[Soal-Jawab] Bagaimana Mengembalikan Khilafah?
Oleh: K.H. Hafidz Abdurrahman, M.A.
Soalan:
Setelah 100 tahun keruntuhan Khilafah, Khilafah belum tegak kembali, padahal berbagai usaha dan perjuangan untuk mengembalikan Khilafah telah dilakukan terus-menerus. Apakah caranya salah sehingga tidak kunjung tegak? Ataukah kerana faktor lain? Bagaimana sebetulnya cara mengembalikan Khilafah yang benar?
Jawapan:
Untuk menjawab pertanyaan ini, pertama-tama perlu disedari dan diyakini bahawa Khilafah adalah bahagian yang tidak terpisahkan dari Islam. Esensi/Inti dan keberadaannya telah dinyatakan dalam nas-nas syariat. Oleh kerana itu, Khilafah ini merupakan urusan Allah. Bila, di mana, dan melalui tangan siapa Khilafah ini akan tegak kembali memang tidak ada yang tahu kerana ini bahagian dari ilmu Allah. Namun, yang pasti Allah telah berjanji bahawa Khilafah akan kembali.
Allah, misalnya, berfirman dalam Al-Quran, “Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh di antara kalian bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa; akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Dia redhai untuk mereka; dan akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku tanpa mempersekutukan apa pun dengan Aku. Siapa saja yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, mereka itulah orang-orang yang fasik.” (TMQ An-Nur [24]: 55).
Allah SWT juga berfirman, “Dialah Yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk Dia menangkan atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.” (TMQ At-Taubah [9]: 33).
Ayat ini diulang sebanyak tiga kali di dalam Al-Quran dengan pengakhiran yang berbeza .
Pertama, surah At-Taubah ayat 33. Kedua, surah Al-Fath ayat 28. Ketiga, surah Ash-Shaff ayat 9. Semuanya menyatakan dengan redaksi, “Dialah Yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk Dia menangkan atas segala agama.” (TMQ At-Taubah [9]: 33; TMQ Al-Fath [48]: 28; dan TMQ Ash-Shaff [61]: 9).
Islam telah memenangkan pertarungan dengan seluruh agama, baik Yahudi, Nasrani, mahupun paganisme pada masa lalu. Namun, Islam belum memenangkan pertarungan dengan ideologi kapitalisme dan sosialisme yang lahir setelah kemunduran Khilafah Uthmaniyah hingga kejatuhannya pada 3 Mac 1924 M, pada abad 20 yang lalu. Oleh kerana itu, ayat ini juga boleh dimaksudkan sebagai janji Allah yang akan memenangkan Islam atas berbagai ideologi yang ada saat ini.
Oleh kerana itu, dari keempat ayat di atas, boleh difahami dan diyakini bahawa kemenangan Islam atas seluruh agama dan ideologi sebagaimana pada zaman Nabi SAW. Islam dimenangkan atas seluruh agama, memerlukan negara. Oleh kerana itu, janji yang kedua ini pun sama. Ini sekaligus janji akan kembalinya Negara Islam (Khilafah) yang minhaj (thariiqah)nya sama dengan minhaj Nabi SAW ketika dimenangkan oleh Allah.
Janji ini ditegaskan oleh Nabi SAW, “Ada di tengah-tengah kalian masa kenabian dan akan terus ada sesuai kehendak Allah. Lalu Dia mengakhiri masa itu jika Dia berkehendak untuk mengakhirinya. Kemudian ada Khilafah yang mengikuti minhaj Kenabian dan akan terus ada sesuai kehendak Allah. Lalu Dia mengakhiri masa itu jika Allah berkehendak mengakhirinya. Kemudian ada kekuasaan yang menggigit (mulk[an] ‘âdhdh[an]) dan akan terus ada sesuai kehendak Allah. Lalu Dia mengakhiri masa itu jika Dia berkehendak mengakhirinya. Kemudian ada kekuasaan diktator (mulk[an] jabriyyat[an]) dan akan terus ada sesuai kehendak Allah. Lalu Dia mengakhiri masa itu jika Dia berkehendak mengakhirinya. Kemudian ada Khilafah yang mengikuti minhaj kenabian.” Kemudian baginda SAW diam. (HR Ahmad).
Hadis ini dengan tegas menyatakan bahawa setelah berakhirnya era kekuasaan para penguasa diktator maka Khilafah yang mengikuti minhaj kenabian itu akan kembali. Para ulama menyatakan, era kenabian adalah era Nabi Muhammad SAW. Adapun era Khilafah yang mengikuti minhaj Kenabian yang pertama adalah era khulafaurasyidin, iaitu Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, dan al-Hasan bin ‘Ali.
Setelah itu, era mulk[an] ‘âdhdh[an] (penguasa yang menggigit). Ini kiasan. Ertinya, para penguasa itu tidak ingin melepaskan kekuasaannya kepada yang lain, selain anak dan kerabatnya. Ini dimulai sejak Mu’awiyah bin Abi Sufyan, iaitu Khilafah Bani Umayyah, Bani ‘Abbasiyyah hingga Khilafah ‘Uthmaniya yang runtuh 3 Mac 1924 M.
Setelah itu, bermulalah era mulkan jabriyyat[an]. Ini juga kiasan. Disebut jabriyyah, kerana penguasa dan sistem yang diterapkan di tengah kaum muslim bukanlah penguasa dan sistem yang sesuai dengan keyakinan mereka. Era ini berlangsung sampai hari ini.
Setelah era ini, Nabi SAW memberikan khabar gembira (busyra) tentang akan kembalinya Khilafah yang mengikuti minhaj Kenabian.
Oleh kerana itu, kembalinya Khilafah jelas merupakan janji Allah dan khabar gembira dari Rasulullah SAW. Apa yang Allah janjikan dan apa yang dikhabarkan oleh Nabi SAW pasti akan terjadi. Masalahnya, bila, di mana, dan melalui tangan siapa? Inilah yang masih misteri. Ini merupakan masalah ghaib. Tugas dan kewajipan kita hanya melakukan ikhtiar terbaik untuk mewujudkan kembali Khilafah itu.
Hukum mengembalikan Khilafah ini adalah fardhu kifayah. Fardhu kifayah ini bisa dibezakan menjadi dua level. Di level pertama adalah ahlu an-nushrah yang memiliki kekuasaan langsung, yang boleh digunakan menopang dan menjaga eksistensi Khilafah. Setelah itu, ahli politik, pemikir, dan mujtahid yang mampu merumuskan master plan dan road map untuk mewujudkan kembali Khilafah dari yang tidak ada menjadi ada kembali, termasuk menjawab cabaran moden.
Level kedua adalah kaum muslim yang bukan pada level pertama, tetapi mampu mendorong dan mewujudkan kelompok yang pertama.
Pada level pertama, Al-‘Allamah al-Qadhi Muhammad Taqiyuddin an-Nabhani sebagai mujtahid, pemikir, dan ahli politik ulung telah berjaya merumuskan masterplan dan road map untuk mewujudkan kembali Khilafah. Beliau juga mendirikan sebuah parti ideologis bernama حزب التحرير sebagai satu-satunya parti politik internasional terbesar dan terkuat saat ini untuk melaksanakan kewajipan tersebut. Aktiviti dan anggotanya tersebar di lebih dari 50 negara, baik di negara muslim mahupun negara non-muslim. Di semua negara itu visi, misi, tujuan, tsaqafah, dan aktivitinya sama. Hanya saja, sampai saat ini parti belum mendapatkan nushrah dari ahlu an-nushrah yang memiliki kekuasaan langsung.
Ini tentu bukan kelemahan, apalagi kesalahan, baik yang terkait dengan fikrah mahupun thariqah-nya. Sebabnya, parti telah terus-menerus melakukan koreksi (muhasabah/teguran dan kritikan) terhadap berbagai hal yang boleh merosakkan kebersihan (naqa’) dan kejernihan (shafa’) pemikiran, perundangan, pandangan dan metodenya. Dengan demikian semuanya ini kembali kepada Allah, sebagai satu-satunya.
Selain itu, Allah telah menetapkan ajal (tempoh waktu) bagi setiap umat. Amerika Syarikat, Britain, Perancis, China, Rusia, Jerman, dan lain-lain mempunyai ajal yang tidak boleh dielakkan. Makin ke sini, ajal mereka makin dekat. Allah SWT berfirman, “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Jika telah datang batas waktunya, mereka tidak dapat mengundurkan batas waktu tersebut barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (TMQ Al-A’raf [7]: 34).
Hanya saja, di sebalik tertundanya pertolongan Allah ada hikmah yang indah yang hanya Allah Yang Maha Tahu. Kewajipan kita adalah menyiapkan dan melayakkan diri agar kita dipilih oleh Allah sebagai hamba-Nya yang berhak mendapatkan pertolongan-Nya. Selain hukum sebab-akibat yang perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya, kita juga hendaklah membersihkan hati kita dari bersandar dan berharap kepada yang lain, selain Allah, sebagai satu-satunya Yang Maha Pemberi pertolongan.
“Allah tidak menjadikan hal itu melainkan sebagai khabar gembira dan agar hati kalian menjadi tenteram kerananya. Kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (TMQ Al-Anfal [8]: 10).
Oleh kerana itu, kewajipan kita adalah terus menguatkan keyakinan dan berjuang semata-sama kerana Allah, tanpa lelah. Bersabar di jalan dakwah, sebagaimana kesabaran Nabi SAW dan para sahabat, sampai Allah memenangkan urusan-Nya melalui tangan-tangan mereka. Wallahualam bissawab.
Sumber artikel: Al-Wa’ie Edisi 8 April 2024