[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
AL-IMAM ABU TSANA’ SYAMSUDDIN BIN MAHMUD BIN ABDURRAHMAN AL-ASHFAHANI (W. 749 H)
menerangkan:
وأوجب أصحابنا نصب الامام علينا سمعا ولم يوجب الخوارج نصب الامام مطلقا … بيان وجوبه علينا سمعا فلأن نصب الامام يدفع ضررا لا يندفع إلا بنصب الامام وكل ما يدفع ضررا لا يندفع إلا به فهو واجب فنصب الامام واجب.
“Menurut ashab kami (Ahlussunah wal jama’ah) mengangkat khalifah hukumnya wajib, sedangkan khawarij tidak mewajibkannya secara mutlak. … Penjelasan bahawa mengangkat khalifah adalah wajib atas kita berdasarkan dalil sam’ie adalah disebabkan kerana mengangkat khalifah dapat mencegah dharar yang tidak dapat dicegah kecuali dengan mengangkat khalifah, dan setiap sesuatu yang dapat mencegah dharar yang dharar tersebut tidak dapat dicegah kecuali dengannya maka ia hukumnya wajib, maka mengangkat khalifah hukumnya wajib.”
Mathâli’ al-Anzhâr ‘alâ Math Thawâli’ al-Anwâr, (Kairo: Dar Al Kutubi) hlm 228
—————–
Fawaid:
- Menurut Ahlussunah wal jama’ah mewujudkan khalifah atau khilafah hukumnya adalah wajib
- Diantara dalil wajibnya adalah kaidah:
كل ما يدفع ضررا لا يندفع إلا به فهو واجب
“Setiap sesuatu yang dapat mencegah dharar yang dharar tersebut tidak dapat dicegah kecuali dengannya maka ia hukumnya wajib.”
Jelas dalam kes penjajahan Israel atas al-Quds dan Palestin misalnya dharar tidak boleh dicegah kecuali dengan adanya khalifah atau khilafah yang mengirimkan pasukan untuk membebaskannya, maka khilafah hukumnya wajib.
- Pejuang khilafah bukan Khawarij. Sebaliknya Khawarij adalah mereka yang tidak mewajibkan khilafah. Bahkan lebih parah lagi menentang ajaran khilafah dan memusuhi perjuangan mewujudkannya.
(Ustaz Azizi Fathoni)