Pasca-Ramadhan, Remaja Muslim Perlu Istiqamah dalam Ketaatan
Penulis: Nabila Ummu Anas
Allah SWT berfirman,“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (TMQ Al-Baqarah: 183).
Sepanjang sebulan menjalankan ibadah ketika Ramadhan, sepatutnya perubahan ke arah yang lebih baik terjadi pada diri setiap muslim, termasuk remaja. Solat berjemaah, berbahagi kepada sesama, dan membaca Al-Quran perlu menjadi kebiasaan baik remaja. Tentu ini semua akan membuat remaja makin dekat dengan Allah SWT dan takut berbuat maksiat lagi. Suasana dan keadaan ketika Ramadhan memang sangat kondusif bagi setiap muslim untuk lebih banyak mengingat Allah dengan melakukan berbagai amal soleh. Oleh sebab itu, keluarga muslim hendaklah berusaha agar kebiasaan taat ini terus terealisasi walaupun Ramadhan telah berlalu.
Pertahankan Kebiasaan Taat
Kebiasaan taat pada remaja tatkala Ramadhan mestilah tetap dilaksanakan walaupun Ramadhan telah pergi. Hal ini memerlukan pengawalan, sekaligus contoh dari ibu bapa, juga masyarakat sekitar. Solat berjemaah di masjid, tadarus Al-Quran, dan berbagi makanan kepada fakir miskin adalah amal sosial yang jika dilakukan bersama-sama akan membuat remaja terbiasa dekat dengan Islam.
Begitu pula dengan amal puasa, masih ada puasa sunat yang dianjurkan untuk dikerjakan oleh setiap muslim selepas Ramadhan. Hakikatnya, puasa adalah menahan diri dari makan, minum, dan hal-hal yang dapat membatalkan puasa. Selepas Ramadhan, bukan bererti kita bebas dari menahan hawa nafsu. Berbagai keinginan yang berasal dari hawa nafsu tetap perlu dikendalikan dan tidak selalu perlu dipenuhi. Pengendalian hawa nafsu ini boleh dilakukan dengan lebih banyak taqarrub, di antaranya dengan puasa sunat. Keluarga muslim sebaiknya membiasakan puasa sunat ini pada setiap anggota keluarganya, termasuk pada remaja.
Mengkaji Islam bersama Teman-Teman Solehah
Circle pertemanan sangat berpengaruh pada diri remaja. Jika selama Ramadhan mereka sudah berteman dengan orang-orang yang rajin solat berjemaah di masjid, rajin membaca Al-Quran, dan gemar berinfak, pertemanan seperti ini perlu dipertahankan.
Perkuatkan lagi pemahaman remaja dengan mengajak mereka mengkaji Islam kaffah bersama. Dengan demikian, pemahaman Islam yang diperoleh remaja tidak sebatas ibadah ritual saja, tetapi pemahaman tentang Islam secara menyeluruh. Ini kerana Islam memang tidak sebatas ibadah mahdhah saja. Akan tetapi, Islam adalah aturan dari Allah yang akan menjadi peta jalan hidup setiap muslim, bahkan masyarakat dan negara.
Pemahaman Islam kaffah ini akan makin memperbaiki diri remaja muslim. Mereka akan berusaha menerapkan dalam dirinya sehingga terwujud peribadi remaja yang bertakwa. Jika aturan Islam tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh remaja muslim, mereka perlu difahamkan dan diajak memperjuangkannya hingga Islam hadir dalam kehidupan ini. Memperjuangkannya tentu saja dengan melaksanakan amal dakwah.
Bersinergi dengan Potensi Remaja dalam Dakwah
Rasulullah SAW perlu menjadi teladan bagi kaum muslim dalam melakukan amal dakwah. Langkah dakwah Rasulullah SAW perlu difahami oleh keluarga muslim kerana kita wajib mengikutinya. Zaman boleh berbeza, tetapi persoalan kehidupan manusia pada hakikatnya sama, iaitu pemenuhan fitrah lahiriahnya berupa keperluan jasmani dan naluri. Semuanya perlu sesuai tuntunan Islam, bukan berdasarkan arahan kapitalisme sekular.
Era digital hari ini sangat melekat dengan kehidupan remaja. Arahkan remaja agar gadget-nya menjadi media penyampai risalah Islam di dunia nyata, mahupun ruang maya. Jangan sampai kemudahan gadget yang disediakan ibu bapa membuat remaja mensia-siakan waktu, pemikiran, dan masa mudanya.
Remaja muslim adalah generasi muda umat muslim yang perlu dilindungi berbagai potensi yang dimilikinya dari terkaman kapitalisme sekular dengan berbagai wajah manisnya, baik moderasi beragama, hedonisme, dan sebagainya.
Ibu bapa dan keluarga hendaklah merangkul fizikal dan mental remaja muslim. Dengan demikian, akan terang dan jelas bagi mereka visi hidup dan langkah pemerkasaan potensi mereka dalam dakwah Islam kaffah. Awali dengan pembinaan untuk menguatkan akidah dan ketaatan mereka sesuai syariat Allah Taala. Kemudian, dakwahkan Islam kaffah yang sudah difahami bersama remaja. Dakwah boleh dilakukan secara langsung dengan secara berhadapan, mahupun dengan membuat berbagai konten kreatif di dunia maya.
Sinergi dakwah yang tulus dari ibu bapa dan keluarga kepada remaja muslim akan membawa mereka meraih kemudahan menggenggam dunia ini sebagai sarana yang akan melancarkan jalan menuju syurga Allah Taala. Semua berjuang bersama mengembalikan Islam kaffah dalam kehidupan guna meraih kebahagiaan yang sesungguhnya di akhirat kelak. Wallahualam.
Sumber: MNews/YG