[KAPSUL SYAWAL] Kesatuan dan Kemenangan Umat Islam di Aidilfitri
“AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR”
Kesatuan masyarakat Islam bukan hanya dengan ziarah-menziarahi sanak saudara sahaja, bahkan saling nasihat menasihati, melakukan amar makruf nahi mungkar juga adalah intipati penting dalam masyarakat.
Rasulullah telah memberikan satu perumpamaan yang mudah difahami:
Perumpamaan orang-orang yang mencegah perbuatan maksiat dan yang melanggarnya adalah seperti penumpang di sebuah kapal. Separuh dari mereka berada di bahagian atas dan separuh lagi di bahagian bawah. Jika orang-orang yang berada di bawah memerlukan air, mereka perlu melalui (menyusahkan) orang-orang yang berada di atasnya. Kerana itu, mereka mengambil kapak dan membuat lubang di bahagian bawah kapal. Kemudian orang-orang di bahagian atas menegur mereka dengan berkata, “Apa yang engkau lakukan?” “Aku menyusahkan kalian, sementara aku memerlukan air.” Jika orang-orang yang berada di atas bertindak (untuk mencegahnya), maka hal itu akan menyelamatkannya dan menyelamatkan mereka semuanya. Tetapi jika mereka membiarkan tindakan tersebut, maka mereka akan mencelakakannya dan mencelakakan mereka semuanya. (HR Bukhari )
Rasullullah memberikan perumpamaan bahawa keadaan masyarakat muslim serupa dengan rombongan orang yang baik sebuah kapal dimana perbuatan salah yang dilakukan oleh anggota rombongan boleh mempengaruhi anggota rombongan yang lain. Hadis ini menunjukkan bahawa Islam memandang masyarakat sebagai institusi yang perlu dipelihara oleh setiap anggotanya. Masing-masing anggota masyarakat perlu bertanggungjawab memelihara urusan orang ramai.
Dengan mengikuti perumpamaan mencegah kemungkaran masyarakat yang Rasulullah tekankan, hukum Syariah dan pemerintahan Islam pasti terlaksana dengan izin Allah. Semoga dengan kesedaran ini, kesatuan Umat Islam satu dunia tercapai di bawah Negara Islam.