[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
IMAM AHLUS SUNNAH DARI KALANGAN ASY’ARIYAH: KHILAFAH WAJIB DALILNYA IJMA’ SAHABAT YANG MENCAPAI DARJAT MUTAWATIR
AL-IMAM ‘ADHDHUDDIN AL-IJI AL ASY’ARI ASY SYAFI’I (W. 756 H)
dalam kitabnya, Al-Mawâqif, menyatakan:
والأولى أن يقال هي خلافة الرسول في إقامة الدين بحيث يجب اتباعه على كافة الأمة
وبهذا القيد يخرج من ينصبه الإمام في ناحية والمجتهد والآمر بالمعروف
Lebih tepatnya (definisi imamah/khilafah) adalah: pengganti Rasulullah dalam menegakkan agama, dimana seluruh kaum muslimin wajib mentaatinya. Dengan batasan definisi ini maka tidak masuk ke dalamnya: orang yang diangkat imam/khalifah di suatu wilayah bahagian, seorang mujtahid, dan orang yang beramar makruf.
وإذا عرفت هذا فنقول نصب الإمام عندنا واجب علينا سمعا
Jika anda sudah tahu hal ini (pengertian imamah/khilafah), maka kami katakan: mengangkat seorang imam/khalifah bagi kami (Ahlussunah) hukumnya wajib berdasarkan dalil sam’i.
وقالت المعتزلة والزيدية بل عقلا . وقال الجاحظ بل عقلا وسمعا . وقالت الإمامية والإسماعيلية بل على الله ، إلا أن الإمامية أوجبوه لحفظ قوانين الشرع ، والإسماعيلية ليكون معرفا لله . وقالت الخوارج لا يجب أصلا ، ومنهم من فصل فقال بعضهم يجب عند الأمن دون الفتنة ، وقال قوم بالعكس.
Sedangkan muktazilah dan zaidiyah berpendapat: imamah/khilafah wajib berdasarkan akal. Al Jahizh berpendapat: wajib berdasarkan akal dan dalil sam’i sekaligus. Sementara Al-Imamiyah dan Al-Ismailiyah berpendapat: wajibnya bagi Allah (bukan bagi manusia). Hanya saja menurut Al-Imamiyah alasan wajibnya adalah untuk menjaga hukum-hukum syariat Islam, sedangkan menurut Al-Ismailiyah alasan wajib kerana untuk mengenalkan Allah. Adapun khawarij berpendapat: imamah/khilafah tidak wajib sama sekali. Dan di antara mereka ada yang merincikan sebahagian berpendapat wajib tatkala keadaan aman bukan ketika keadaan fitnah/kekacauan, sebahagian mereka lainnya berpendapat sebaliknya.
لنا أما عدم وجوبه على الله وعلينا عقلا فقد مر
Sedangkan pendapat kami (Ahlussunah): tentang tidak wajibnya imamah/khilafah bagi Allah, atau tidak wajibnya ia bagi kita berdasarkan akal, maka keterangannya telah lalu.
وأما وجوبه علينا سمعا فلوجهين:
Adapun wajibnya imamah/khilafah bagi kita berdasarkan dalil sam’i, hal itu berdasarkan dua alasan:
الأول إنه تواتر إجماع المسلمين في الصدر الأول بعد وفاة النبي امتناع خلو الوقت عن إمام حتى قال أبو بكر رضي الله عنه في خطبته “ألا إن محمدا قد مات ولا بد لهذا الدين ممن يقوم به” فبادر الكل إلى قبوله وتركوا له أهم الأشياء وهو دفن رسول الله. ولم يزل الناس على ذلك في كل عصر إلى زماننا هذا من نصب إمام متبع في كل عصر.
Pertama, bahawasanya telah sampai secara mutawatir ijmak di kalangan kaum muslim generasi awal pasca wafatnya Nabi atas tidak boleh-nya ada tempoh kekosongan dari seorang imam/khalifah. Sehinggakan Abu Bakar -radhiaLLâhu ‘anhu- berkata dalam khutbahnya: “Ketahuilah bahawa Muhammad telah wafat dan perlu ada orang yang menggantikan beliau menegakkan urusan agama ini”. Maka semua orang bergegas menyambutnya dan demi hal itu mereka meninggalkan perkara yang sangat penting, iaitu memakamkan jenazah Rasulullah. Kaum muslimin terus menerapkan hal tersebut di setiap masanya hingga masa kita saat ini, iaitu mengangkat seorang imam/khalifah yang ditaati di setiap masa.
الثاني إنه فيه دفع ضرر مظنون وإنه واجب إجماعا . بيانه إنا نعلم علما يقارب الضرورة أن مقصود الشارع فيما شرع من المعاملات والمناكحات والجهاد والحدود والمقاصات وإظهار شعار الشرع في الأعياد والجمعات إنما هو مصالح عائدة إلى الخلق معاشا ومعادا
وذلك لا يتم إلا بإمام يكون من قبل الشارع يرجعون إليه فيما يعن لهم.
yang ke-dua, bahawasanya ia (pengangkatan imam/khalifah) itu dapat mencegah dharar yang diduga kuat muncul, dan mencegah dharar tersebut hukumnya wajib secara ijmak. Penjelasannya, kita tahu secara pasti bahawa maksud daripada pembuat syariat terkait syariatnya yang berupa mu’amalat, munakahat, jihad, hudud, dan menunjukkan syiar-syiar syarak dalam hari raya dan hari jumaat tidak lain itu demi kemaslahatan hamba dalam kehidupan mereka serta kemaslahatan di akhirat kelak. Dan hal tersebut tidak dapat sempurna kecuali dengan keberadaan seorang imam/khalifah yang syarie yang menjadi rujukan mereka dalam apa saja yang mereka hadapi.
‘Adhdhuddin Al-Iji. Al-Mawâqif. (Beirut: Alam al-Kutub) hlm 395-396.
(Ustaz Azizi Fathoni)