎ ﺃﻥ ﺗﻘﻮﻟﻮا ﻳﺠﻮﺯ ﻗﺒﻞ ﻭﺭﻭﺩ اﻟﺸﺮﻉ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﻣﻔﺴﺪﺓ ﻣﻦ ﻫﺬﻩ اﻟﺠﻬﺔ ﻓﻠﻤﺎ ﻭﺭﺩ اﻟﺸﺮﻉ ﺑﻪ ﻋﻠﻤﻨﺎ ﺃﻧﻪ ﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﻣﻔﺴﺪﺓ ﻣﻦ ﻫﺬﻩ اﻟﺠﻬﺔ ﻟﻜﻦ ﻋﻠﻰ ﻫﺬا اﻟﺘﻘﺪﻳﺮ ﻳﺼﻴﺮ ﻭﺟﻮﺏ اﻹﻣﺎﻣﺔ ﺷﺮﻋﻴﺎ.
“Akan tetapi di sini ada dua sisi; salah satunya bahawa pengangkatan imam (khalifah) itu boleh mengakibatkan seorang mukallaf meninggalkan keburukan bukan kerana ia buruk, melainkan kerana takut terhadap imam (khalifah). Dan ketika tidak ada imam (khalifah) maka seorang mukallaf meninggalkan keburukan tidak lain kerana ia buruk, bukan kerana takut imam (khalifah).
Jika anda katakan: ‘Memberi hukuman atas perbuatan buruk itu keliru, sebab itu akan menjadikan seorang mukallaf meninggalkan perbuatan buruk bukan kerana buruknya perbuatan tersebut, melainkan kerana takut terhadap hukumannya’.
Aku jawab: saya kembali bertanya dengan cukup berkata, ‘Kenapa aspek itu (meninggalkan keburukan kerana takut hukuman, -penj.) tidak boleh menjadi bahaya (mafsadah) yang menghalangi (penerapan hukuman, -penj.)? Berikut adalah alasan bahawa yang berlaku tidaklah demikian. Perkataan kami ‘memberi sanksi atas pelaku keburukan tidak menyebabkan bahaya’ bukan bermakna bahawa pengangkatan imam (khalifah) tidak akan menyebabkan demikian (adanya yang meninggalkan keburukan kerana takut dihukum olehnya, -penj.), kerana keadaan setiap orang berbeza-beza antara satu dengan yang lainnya. Bukti bahawa ini benar adalah: bahawa memberi hukuman atas perbuatan buruk hanya dapat diketahui dengan syariat. Sebelum datangnya syariat boleh jadi dalam penerapan hukuman itu ada aspek bahaya, akan tetapi setelah datang syariat tentangnya kita yakin bahawa memberi hukuman tidak lagi mengandungi bahaya dari aspek tersebut. KERANA SYARIAT TIDAK MUNGKIN MENDATANGKAN BAHAYA (MAFSADAH). Untuk perbandingannya -dalam maslah kita ini- kalian dapat mengatakan: ‘Sebelum datangnya syariat boleh jadi mengangkat imam (khalifah) itu adalah bahaya, akan tetapi setelah datang syariat tentangnya kita yakin bahawa itu bukan bahaya lagi dari aspek tersebut’. Justeru berdasarkan ketentuan ini jadilah kewajipan imamah (khilafah) itu bersifat syarie.”
Fakhrurrazi, Abu Abdillah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan. 1997. Al-Mahshûl fî ‘Ilm Ushûl al-Fiqh. (Beirut: Muassasah ar-Risalah) vol. 4 hlm. 111
- Dalam kitab Ma’âlim Ushûl ad-Dîn beliau mengatakan:
اﻟﻤﺴﺄﻟﺔ اﻷﻭﻟﻰ: ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﺇﻣﺎ ﺃﻥ ﻳﻘﺎﻝ ﺇﻧﻪ ﻭاﺟﺐ ﻋﻠﻰ اﻟﻌﺒﺎﺩ ﺃﻭ ﻋﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﺃﻭ ﻻ ﻳﺠﺐ ﺃﺻﻼ. ﺃﻣﺎ اﻟﺬﻳﻦ ﻗﺎﻟﻮا ﺇﻧﻪ ﻳﺠﺐ ﻧﺼﺐﻫ ﻋﻠﻰ اﻟﻌﺒﺎﺩ ﻓﻔﺮﻳﻘﺎﻥ
اﻷﻭﻝ اﻟﺬﻳﻦ ﻗﺎﻟﻮا اﻟﻌﻘﻞ ﻻ ﻳﺪﻝ ﻋﻠﻰ ﻫﺬا اﻟﻮﺟﻮﺏ ﻭﺇﻧﻤﺎ اﻟﺬﻱ ﻳﺪﻝ ﻋﻠﻴﻪ اﻟﺴﻤﻊ ﻭﻫﺬا ﻗﻮﻝ ﺃﻫﻞ اﻟﺴﻨﺔ ﻭﻗﻮﻝ ﺃﻛﺜﺮ اﻟﻤﻌﺘﺰﻟﺔ ﻭاﻟﺰﻳﺪﻳﺔ. ﻭاﻟﺜﺎﻧﻲ اﻟﺬﻳﻦ ﻗﺎﻟﻮا ﺇﻥ اﻟﻌﻘﻞ ﻳﺪﻝ ﻋﻠﻰ ﺃﻧﻪ ﻳﺠﺐ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﻭﻫﻮ ﻗﻮﻝ اﻟﺠﺎﺣﻆ ﻭﺃﺑﻲ اﻟﺤﺴﻴﻦ اﻟﺒﺼﺮﻱ…
“Permasalahan Pertama: Mengangkat imam (khalifah) antara pendapat bahawa itu kewajipan manusia, atau kewajipan Allah -ta’ala-, atau tidak wajib sama sekali. Adapun yang mengatakan bahawa itu kewajipan manusia, ada dua kelompok: Pertama, mereka yang berpendapat: akal tidak dapat menunjukkan kewajipan itu, yang menunjukkan tidak lain adalah dalil syarak. Ini adalah pendapat Ahlussunnah, dan pendapat majoriti muktazilah dan zaidiyyah. Dan kelompok ke-dua, mereka yang berpendapat: akal dapat menunjukkan bahawa mengangkat khalifah itu wajib atas kita. Ini adalah pendapat al-Jahizh dan Abu al-Husain al-Bashri (keduanya tokoh Muktazilah -penj.). …”
Fakhrurrazi, Abu Abdillah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan. t.t. Ma’âlim Ushûl ad-Dîn. (Lebanon: Dar al-Kitab al-‘Arabi) hlm. 145
- Dalam kitab Al-Masâ`il Al-Khamsûn fî Ushûl Ad-Dîn beliau mengatakan:
المسألة السابعة والأربعون في نصب الإمام. نصب الإمام واجب على أمته. والخوارج يقولون ليس بواجب. والرافضة يقولون أنه واجب على الله.
“Topik permasalahan ke-47, tentang mengangkat imam (khalifah). Mengangkat seorang imam (khalifah) itu hukumnya wajib atas umat Islam. Sedangkan kelompok Khawarij berpendapat itu tidak wajib. Dan Syiah Rafidhah berpendapat bahawa ia wajib atas Allah.”
Fakhrurrazi, Abu Abdillah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan. 1990. Al-Masâ`il Al-Khamsûn fî Ushûl Ad-Dîn. (Beirut: Dar al-Jil) hlm 70
Dan di bahagian lain dalam kitab yang sama, beliau mengatakan:
… أن الأمة أجمعوا على أنه لا بد من وجود الإمام في كل زمان، وقد ثبت بالدليل أن خلو الزمان عن الإمام غير جائز في شرع النبي صلى الله عليه وسلم، فلابد من إمام.
“… Bahawasanya umat Islam telah ber-ijmak (konsensus) atas perlu adanya seorang imam (khalifah) pada setiap masa. Dan telah sahih berdasarkan dalil bahawa kosongnya suatu masa dari keberadaan seorang imam (khilafah) itu tidak boleh (haram) menurut syariat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, sehingga keberadaan seorang imam (khalifah) itu merupakan kewajipan.”
Ibid. hlm 73
——————–
Fawaid:
- Selain ijmak, dalil atas wajibnya khilafah adalah kaidah kulliyah:
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
”Setiap apa yang kewajipan tidak dapat terlaksana tanpanya maka hukumnya adalah wajib.”
Yakni bahawa kewajipan menerapkan hudud tidak dapat terlaksana tanpa adanya khalifah, maka mewujudkan khalifah hukumnya wajib (tentu berikut institusinya/khilafah)
- Mengangkat khalifah yang bertugas menerapkan hudud bukan merupakan bahaya (mafsadah), kerana itu syariat, dan syariat tidak mungkin mendatangkan bahaya (mafsadah).
- Adanya sebahagian orang yang meninggalkan keburukan kerana takut hukuman adalah kenescayaan, dan bukan bahaya. Bahkan itu diantara tujuan disyariatkannya imamah/khilafah sebagai pelaksana hukum al-Quran. Sebagaimana perkataan masyhur khalifah Ustman bin ‘Affan -radhiyallahu ‘anhu-:
إن الله ليزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن
“Sesungguhnya Allah dapat memaksa dengan kekuasaan apa-apa yang tidak dapat Dia paksakan dengan al-Quran (tanpa kekuasaan yang menerapkannya -penj.).”
- Menurut Ahlussunnah mengangkat khalifah adalah kewajipan atas manusia, bukan kewajipan atas Allah. Sehingga yang dituntut merealisasikannya adalah manusia bukan Allah. Ia diusahakan, bukan ditunggu sebagai hadiah dari-Nya.
- Menurut Ahlussunnah mengangkat khalifah adalah kewajipan syarie bukan ‘aqli, kerana didasari dalil syarak bukan akal. Sehingga ia berpengaruh terhadap pahala dan dosa di hari perhitungan kelak.
- Kewajipan mengangkat seorang khalifah itu berlaku pada setiap masa. Sehingga haram hukumnya ada masa kosong (vacum) dari keberadaan seorang khalifah.
(Ustaz Azizi Fathoni)