Bukan Sekadar Boikot Biasa
Penulis: Asy-Syifa Ummu Shiddiq
Aksi pemboikotan produk Israel masih terus berjalan. Seiring dengan kedatangan bulan Ramadhan, “negara” Zionis itu berasa cemas kerana takut kurmanya tidak laku di pasaran.
Inilah kesan boikot umat Islam sebagai reaksi terhadap serangan mereka ke atas Palestin. Akibat tindakan ini, mereka menghentikan pengiklanan kurma Medjool bernilai USD550,000. (Kumparan, 3-3-2024).
Sehubungan dengan pemboikotan produk kurma Israel, Ketua Umum PBNU K.H. Yahya Cholil Staquf bersuara. Beliau menegaskan bahawa memboikot produk Israel sahaja tidak mencukupi. Walaupun ia memberi kesan kepada ekonomi mereka, namun ia tidak menghalang mereka daripada menyerang Palestin. Perlu ada usaha lebih besar daripada negara dunia untuk memaksa Israel menghentikan serangannya. (Berita TVOne, 9-3-2024).
Israel Palestin Hari Ini
Sebagaimana majoriti kaum muslim di belahan dunia lain, muslim di Palestin juga menjalankan ibadah puasa Ramadhan. Pada tarawih pertama bulan penuh berkat ini, seramai lebih kurang 35000 jemaah kaum muslim memenuhi Masjidil Aqsa. Mereka tetap bergembira menyambut bulan penuh keampunan.
Malangnya, tentera Zionis terus mengenakan sekatan ke atas umat Islam yang ingin menunaikan solat tarawih di masjid. Mereka melarang ratusan jemaah daripada memasuki kompleks Masjidil Aqsa. Tentera Laknatullah itu membelasah para jemaah yang cuba memasuki kompleks masjid. Mereka juga hanya membenarkan lelaki berumur 40 tahun ke atas dan wanita memasuki masjid. (Berita Tribun, 12-3-2024).
Sementara itu, keadaan di Palestin sangat tegang. Umat Islam di sana terpaksa menyambut Ramadhan di antara runtuhan bangunan, di khemah pelarian, di bawah ledakan bom yang datang dan pergi. Mereka terus mendengar letupan bom dan siren ambulans. Mereka juga sukar mencari juadah berbuka, kalaupun ada harganya melangit. (Viva, 13-3-2024).
Perlu Boikot Total
Sehingga kini, negara dunia hanya berani mengutuk kekejaman Israel. Mereka juga dengan lantangnya mencadangkan penyelesaian dua negara. Pertubuhan keamanan dunia, alias PBB, juga tidak dapat berkata-kata. Amarannya tidak mampu menghentikan tindakan Israel.
Kerana itu, seruan boikot akhirnya muncul di kalangan kaum muslim sebagai bentuk keprihatinan mereka terhadap penderitaan rakyat Palestin. Mereka hanya dapat melakukan tindakan tersebut kerana pemimpin di negara-negara muslim tidak berani bertindak tegas. Umat juga akhirnya melihat bahawa tidak ada negara yang mahu secara terang-terangan memusuhi Israel atau berada di pihak Palestin.
Sepatutnya, gesaan boikot produk Zionis bukan sahaja khusus kepada produk atau barangan kurma, tetapi termasuk idea-idea yang membuatkan negara-negara Islam terdiam apabila melihat Palestin diserang. Produk pemikiran yang dimaksudkan ialah nasionalisme, liberalisme, demokrasi dan kapitalisme termasuk induknya iaitu sekularisme. Alhasil, rakyat tidak boleh hanya melakukan tindakan boikot biasa.
Kita tidak boleh menafikan bahawa serangan ke atas Palestin bermula apabila PBB—termasuk Britain dan sekutunya—meluluskan pendudukan entiti Yahudi itu di Palestin. Daripada mereka, orang Yahudi mendapat bekalan senjata dan membina negara mereka di atas tanah para nabi.
Negara-negara itu juga yang telah menghancurkan Khilafah Uthmaniyyah melalui tangan Mustafa Ataturk. Mereka adalah negara yang memegang kapitalisme, meniupkan nasionalisme dan telah menyeludup masuk sistem demokrasi ke Negara-negara umat Islam sehingga ia terpecah-belah seperti sekarang. Kerana itu, sudah selayaknya produk pemikiran seperti ini juga turut diboikot.
Gunapakai Standard Islam
Kaum muslim di dunia, khususnya di negara-negara umat Islam perlu sedar bahawa hanya Islam yang dapat menyelamatkan Palestin. Palestin menjadi seperti sekarang sejak kaum muslim kehilangan perisainya (Khilafah). Jadi, untuk membebaskan Palestin, kita memerlukan perisai itu kembali dan ia hanya akan dapat diwujudkan jika umat Islam menyedari betapa pentingnya untuk bersatu di bawah bendera tauhid.
Untuk merealisasikan tujuan tersebut, kita wajib menyedarkan seluruh umat Islam bahawa Palestin memerlukan Khilafah. Caranya adalah dengan dakwah. Setiap Muslim yang mempunyai motivasi keimanan yang kuat dan menjadikankan ideologi Islam sebagai landasan perlu menyedarkan saudara seagama tentang kepentingan perisai ini. Inilah dakwah pemikiran, yang menjadikan akidah Islam sebagai landasan.
Dengan begitu, apabila umat telah ada kesedaran untuk bersatu, maka Khilafah akan terwujud dalam satu kepemimpinan. Itulah waktu yang tepat untuk menyelamatkan Palestin. Ini adalah kerana, hanya Khilafah yang boleh menjadikan Islam sebagai ideologi dan Khilafah jugalah yang dapat menyelamatkan Palestin. Wallahualam.