[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
IMAM AS-SUYUTHI HAIRAN ADA ORANG BELUM TAHU KHILAFAH AJARAN ISLAM , MASIH MEMPERTANYAKAN DALILNYA
AL IMAM JALALUDDIN AS SUYUTHI ASY SYAFI’I (W. 911 H)
Ada yang menarik dalam kitab Al Imam Jalaluddin As Suyuthi Asy Syafi’i (W. 911 H) berjudul Al-Inâfah fî Ratbatil Khilâfah ini. Perhatikan bahagian mukadimahnya, terkait jawapan beliau terhadap seorang tokoh ‘Ajam yang mempertanyakan dalil khilafah, yang kemudian melatarbelakangi penulisan kitab tersebut.
ودار البحث بيني وبينه في (أشياء)، فكان مما سألني عنه الخلافة هل لها أصل في الشرع (و) وردت بها الأحاديث أو هي أمر (عرفي) (اصطلح) عليه الناس؟ فقلت: سبحان الله ومثل هذا يجهل حتى يسئل عنه. الخلافة ركن عظيم من أركان الإسلام أكدها (الشرع) ووردت بها الأحاديث (والأخبار) (فسألني أن أجمع له ما ورد من ذلك) في مؤلف فجمعت له هذا الكتاب وسميته: الإنافة في (رتبة) الخلافة.
“Terjadilah diskusi antara kami berdua (Al Imam As Suyuthi dan seorang tokoh ‘Ajam) terkait banyak hal. Dan di antara yang dia tanyakan kepadaku adalah soal khilafah, apakah ia memiliki dasar di dalam syariat Islam dan dimuat di dalam hadis-hadis, ataukah ia sekadar tradisi yang dibuat oleh orang-orang?
Maka aku jawab: SubhanAllah, hal begini saja tidak tahu sampai ditanyakan!? Khilafah adalah sebuah ajaran pokok yang agung di antara ajaran-ajaran pokok di dalam Islam, yang telah ditegaskan oleh syarak dan dimuat oleh banyak hadis dan khabar. Lalu dia memintaku agar mengumpulkan untuknya apa saja riwayat tentang itu dalam sebuah kitab, maka aku kumpulkan untuknya dalam kitab ini dan kuberi nama: Al-Inâfah fî Ratbatil Khilâfah.”
Al-Inâfah fî Ratbatil Khilâfah*, karya Jalaluddin as Suyuthi.
______
*Kitab tersebut masih berupa manuskrip (makhthûth) belum kami temukan atau ketahui versi cetaknya. Adapun ibarot beliau di atas adalah hasil muqabalah (memperbandingkan) antara dua versi manuskrip berikut:
1. versi A
https://dorar.uqu.edu.sa/uquui/web/viewer.html?file=https://dorar.uqu.edu.sa/uquui/bitstream/20.500.12248/103809/1/b11850589_0.pdf
2. versi B
https://down.ketabpedia.com/…/ketabpedia.com-mmnw3095.zip
Bagi yang ingin mengakses manuskrip tersebut secara boleh mengunjungi Univ. Al-Qasimiyyah, Emiriah Arab Bersatu, di sini:
https://www.imh.ac.ae/manuscript/20191490/
tertulis di sana:
يمكنكم الاطلاع على المخطوط الأصلي عن طريق زيارة دار المخطوطات الإسلامية بالشارقة، وتقديم طلب للموظف المختص حيث تتوفر غرف خاصة لمطالعة المخطوط.
“Anda boleh melihat manuskrip aslinya dengan berkunjung langsung ke Darul Makhthuthat Al-Islamiyyah di Asy-Syariqah (UEA), dengan memintanya kepada petugas khusus di sana selagi ruang khusus untuk melihat manuskrip tersedia.”
————-
Faidah:
Maqalah dari Al Imam as Suyuthi tersebut semakin menegaskan bahawa Khilafah ajaran Islam. Bahkan beliau sebut di situ bahawa khilafah termasuk ruknun ‘azhim (ajaran pokok yang agung) dalam Islam. Kerana memang terkait dengan penerapan banyak sekali syariat-syariat yang ada dalam ajaran Islam.
(Ustaz Azizi Fathoni)