[Buletin Dakwah Kaffah] TAUBAT DARI KEZALIMAN
Ramadhan adalah bulan yang berlimpah keutamaan dari Allah SWT. Selain rahmat dan pahala yang berlipat kali ganda, Allah SWT juga memberikan limpahan kekeampunan kepada hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Kerana itulah Ramadhan juga disebut sebagai bulan kekeampunan (Syahrul-Maghfirah). Hendaklah setiap Muslim yang mengharapkan kekeampunan Allah SWT bersegera melaksanakan semua perintah-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya agar dia mendapatkan kekeampunan yang sempurna. Bukankah tidak ada satu pun manusia yang tidak terlepas dari dosa dan kesalahan?
Keampunan dan Pembebasan dari Neraka
Janji pengampunan dosa sepanjang Ramadhan disampaikan oleh Baginda Nabi saw. dalam sabda beliau:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Siapa sahaja yang berpuasa pada bulan Ramadhan semata-mata kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya pada masa lalu.” (HR al-Bukhari dan Muslim).
Bukan hanya memberikan keampunan, Allah SWT juga menjanjikan bagi hamba-hamba-Nya pembebasan dari azab neraka. Sabda Nabi saw.:
إِنَّ لِلهِ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ عُتَقَاءَ مِنَ النَّارِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ وَ إِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيُسْتَجَابُ لَهُ
“Sungguh pada setiap hari dan malam bulan Ramadhan ada orang-orang yang Allah bebaskan dari api neraka. Sungguh setiap Muslim yang berdoa akan Allah kabulkan doanya.” (HR Ahmad dan al-Bazzar).
Kerana itu rugilah bagi siapa sahaja yang memasuki Bulan Ramadhan tanpa mendapatkan keampunan Allah SWT. Hal ini sudah diperingatkan oleh Nabi saw. dalam sabda beliau:
قَالَ لِي جِبْرِيلُ: رَغِمَ أَنْفُ عَبْدٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ
Jibril as. berkata kepadaku, “Sungguh sangat rugi seseorang yang memasuki bulan Ramadhan, tetapi dosa-dosanya tidak diampuni.” Aku (Nabi saw.) pun mengucapkan, “Ya Allah, kabulkanlah.” (HR al-Bukhari).
Bukankah sesuatu yang menghairankan jika ada seorang Muslim yang memasuki Bulan Ramadhan, namun tidak mendapatkan keampunan Allah, apatah lagi jika malah menambah dosa?
Ada dua faktor mengapa seorang Muslim yang berpuasa justeru tidak mendapatkan keampunan:
- Pertama, kerana masih melakukan kemaksiatan. Nabi saw. bersabda:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Siapa sahaja yang tidak meninggalkan perkataan dan perilaku dusta, Allah tidak memerlukan usahanya dalam meninggalkan makan dan minumnya.” (HR al-Bukhari).
Yang termasuk dalam qawl az-zûr adalah berdusta, memanipulasi rakyat, tutur kata yang menyakiti orang lain dan berkhianat. Mereka yang berpuasa, tetapi tidak melepaskan lisan dan amal mereka dari tindakan seperti ini, tidak akan mendapatkan keampunan Allah SWT.
- Kedua, masih terus melakukan dosa-dosa besar. Hal ini kerana penghapusan dosa sepanjang bulan Ramadhan hanya berlaku pada selain dosa-dosa besar. Nabi saw. bersabda:
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
“Solat lima waktu, ibadah Jumaat yang satu dengan ibadah Jumaat berikutnya dan puasa Ramadhan yang satu dengan puasa Ramadhan berikutnya, itu semua merupakan penghapus dosa di antara keduanya sepanjang dosa-dosa besar dijauhi.” (HR Muslim).
Berkaitan dengan hadis di atas, Qadhi Iyadh mengatakan, “Yang dimaksud dalam hadis ini adalah keampunan atas dosa-dosa sepanjang dosa-dosa besar tidak dilakukan. Ini adalah pendapat Ahlus Sunnah. Adapun dosa-dosa besar hanya dapat dihapuskan dengan taubat atau (mendapatkan) rahmat Allah dan kurnia-Nya.” (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadzi, I/535, Maktabah Syamilah).
Adalah suatu yang keliru saat seorang Muslim mengharapkan keampunan Allah SWT, tetapi masih bergelumang dengan berbagai kemaksiatan yang tergolong dosa besar seperti memakan riba, melakukan rasuah dan berbagai kezaliman lain.
Kezaliman adalah Dosa Besar
Salah satu dosa besar yang diperingatkan dengan keras oleh Islam adalah perbuatan zalim. Allah SWT berfirman:
وَكَذٰلِكَ اَخۡذُ رَبِّكَ اِذَاۤ اَخَذَ الۡقُرٰى وَهِىَ ظَالِمَةٌؕ اِنَّ اَخۡذَهُ اَلِيۡمٌ شَدِيۡدٌ
“Begitulah seksa Tuhanmu jika Dia menyeksa (penduduk) negeri-negeri yang berbuat zalim. Sungguh seksa-Nya sangat pedih dan sangat berat.” (TMQ Hud [11]: 102).
Rasulullah saw. menyebutkan kezaliman akan berubah menjadi kegelapan bagi para pelakunya pada Hari Kiamat nanti. Sabda beliau:
إِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَـاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Sungguh kezaliman adalah kegelapan pada Hari Kiamat.” (HR al-Bukhari).
Kezaliman dalam segala bentuknya adalah haram. Islam telah memberikan perlindungan kepada setiap Muslim atas harta, darah dan jiwa mereka. Rasulullah saw. dalam Khutbah al-Wada’ menyampaikan:
إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هذَا فِي شَهْرِكُمْ هذَا فِي بَلَدِكُمْ هذَا
“Sungguh darah kalian, harta kalian dan kehormatan kalian haram atas kalian sebagaimana haramnya hari kalian ini, pada bulan kalian ini dan di negeri kalian ini.” (HR al-Bukhari dan Muslim).
Tidak ada yang dapat terlepas dari balasan Allah atas perbuatan zalim mereka di dunia. Nabi saw. sampai mengingatkan bahawa haiwan-haiwan sahaja diberi kesempatan untuk membalas perlakuan buruk yang mereka terima di dunia dari sesama binatang. Sabda Nabi saw.:
لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقيامَةِ حَتَّى يُقَادَ للشَّاةِ الْجَلْحَاء مِنَ الشَّاةِ الْقَرْنَاء
“Sungguh, pada Hari Kiamat nanti semua hak akan dikembalikan kepada pemiliknya. Bahkan kambing yang tak bertanduk diberi kesempatan untuk membalas kambing yang bertanduk,” (HR Muslim).
Oleh kerana itu manusia yang berbuat zalim sepanjang hidupnya tidak boleh merasa aman. Mereka tidak akan dapat terlepas dari hisab dan balasan Allah SWT pada Hari Kiamat. Rasulullah saw. menyebut para pelaku kezaliman yang tidak bertaubat sebagai manusia yang muflis. Sabda beliau: “Tahukah kalian, siapakah orang muflis itu?” Para Sahabat ra. menjawab, “Orang muflis menurut kami adalah orang yang tidak ada wang dan barang.” Beliau bersabda, “Sungguh orang muflis di kalangan umatku, (iaitu) orang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa (pahala) solat, puasa dan zakat. Namun, dia juga mencaci maki si ini, menuduh si itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini. Orang ini diberi sebahagian kebaikan-kebaikannya dan orang ini diberi sebahagian kebaikan-kebaikannya. Jika kebaikan-kebaikannya telah habis sebelum diselesaikan kewajipannya, kesalahan-kesalahan mereka diambil lalu ditimpakan kepada dirinya, kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Muslim, no. 2581).
Bahaya Kezaliman Penguasa
Kezaliman yang dilakukan penguasa jauh lebih berat lagi ancaman dan seksaannya kelak. Sebab, mereka sepatutnya menggunakan amanah kekuasaan yang mereka miliki untuk mengurus umat dengan syariah Islam. Sayangnya, umat justeru menyaksikan penguasa mengkhianati amanah kekuasaannya hanya untuk kepentingan oligarki. Sebaliknya, penguasa terus membebani rakyat melalui penarikan berbagai subsidi dan kenaikan cukai.
Sedang kekuasaan adalah amanah yang semestinya digunakan untuk memenuhi hak-hak rakyat dan berlaku adil kepada mereka. Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ
“Sungguh Allah menyuruh kalian memberikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, Allah pun menyuruh kalian, jika menetapkan hukum di antara manusia, agar kalian berlaku adil.” (TMQ an-Nisa’ [4]: 58).
Alhasil, kezaliman tidak dapat dihapus hanya dengan ibadah sepanjang bulan Ramadhan. Sebab, kezaliman merupakan dosa besar. Bahkan shaum para pelaku kezaliman boleh menjadi sia-sia jika mereka tidak menghentikan kezaliman mereka. Sabda Nabi saw.:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Siapa sahaja yang tidak meninggalkan perkataan dan perilaku dusta maka Allah tidak memerlukan usahanya dalam meninggalkan makan dan minumnya.” (HR al-Bukhari).
Menggugurkan dosa-dosa kezaliman juga tidak boleh dilakukan hanya sekadar dengan istighfar, melainkan wajib bertaubat dengan taubat nashûha. Caranya adalah dengan menarik semua kebijakan yang telah menzalimi rakyat, mengembalikan hak-hak rakyat yang telah teraniaya, lalu mengganti sistem yang berlaku dengan syariah Islam dalam institusi Khilafah Islamiyah. Tidak ada aturan yang menjamin keadilan bagi manusia dan menghilangkan berbagai kezaliman, kecuali hanya syariah Islam. Syariah Islam tentu tidak akan dapat dijalankan tanpa adanya institusi pelaksananya, yakni Khilafah Islam.
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
—*—
Hikmah:
Fudhail bin Iyadh rahimahulLâh berkata:
اِسْتِغْفَارٌ بِلاَ إِقْلاَعٍ تَوْبَةُ الْكَذَّابِيْنَ
“Istighfar tanpa melepaskan diri dari maksiat adalah pertaubatan para pendusta. (An-Nawawi, Al-Adzkâr, hlm. 349).
*Diterjemah dan diolah dari artikel asal
Sumber: https://buletinkaffah1.wordpress.com/2024/03/29/edisi-338-tobat-dari-kezaliman/
#taubatnasuha #muhasabahramadhan #penguasazalim #kezaliman