[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
SETUJU DENGAN AL-IMAM AL-QURTHUBI, AL-IMAM IBNU ‘ADIL AL-HAMBALI: AL-BAQARAH 30 DALIL BAGI WAJIBNYA MENGANGKAT KHALIFAH
AL-IMAM ABU HAFSH SIRAJUDDIN UMAR BIN ALI BIN ADIL AD-DIMASYQI AL-HAMBALI (W. 775 H)
menyatakan dalam kitab tafsir beliau, Al-Lubâb fî ‘Ulûm al-Kitâb:
ﻓﺼﻞ ﻓﻲ ﻭﺟﻮﺏ ﻧﺼﺐ ﺧﻠﻴﻔﺔ ﻟﻠﻨﺎﺱ
ﻫﺬﻩ اﻵﻳﺔ ﺩﻟﻴﻞ ﻋﻠﻰ ﻭﺟﻮﺏ ﻧﺼﺐ ﺇﻣﺎﻡ ﻭﺧﻠﻴﻔﺔ ﻳﺴﻤﻊ ﻟﻪ ﻭﻳﻄﺎﻉ، ﻟﺘﺠﺘﻤﻊ ﺑﻪ اﻟﻜﻠﻤﺔ، ﻭﺗﻨﻔﺬ ﺑﻪ ﺃﺣﻜﺎﻡ اﻟﺨﻠﻴﻔﺔ، ﻭﻻ ﺧﻼﻑ ﻓﻲ ﻭﺟﻮﺏ ﺫﻟﻚ ﺑﻴﻦ اﻷﺋﻤﺔ ﺇﻻ ﻣﺎ ﺭﻭﻱ ﻋﻦ اﻷﺻﻢ، ﻭﺃﺗﺒﺎﻋﻪ ﺃﻧﻬﺎ ﻏﻴﺮ ﻭاﺟﺒﺔ ﻓﻲ اﻟﺪﻳﻦ – ﻭﺃﻥ اﻷﻣﺔ ﻣﺘﻰ ﺃﻗﺎﻣﻮا ﺣﺠﺠﻬﻢ ﻭﺟﻬﺎﺩﻫﻢ، ﻭﺗﻨﺎﺻﻔﻮا ﻓﻴﻤﺎ ﺑﻴﻨﻬﻢ، ﻭﺑﺬﻟﻮا اﻟﺤﻖ ﻣﻦ ﺃﻧﻔﺴﻬﻢ، ﻭﻗﺴﻤﻮا اﻟﻐﻨﺎﺋﻢ ﻭاﻟﻔﻲء ﻭاﻟﺼﺪﻗﺎﺕ ﻋﻠﻰ ﺃﻫﻠﻬﺎ، ﻭﺃﻗﺎﻣﻮا اﻟﺤﺪﻭﺩ ﻋﻠﻰ ﻣﻦ ﻭﺟﺒﺖ ﻋﻠﻴﻪ، ﺃﺟﺰﺃﻫﻢ ﺫﻟﻚ، ﻭﻻ ﻳﺠﺐ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﺃﻥ ﻳﻨﺼﺒﻮا ﺇﻣﺎما ﻳﺘﻮﻟﻰ ﺫﻟﻚ.
“Pasal tentang wajibnya mengangkat seorang khalifah untuk kaum muslimin.
Ayat ini (al-baqarah 30) merupakan dalil bagi wajibnya mengangkat seorang imam/khalifah yang dipatuhi dan ditaati, demi agar kaum muslimin bersatu dan diterapkannya hukum-hukum (yang diadopsi dan diterapkan) khalifah. Tidak ada perbezaan pendapat tentang wajibnya hal tersebut di kalangan ulama, kecuali riwayat dari Al-Ashamm dan para pengikutnya yang berpendapat bahawa khilafah tidak wajib dalam agama. Dan bahawa umat apabila telah dapat melaksanakan haji serta jihad sendiri, berlaku adil di antara mereka, mengeluarkan harta wajib dari diri mereka, membahagi ghanimah serta fai’ dan harta zakat kepada yang berhak, menegakkan hudud atas siapa saja yang wajib menerimanya, maka hal tersebut sudah sah dan tidak wajib bagi mereka untuk mengangkat khalifah yang mengurusi hal tersebut.”
Ibnu Adil. Al-Lubâb fî ‘Ulûm al-Kitâb. (Beirut: Darul Kutubil Ilmiyyah) 1/501
————–
Faidah:
• Wajibnya khilafah berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ Sahabat, dan kaidah-kaidah. Diantara dalilnya dalam Al-Quran menurut sebahagian ulama Ahlussunah adalah Al-Baqarah 30.
• Tujuan diangkatnya khalifah adalah: persatuan umat Islam, dan diterapkannya hukum syarak serta kebijakan khalifah yang terikat dengannya.
• Tidak ada perbezaan pendapat tentang wajibnya mengangkat khalifah di kalangan para imam ulama Ahlussunah wal jama’ah
• Yang tidak mewajibkan khilafah (sebatas mubah/boleh) ada Al Ashamm serta para pengikutnya dari kelompok serpihan, Muktazilah. Namun walaupun tidak menganggapnya wajib, mereka mensyaratkan:
“bahawa umat apabila telah dapat melaksanakan haji serta jihad sendiri, berlaku adil di antara mereka, mengeluarkan harta wajib dari diri mereka, membahagi ghanimah serta fai’ dan harta zakat kepada yang berhak, menegakkan hudud atas siapa saja yang wajib menerimanya, maka hal tersebut sudah sah dan tidak wajib bagi mereka untuk mengangkat khalifah yang mengurusi hal tersebut.”
• Kebelakangan ini muncul pengikutnya pada masa kini yang lebih ekstrem lagi, yakni sampai melarang khilafah, bukan hanya sebatas membolehkannya. Maka berhati-hatilah!
(Ustaz Azizi Fathoni)