[Global] Puluhan Ribu Warga Palestin Solat Tarawih di Masjidil Aqsa dengan Halangan dari Zionis
Konflik yang belum usai tidak menyurutkan warga Palestin untuk melaksanakan ibadah Ramadhan di Masjidil Aqsa, tempat suci ketiga di dunia bagi kaum muslim.
Sekitar 50 ribu jemaah memadati Masjidil Aqsa di Jerusalem Timur yang diduduki. Mereka melaksanakan ibadah solat Tarawih pada Khamis (21-3-2024), meskipun ada halangan dari Zionis.
Dalam pernyataan singkatnya, Jabatan Wakaf Islam di Jerusalem menyatakan, hampir 50,000 orang mengikuti solat Tarawih di Masjidil Aqsa menjelang Jumaat kedua di bulan Ramadhan. Sementara itu, sebagaimana disampaikan pejabat berita rasmi Palestin WAFA, pasukan Zionis menutup Jalan Al-Wad di Kota Tua Jerusalem, untuk menyekat jalan masuk ke masjid.
Sebelumnya, Kementerian Luar Negeri Palestin pada Khamis (14-3-2024) mengutuk keras Zionis kerana memasang penghalang besi di tiga gerbang masuk menuju Masjidil Aqsa di Jerusalem Timur yang diduduki.
Dalam kenyataan beliau, Kementerian Luar Negeri Palestin menyebut tindakan Zionis tersebut adalah usaha untuk mengubah realiti sejarah, hukum, dan politik Masjidil Aqsa.
Mereka menganggap pemasangan penghalang besi sebagai pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa dan hal yang pasti bahawa itu dilakukan Zionis sebagai bentuk pendudukan terhadap tempat ibadah.
Kementerian Luar Negeri Palestin meminta bantuan masyarakat sedunia untuk menghentikan pelanggaran Zionis terhadap Jerusalem dan tempat-tempat suci umat Kristian dan Muslim.
Selain itu, Hamas turut mengecam tindakan Zionis tersebut dan mengatakan hal itu adalah usaha keji untuk menghalang Jemaah untuk datang ke Masjidil Aqsa sepanjang Ramadhan.
Sementara itu, pada Khamis (14-3-2024), pihak polis Zionis mengatakan pihaknya telah memasang sesuatu untuk memperkuat kawalan mereka di gerbang menuju Masjidil Aqsa dan membantah memberikan penghalang di depan jemaah.
Zionis telah menghadkan jemaah Palestin masuk ke Masjidil Aqsa di tengah ketegangan yang meningkat di seluruh wilayah Tebing Barat yang diduduki.