[Global] Lampu Mahya, Tradisi Khilafah Uthmani yang Hampir Musnah
Menjelang Ramadhan, masyarakat Turki dapat melihat pesan-pesan terkait Ramadhan yang disebut Mahya. Pesan-pesan yang disusun dari sekitar 200 lampu ini berukuran cukup besar dan dipasang menggunakan tali di antara menara-menara masjid.
Hanya sembilan masjid yang masih memanfaatkan kerajinan tradisional Mahya, seperti di Masjid Hagia Sophia dan Masjid Suleymaniye. Biasanya bertuliskan bahasa Turki yang bererti “Selamat Datang Bulan Ramadhan”, “Ramadhan Bulan Al-Quran”, dan sebagainya.
Dikutip dari Wikipedia, Mahya adalah lampu hias yang digantung di antara menara masjid Turki untuk membentuk kata-kata atau gambar yang menyala pada acara-acara perayaan, antara lain saat Aidilfitri, Aidiladha, dan sepanjang malam bulan suci Ramadhan.
Mahya merupakan tradisi di Turki yang pada awalnya menggunakan lampu minyak, lampu kecil, atau lilin yang diatur sedemikian rupa sehingga membentuk pesan tertentu yang dapat dilihat dari jauh. Saat ini, Mahya berkembang menjadi bentuk seni yang lebih kompleks dengan lampu-lampu neon atau LED dan menjadi pemandangan yang sangat indah dan menarik untuk dilihat.
Tidak diketahui secara pasti bila lampu Mahya pertama kali dipasang. Namun, yang pasti tradisi ini telah wujud sejak ratusan tahun lalu pada masa Kekhalifahan Uthmani. Pada 1578, penggunaan Mahya tertulis dalam buku perjalanan orientalis Jerman Salomon Schweigger, Eine newe Reyßbeschreibung auß Teutschland nach Constantinopel und Jerusalem.
Lampu Mahya bahkan mempengaruhi seni bina masjid tertentu. Pada 1723 saat masa pemerintahan Ahmed III, Wazir Agung Nevşehirli Damat Ibrahim Pasha memerintahkan agar dua menara tinggi ditinggikan untuk Masjid Eyüp sehingga Mahya dapat digantung di sana (masjid awalnya memiliki satu menara -penj.). Kadang-kadang menara kedua didirikan untuk tujuan ini atas permintaan masyarakat, seperti dalam peristiwa Masjid Sultan Mihrimah di Distrik Üsküdar, Istanbul.
Hampir Musnah
Meskipun Mahya memiiki akar sejarah yang kuat, tetapi masa depannya kini berada di hujung tanduk atau hampir musnah. Hal ini kerana tidak ada generasi penerus pembuat Mahya.
Generasi terakhir Mahyacı atau pembuat Mahya saat ini adalah Kahraman Yildiz (68). Belia mengatakan, tradisi kuno Mahya ini bukan hanya berfungsi sebagai tontonan visual, tetapi juga membawa pesan spiritual. “Di saat televisyen, panggung wayang, atau surat khabar belum wujud lagi, Mahya hadir sebagai media visualnya,” ujarnya.
Yildiz bimbang akan masa depan tradisi Mahya kerana tidak ramai anak muda yang ingin belajar untuk merangkai karya seni bersejarah bagi Turki tersebut.
“Saya berharap seni ini tidak akan pernah berakhir, ini adalah seni Ottoman berusia 400 tahun, dan merupakan penemuan Turki,” katanya.
#mahya #tradisiramadhan #RamadhandiTurki