[KAPSUL SYAWAL] PELIHARA AURATMU DI HARI RAYA
Dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri, sebagai seorang muslimah, kita hendaklah menutup aurat apabila bertemu lelaki ajnabi sama ada di tempat khusus atau di tempat umum. Hal ini demikian kerana seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan telapak tangannya.
Perkara ini telah dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya seorang anak perempuan jika telah haid (baligh), tidak boleh terlihat dari dirinya kecuali wajah dan kedua tangannya hingga pergelangan tangan.” [HR Abu Dawud].
Selain itu, Allah SWT juga berfirman: “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” [TMQ an-Nur (24): 31].