[Global] Pemerhati: Perang Mengakibatkan Penderitaan bagi Kaum Perempuan dan Kanak-kanak
Sejak 15 April 2023, pertempuran antara Angkatan Bersenjata Sudan dan RSF telah mengakibatkan kematian sekurangnya 14,600 orang. Lebih dari 19 juta kanak-kanak tidak dapat bersekolah. Satu situasi yang disebut oleh UNICEF sebagai krisis pelarian kanak-kanak terbesar di dunia dan telah menimbulkan banyak korban jiwa bagi kaum perempuan, dewasa mahupun kanak-kanak.
Lebih menyedihkan lagi, di antara pelarian tersebut, ada kaum perempuan dan kanak-kanak perempuan yang hamil disebabkan pelecehan seksual. Bahkan, jumlah orang yang memerlukan rawatan akibat keganasan berasaskan gender di Sudan mencapai 4.2 juta orang sejak bermulanya perang. Jumlah tersebut dijangkakan akan mencapai 6.9 juta pada 2024.
Menurut program PBB, usaha mewujudkan perdamaian memerlukan penyertaan kaum perempuan. Hanin Ahmed, seorang aktivis muda yang mendirikan program bilik kecemasan di Kota Omdurman, berkomentar, “Sayangnya, kaum perempuan sama sekali tidak dilibatkan dalam proses negosiasi mengenai akses kemanusiaan,” ujarnya.
Beliau menyebut bahawa kaum perempuan Sudan juga menghadapi cabaran kemanusiaan terburuk di dunia. “Kami telah melihat para penyelidik mengatakan bahawa jika ada kaum perempuan di meja perundingan, maka akan ada proses perdamaian yang lebih mampan,” katanya.
Namun, beliau merasa kesal kerana tidak ada yang menambil berat akan hal ini. “Tidak ada seorang pun yang tertarik untuk mengajak kaum wanita ke meja perundingan,” ujarnya lagi.
UNICEF sendiri menganggarkan sekurang-kurangnya 17,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza Palestin hidup sendirian atau terpisah dari ibu bapanya akibat perang.
Mengakibatkan Penderitaan
Menyoroti hal di atas, pemerhati politik Fatma Sunardi menegaskan bahawa konflik dan perang telah mengakibatkan penderitaan.
“Konflik dan perang telah mengakibatkan penderitaan bagi semua. Kaum perempuan, khususnya, mengalami berbagai hal, bermula dengan keganasan fizikal, pelecehan dan keganasan seksual, hingga terpaksa kehilangan anak-anaknya,” ungkapnya kepada MNews, Khamis (18-4-2024).
Beliau menambahkan, menurut data UN Women (Badan PBB untuk Kesetaraan Gender dan Pemerkasaan Wanita), pada 2022, ada lebih dari 600 juta kaum wanita dan kanak-kanak perempuan tinggal di negara-negara yang ditimpa kesan konflik. Jumlah ini meningkat 50% sejak 2017.
“Kita harus mengatakan bahawa dunia makin tidak aman bagi kaum wanita dan kanak-kanak,” ujarnya sayu.
Beliau juga merasa kesal kerana dunia seakan tidak peduli. Ini kerana, di tengah-tengah tuntutan kemanusiaan yang tinggi untuk membantu mangsa di wilayah konflik, negara-negara di dunia sebaliknya meningkatkan perbelanjaan militer yang melebihi USD2.2 trilion pada 2022.
“Ini bermakna, jangankan berusaha menyelesaikan konflik, mereka seakan makin bersiap untuk berkonflik. Laungan perdamaian dan perlindungan terhadap keselamatan manusia telah diabaikan,” tuturnya kesal.
Dampak Besar
Dalam penilaiannya, dampak konflik pada kaum perempuan dan kanak-kanak sungguh sangat besar sebab mereka adalah kelompok yang mesti dilindungi kerana merupakan masa depan dunia.
“Sayangnya, UN Women hanya menarasikan penderitaan kaum perempuan di wilayah konflik untuk menguatkan agenda hegemoni mereka, yakni penguatan hak asasi manusia dan hak-hak wanita,” kritiknya.
Resolusi DK PBB 1325 (2000) tentang women, peace, and security, selanjutnya, menjadi dalil akan peranan wanita dalam perdamaian dan keamanan. Beliau mengatakan bahawa Resolusi DK PBB ini telah menjadi kenderaan untuk menguatkan gender dan hak asasi manusia melalui isu kaum perempuan dan konflik.
“Mereka bernarasi kaum perempuan mempunyai hak asasi untuk terlibat dalam proses pengambilan keputusan yang berdampak pada mereka. Namun, keterlibatan perempuan dalam proses perdamaian juga merupakan keperluan strategik kerana menambahkan perspektif yang lebih luas dapat menghasilkan perdamaian yang lebih mampan,” lanjutnya.
Secara fakta, narasi ini tidak menghasilkan apa-apa bagi perdamaian dunia. Hal ini, jelas beliau, kerana perdamaian dunia sebenarnya hanya slogan untuk menutup realiti persaingan negara-negara adidaya dalam berebut pengaruh politik dan kekayaan alam.
“Kaum perempuan perlu sedar, bahkan di wilayah konflik dan perang pun keadaan mereka telah dimanfaatkan untuk kepentingan hegemoni negara-negara besar dalam usaha konstruksi sosial versi kapitalisme dengan nilai-nilai hak asasi manusia mereka,” tegasnya.
Beliau menegaskan lagi, idea perdamaian dan penyertaan kaum perempuan dalam proses perdamaian hanya racun berbalut madu untuk menutupi dosa-dosa dan kerakusan negara-negara adidaya. Akibatnya, konflik terus dipertahankan di negeri-negeri muslim yang kaya akan sumber daya alam.
Beliau turut berharap agar kaum perempuan, khususnya muslimah, untuk tidak percaya pada badan-badan antarabangsa dan agenda mereka.
Pandangan Syariat
Beliau juga meyakini bahawa perdamaian dan keamanan di negeri-negeri muslim hanya akan terwujud tatkala sistem Islam (Khilafah) tegak.
“Ini kerana hanya Islam yang memiliki nilai perlindungan terhadap darah umat dan juga darah manusia secara keseluruhan,” jelasnya sembari mengutip firman Allah Swt. dalam surah Al-Baqarah ayat 179, “Dan dalam qishos itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagi kalian.”
Dalam Islam, tambah beliau, nyawa manusia begitu berharga sehingga manusia tidak memiliki hak untuk menghilangkan nyawa manusia lain dan hanya Allah yang berhak mengambil nyawa seseorang dengan syariat-Nya.
“Oleh kerana itu, hakikat jihad adalah mencegah tersia-sianya nyawa manusia dalam peperangan tanpa aturan,” tegasnya.
Syariat jihad, sambungnya, menetapkan definisi, tujuan, dan tatacara peperangan yang bermartabat hingga menghindarkan dari kezaliman perang disebabkan hawa nafsu.
“Jihad adalah perang untuk menegakkan kalimat tauhid demi membebaskan manusia dari belenggu peradaban kufur yang merendahkan manusia,” jelasnya.
Syariat juga mengatur aktiviti perang, di antaranya melarang membunuh kaum perempuan dan kanak-kanak, sebagaimana termaktub dalam hadis riwayat Bukhari No. 3015 dan Muslim No. 1744.
Beliau kemudian menyampaikan hadis Rasulullah SAW berdasarkan Riwayat Abu Dawud, “Pergilah kalian dengan nama Allah, dan atas agama Rasulullah, jangan kalian membunuh orang tua yang sudah tidak berdaya, anak kecil dan orang perempuan, dan janganlah kalian berkhianat, kumpulkan ganimah-ganimahmu, dan berbuatlah maslahat, serta berbuatlah yang baik, kerana sesungguhnya Allah senang kepada orang-orang yang berbuat baik.”
Beliau turut menambahkan, syariat juga melarang membunuh para biarawan, membunuh orang yang sedang beribadah, ataupun menghancurkan bangunan dan prasarana awam.
“Konflik dan peperangan yang terjadi hari ini adalah potret buruk peradaban kapitalisme yang penuh persaingan dengan mengorbankan kaum perempuan dan kanak-kanak. Masihkah kita berharap pada kapitalisme?” tanya beliau secara retorik.
Sumber: MNews/IA