Aktivis: Bila Umat Islam Akan Berhenti Bergantung pada Barat dan PBB?
Reuters (19-4-2024) memberitakan bahawa Amerika Syarikat (AS) secara efektif menghentikan PBB untuk mengiktiraf Palestin dengan memberikan hak veto di Dewan Keamanan untuk menolak keanggotaan penuh Palestin dalam badan dunia tersebut, pada Khamis (18-4-2024).
Menanggapi sikap AS tersebut, aktivis muslim Dr. Abdullah Robin mempersoalkan, “Bila kebebasan kaum muslim berhenti dari kebergantungannya kepada Barat dan PBB?” soal beliau dalam sebuah media ideologis antarabangsa, Selasa (23-4-2024).
Beliau menzahirkan rasa kesalnya dek kerana hilangnya kebebasan kaum muslim saat ini, sedangkan AS atau tentera bayarannya—seperti Negara Zion*s—sebaliknya memiliki kebebasan untuk menyerang secara militer di bahagian mana pun di dunia muslim yang mereka inginkan.
“Mereka bahkan membentuk kurikulum pendidikan, undang-undang, dasar ekonomi dan pemerintahan, di negara-negara muslim yang jauh lebih besar dan lebih kaya sumber dayanya dibandingkan tanah jajahan yang diimpikan menjadi Negara Palestin,” ujarnya.
Jika hal itu terjadi, lanjutnya, negara tersebut akan `tertawan‘ oleh keinginan para kolonialis seperti halnya negara-negara gagal yang mengelilinginya.
“Apalagi wakil Duta Besar AS untuk PBB Robert Wood menjelaskan kedudukan AS dengan kata-kata berikut, ‘Amerika Syarikat terus mendukung solusi dua negara. Pemungutan suara ini tidak mencerminkan penolakan terhadap Negara Palestin, tetapi merupakan pengakuan bahawa hal itu hanya terwujud dari perundingan langsung antara pihak terkait,’” komen beliau.
Pernyataan ini menurutnya bermaksud menahan hak masyarakat yang tertindas dan diusir, sehinggalah merampas kekuasaan disetujui.
Anti-Semitism
Tiga hari sebelumnya, Dewan Perwakilan AS memutuskan bahawa slogan “From the river to the sea, Palestine will be free” (Dari sungai hingga laut, Palestin akan merdeka) yang merupakan slogan perjuangan kemerdekaan Palestin, bersifat anti-semitisme dan penggunaannya harus dikecam. Terdapat 377 suara mendukung dan hanya 44 suara menolak.
Sangkalan tersebut, menurutnya, terjadi ketika AS mendukung negara Zion*s dalam pemusnahan genosid terhadap segala bentuk kehidupan penduduk Palestin di Gaza.
“Secara dangkal, pengakuan penuh terhadap negara Palestin mungkin tampak penting kerana hal ini akan menimbulkan hambatan secara perundangan bagi negara Zion*s dalam melakukan kempen brutal dan mematikan di Gaza dan Tebing Barat,” jelasnya.
Namun, ujarnya, perlindungan undang-undang apa pun atas status kenegaraan hanya akan memberikan sedikit perlindungan bagi mereka yang berada di Tebing Barat dan Gaza.
“Hal ini kerana Negara Zion*s sangat berharga bagi negara-negara kapitalis yang dipimpin oleh AS, dan hal ini akan menjadikan apa yang disebut sebagai undang-undang antarabangsa tidak sah. Ini mencitrakan anggapan bahawa AS berada di atas perundangan bila-bila masa pun mereka mahu,” jelasnya.
Adapun slogan tadi, beliau menegaskan perlu ditolak juga oleh umat Islam kerana hanya khayalan yang menipu dan makin mengakarkan pelanggaran keji yang dilakukan oleh kekuatan kolonial terhadap dunia Islam setelah hancurnya Kekhalifahan Uthmaniyah.
Kenegaraan yang dibicarakan di PBB pun, sambung beliau, adalah dalam kerangka Perjanjian Sykes-Picot antara penjajah untuk mencapai tujuan mereka sendiri dan untuk menindas konsep Khilafah.
“Jika umat Islam tidak berani menuntut pembebasan dari kolonialisme di seluruh negeri Islam dan penghapusan sempadan antara umat Islam yang dibuat oleh penjajah, maka tidak ada satu pun Palestin atau negeri Islam lainnya yang akan merdeka,” tegas beliau Dewan Perwakilan AS memutuskan bahawa slogan itu.
Sumber: MNews/AH