Ramadhan Bulan Perjuangan
Oleh: K.H. Yasin Muthohar
Sungguh besar kurniaan yang Allah SWT. berikan kepada kita di bulan Ramadhan. Melalui Ramadhan, kita diajar untuk menguatkan iman dan hubungan dengan Allah Taala. Ketika Ramadhan juga kita semakin dekat dengan Pencipta kita. Merasai kenikmatan bermunajat dan berdoa kepada Allah, kenikmatan solat, sujud serta berzikir pada-Nya. Kerana itu, mereka yang berada dalam bulan Ramadhan, insya Allah akan meningkat keimanannya.
Hari ini kita dapat melihat keimanan kaum muslim meningkat, tetapi hanya kelihatan dalam urusan-urusan kerohanian, sedangkan pengaruh iman dan kedekatan kepada Allah tidak ada dalam aspek komuniti.
Jadi, keimanan hanya bersifat individual dalam hubungan komuniti antara kita dan sesama kita. Namun, dalam aspek sosial, politik, ekonomi, negara, perjuangan dan yang lain-lain tidak kelihatan.
Sesungguhnya, Ramadhan adalah bulan kemenangan buat umat Islam. Pada masa dahulu, umat Islam dapat meraih berbagai pencapaian besar saat Ramadhan seperti Perang Badar, Fathu Makkah, Perang Qadisiah, Perang Ain Jalut dan banyak lagi.
Kerana itu, Ramadhan merupakan bulan perjuangan. Sangat mengagungkan bagaimana kaum muslim dapat meraih kemenangan saat Ramadhan sedangkan mereka sedang lapar dan dahaga, fizikal mereka pula lemah kerana berpuasa. Ternyata mereka mendapatkan kekuatan kerana quwwah ruhiyah yang menjelma dalam perjuangan.
Kerana itu, ketika Ramadhanlah kita perlu mengecas keimanan agar ia menjadi kekuatan ruhiyah. Bukan hanya untuk berpuasa, zikir atau ibadah lain, tetapi khusus buat perjuangan menyerukan persatuan dan kesatuan umat Islam untuk menegakkan Khilafah, menyeru pada kepemimpinan Islam yang akan menjadi rahmat buat sekalian alam serta menyeru pada kepemimpinan yang akan membela umat manusia yang dizalimi.
Semoga Ramadhan yang kita jalani hari ini dapat menghimpun kekuatan besar dalam kehidupan umat Islam iaitu kekuatan ruhiyah yang akan digunakan sebagai tenaga dalam perjuangan membela dan menegakkan agama Allah. Wallahualam.
#ramadhanbulanperjuangan