Houthi dan Perang Gaza: Kekuatan dari Kertas dan Propaganda Media!
Lebih dari lapan puluh hari telah berlalu sejak bermulanya Taufan Al-Aqsa. Hanya dalam minggu-minggu pertama atau bahkan hari-hari pertama saja taufan ini telah mampu menyingkap penguasa Muslim dan mengungkap sikap mereka yang begitu memalukan.
Para penguasa terbahagi menjadi dua kelompok:
Pertama, kelompok yang secara terang-terangan menyatakan dukungannya terhadap entiti Yahudi. Di peringkat Yaman, Dewan Al-Alimi, pasukan Pantai Barat yang berafiliasi dengan Tareq Saleh, anak saudara mantan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, dan Majlis Transisi. Sikap mereka begitu memalukan dan identik dengan apa yang dilakukan entiti Yahudi. Adapun di peringkat regional, iaitu Mesir, Jordan, Turki, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, dan negara-negara Teluk lainnya, bahkan semua penguasa Muslim yang perbuatannya terdedah kepada awam (publik) hingga terlihat oleh semua orang bahkan yang buta sekalipun. Oleh sebab itu, kita tidak perlu menjelaskan dan membongkar lagi sikap mereka, kerana matahari tidak dapat tertutup oleh saringan. Ini terkait dengan sikap kelompok pertama dari para penguasa negeri-negeri kaum Muslim.
Kedua, kelompok yang menamakan dirinya sebagai “paksi perlawanan dan pencegahan” demi mendapatkan simpati opini umum (awam/publik), sementara semua tindakannya hanyalah kekuatan dari kertas dan propaganda media semata. Kelompok ini dipimpin oleh Iran yang menjadikan isu Palestin sebagai hujung tombak untuk menggerakkan orang-orang yang mendukung Iran. Reaksinya membosankan dan memalukan. Sebabnya, begitu kuat solidariti Barat yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap entiti perampas ini. Padahal kelompok kedua ini memiliki kemampuan untuk melenyapkan entiti Yahudi hanya dalam waktu dua minit, menurut dakwaanya. Hal serupa juga terjadi pada partinya di Lebanon. Peranannya hanya sebatas mengecam kerana tidak adanya pemberitaan melakukan operasi. Yang dilakukan hanyalah sebatas pertarungan formaliti di sempadan. Padahal korban jiwa akibat serangan kejam terhadap saudara-saudara kita di Palestin mencecah lebih dari tujuh puluh ribu syahid dan cedera parah. Namun, paksi di Lebanon tidak berbuat apa-apa walaupun jaraknya sangat dekat. Iran juga tidak mengirim angkatan perang, armada dan peluru berpandunya meskipun bencana tersebut sangat mengerikan!
Nampaknya Iran dan pihak-pihak yang berada di belakangnya tidak ingin jika kad mereka jatuh di mata opini umum. Lalu mereka mengarahkan Houthi di Yaman untuk melakukan tindakan fizikal terhadap entiti Yahudi, yang berjarak lebih dari 2,500 km dari mereka. Jurucakap militer Houthi, Yahya Saree, mengumumkan pada Selasa, 31 Oktober 2023 M. dalam kenyataan medianya, “Operasi ini (meluncurkan drone) adalah operasi ketiga untuk mendukung saudara-saudara kita yang tertindas di Palestin.”
Yahya menekankan bahawa mereka akan terus “melakukan lebih banyak serangan sejenis dengan peluru berpandu dan drone, sampai serangan (Israel) berhenti.”
Pernyataan-pernyataan ini muncul setelah hampir sebulan sejak awal terjadinya taufan, yang menegaskan bahawa kelompok tersebut telah mendapatkan izin dari Amerika, dengan harapan bahawa penerapan operasi tersebut akan melegakan para pengikutnya, serta membungkam kecaman dan kritikan rakyat.
Houthi telah membesar-besarkan dakwaannya bahawa mereka menyerang entiti Yahudi dengan peluru berpandu dan drone yang melintasi Laut Merah, termasuk menyerang ratusan kapal dagang dan kapal perang. Meskipun menyerang entiti Yahudi lebih dekat dan mudah, sebab di Eritrea, entiti memiliki banyak pakar militer dan pangkalan militer di Pulau Dahlak, Halib, Fatima, dan Musa. Bahkan entiti memperoleh hak dari Eritrea untuk menggunakan Kepulauan Dahlak, yang hanya berjarak 65 km dari Pantai Eritrea, dan merupakan pangkalan angkatan laut terbesar entiti Zionis di luar Palestin yang diduduki, serta pangkalan angkatan laut terbesar kedua yang memungkinkan entiti untuk memata-matai setiap yang masuk dan keluar Laut Merah. Entiti mempunyai teknologi terkini untuk memintas komunikasi radio dan peranti panduan marin. Bahkan di Pulau Halib terdapat kem entiti Yahudi yang berkapasiti 800 sebelumnya. Entiti juga mempunyai radar di puncak gunung Sorkin, pintu masuk Bab al-Mandab di kepulauan Dahlak.
Houthi melanjutkan tindakan propagandanya terhadap entiti Yahudi. Pada tanggal 19 November, jurucakap militer Houthi, Yahya Saree, mengumumkan bahawa angkatan laut telah melakukan operasi militer di Laut Merah, “yang hasilnya adalah penyitaan sebuah kapal (Israel) dan membawanya ke Pantai Yaman.” Kemudian serangan berlanjutan terhadap kapal-kapal yang masuk dan keluar Laut Merah, pada 12 Disember. Diumumkan bahawa Houthi telah mentargetkan kapal lain dengan peluru berpandu, Strinda, iaitu kapal dengan bendera Norway yang membawa minyak kepada entiti Yahudi, menurut dakwaan mereka. Houthi melakukan tindakan tersebut kerana mereka sangat sedar bahawa Amerika dan Eropah berada di belakangnya. Tidak akan segan-segan menghalangi siapa pun yang berani ikut serta dalam perang melawan entiti Yahudi. Negara-negara Barat, yang dipimpin oleh Amerika Syarikat, telah mengerahkan banyak senjata canggih di wilayah tersebut sejak awal serangan terhadap Gaza. Pengerahan yang diikuti dengan pidato secara langsung dan terbuka ini menunjukkan kesediaan Barat untuk melakukan konfrontasi bersenjata dengan pihak mana pun yang akan turut serta (dalam perang terbabit). Selain itu, ancaman Amerika terhadap Iran, yang diungkapkan oleh Presiden AS, Joe Biden, terlihat jelas mengenai niat Amerika untuk merespon secara militer terhadap Iran jika Iran cuba melakukan intervensi dalam konflik Gaza.
Di tengah kekuatan Barat di kawasan ini, serta ancaman mereka, baik yang rahsia dan yang terbuka terhadap Iran serta paksi perlawanan, sebaliknya Houthi bertindak menyita kapal-kapal dan menyerangnya. Namun, semua ini tidak membuat Amerika dan Barat bertindak gila! Bahkan sejauh ini, perang belum berhenti dan entiti Yahudi belum menaruh perhatian terhadap hal tersebut. Hal ini menegaskan bahawa tindakan Houthi tersebut tidak serius dan merupakan sebahagian dari rencana Amerika yang tidak diumumkan.
Terdapat percanggahan yang jelas antara dakwaan cinta mereka terhadap Palestin dengan penerapan sistem sekular dan kafir yang menghalang bantuan seorang Muslim kepada saudara Islamnya disebabkan sempadan yang dibuat untuk umat Islam. Kerana itu tidak berlebihan jika kami mengatakan bahawa slogan “kematian untuk Amerika” yang diteriakan oleh Houthi hanyalah sebuah slogan belaka. Sebabnya, mereka melaungkan slogan tersebut, namun kumpulan itu sebenarnya memerintah dengan sistem Amerika dan bahkan bertemu dengan utusannya! Sungguh menghairankan bagaimana mereka berkompromi dengan perarakan al-Quran yang mereka kempenkan dengan sistem republik sekular yang mereka terapkan di Yaman, dan yang juga diterapkan oleh entiti Yahudi?!
Pernyataan Houthi bahawa mereka tidak akan berhenti menyasarkan kapal-kapal sampai serangan terhadap Gaza berhenti, ini bermakna bahawa jika Perang Gaza berakhir, maka sasaran kapal-kapal juga akan turut berakhir, dan mereka akan membiarkan entiti Yahudi menduduki Palestin! Ini jelas bukanlah sikap hukum Islam terhadap entiti Yahudi! Kaum Muslim yang beriman tidak boleh menunggu sampai entiti Yahudi menghentikan perang mereka di Gaza. Namun, mereka perlu membanteras entiti Yahudi dengan perkataan dan perbuatan, sebelum atau sesudah Taufan Al-Aqsa.
Kami di sini dalam kedudukan menjelaskan hal terkait mereka yang berslogan “kematian untuk Amerika”. Sebabnya, apa yang mereka lalukan sangat menyesatkan masyarakat. Adapun para penguasa lainnya, terutama mereka yang pernah memerintah Yaman, dan mereka yang menyebut diri mereka sebagai penguasa sah saat ini, hakikatnya mereka tenggelam dalam lumpur pengkhianatan, serta dalam hal-hal yang tidak berguna dan sia-sia. Terkait dengan mereka ini tidak perlu diungkap lebih lanjut. Bahkan keadaannya tidak perlu dibicarakan.
Oleh kerana itu, semua penguasa saat ini, apakah sang penipu Ankara, penjahat Mesir, orang-orang bodoh dari Kerajaan Saud, atau badut Iran, mereka semua berlumba-lumba melakukan jenayah dan berkomplot melawan Islam serta kaum Muslim. Mereka bukanlah penguasa dalam hal apa pun. Bahkan ketaatan kepada mereka tidak wajib menurut hukum Islam. Sebaliknya, kaum Muslim perlu menumbangkan mereka dari takhta mereka dan menyingkirkan rejim-rejim korup mereka yang tidak lain adalah boneka dan agen-agen Barat. Kemudian membaiat seorang khalifah bagi kaum Muslim. Khalifah inilah yang akan memerintah berdasarkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Khalifah akan memenuhi bumi dengan keadilan dan cahaya setelah bumi dipenuhi dengan kezaliman dan kegelapan. Khalifah juga akan mengerahkan tentera untuk membasmi entiti Yahudi di bawah Panji Al-‘Uqâb, Lâ Ilâha Illâh Muhammad Rasûlullah (Tiada Tuhan selain Allah Muhammad Utusan Allah).
[Ir. Kaisar Syamsan/Sumber: alraiah.net, 27/12/2023].